Wednesday, 29 March 2023

OT: apa yg kanak2 nak

Jom berkalau....
Kalaulah pegawai yang mengurus pendidikan negara berumur 7 tahun semula, masuk Tahun 1 dan diminta memberi komen, mungkin ini yang dia mahu bila dia datang ke sekolah… 

10. Kami seronok sebab ada ramai kawan2 di sekolah, tetapi susah nak belajar kerana ramai sangat dan selalu panas dalam kelas. Kipas pun ada dua je. Kat pejabat kerajaan ada dua kipas macam ini jugak ke ?

9. Saya baru 7 tahun. Saya nak kurangkan buku dan subjek. Penat hari2 pikul beg, tengok jadual, tukar buku. Kenapaa cikgu tak ajar kepada saya sesuatu yang ada maths, sains, agama, tak yahlah sampai nak bawa 3 buku utk 3 waktu... yang tak menyempat nak belajar banyak2 ni nak buat apa ?  Sy tengok TV, kat obersi bukupun mereka tak apa..

8. Cikgu observe saya… kelemahan dan kelebihan saya… jgn  cikgu membeza2kan saya dgn rakan2 saya. Saya memang slow kalau matematik dari kawan2 saya.. takkanlah Tahun 1 nak kena pergi macam2 tuisyen sbb ayah saya tak mampu. Bsntulah saya.

7. Jgn lah cikgu asyik bagi tahu apa saya perlu tahu… cikgu libatkan saya dan rakan2 saya dalam pelajaran tersebut.. macam explorasi ke Zoo Negara.

6. Saya tak mahu homework setiap hari. Cikgu cubalah habiskanlah apa yang nak diajar disekolah. 

5. Janganlah ajar saya setakat “APA” sesuatu perkara berlaku …. bagilah peluang saya dan kawan2 saya  berbincang “KENAPA” dan “BAGAIMANA” … dan jgn marah kalau saya dan rakan2 saya buat silap.. sebab saya kena belajar dari kesilapan.

4. Saya dan kawan2 saya baru nak masuk 7 tahun. Ajarlah kami dengan santai… sambil kami berseronok dan bermain... bukannya cikgu tak pernah jadi budak2..

3. Tentulah boring asyik duduk dalam kelas. Banyakkan aktiviti... btk hands on... model2... biar saya dan rakan2 saya bergerak. Ajarlah saya sambil  melawat sekitar sekolah… dan kawasan sekitar. 

2. Walaupun saya masih kecil, saya tahu guna komputer. Kenapa sekolah tak ada makmal komputer ? Kenapa cikgu mengajar tak guna komputer macam saya tengok dalam TV ? Kerajaan kita tak ada duit ke ?

1. Jgnlah nilai saya dan kawan2 saya dgn TP sebab kami baru Tahun 1. Buatlah laporan ringkas dan berbincang dgn mak dan ayah saya. Jika saya lemah, takkan tak ada guru lain untuk bantu saya, dan biarkan saya tertinggal ? Saya pula pandai dlm BI, biar saya bantu kawan2 saya yang lain.  

0. Kenapa orang dewasa sibuk dgn apa yang mereka fikir baik utk mereka  dgn mcm2 program sdg yg anak2 mahu hanya perkara asas dan keselesaan.. apatah lagi siap dgn mcm2 motto utk yg anak2 tak rasapun kelebihannya..

OT

Saturday, 25 March 2023

Mohib: hadis larangan sebut sayyiduna

Kepada budak hingusan yang duk main sebarkan fitnah kononnya hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang melarang panggil Sayyidina itu hadis doif:

Hadis itu sangat sahih dan sanad dia cukup kukuh: 

مسند أحمد

 16311   26 : 237  حَدَّثَنَا  سُوَيْدُ بْنُ عَمْرٍو   وَعَبْدُ الصَّمَدِ ، قَالَا : حَدَّثَنَا  مَهْدِيٌّ ، حَدَّثَنَا  غَيْلَانُ ، عَنْ  مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ ، عَنْ  أَبِيهِ ، أَنَّهُ وَفَدَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ مِنْ بَنِي عَامِرٍ، قَالَ : فَأَتَيْنَاهُ، فَسَلَّمْنَا عَلَيْهِ، فَقُلْنَا : أَنْتَ وَلِيُّنَا، وَأَنْتَ سَيِّدُنَا، وَأَنْتَ أَطْوَلُ عَلَيْنَا. قَالَ يُونُسُ : وَأَنْتَ أَطْوَلُ لَنَا عَلَيْنَا طَوْلًا، وَأَنْتَ أَفْضَلُنَا عَلَيْنَا فَضْلًا، وَأَنْتَ  الْجَفْنَةُ الْغَرَّاءُ . فَقَالَ : " قُولُوا قَوْلَكُمْ، وَلَا يَسْتَجِرَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ". قَالَ : وَرُبَّمَا قَالَ : " وَلَا يَسْتَهْوِيَنَّكُمْ ".  
حكم الحديث: إسناده صحيح على شرط مسلم.

سنن أبي داود:  4806, 
مسند أحمد:  16307,  16316,

hadis ini sanad dia sangat kuat, dan perawi² nya semua adalah rijal Sahih Muslim..

12551- عن أنس بن مالك، أن رجلا قال: يا محمد يا سيدنا وابن سيدنا، وخيرنا وابن خيرنا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " يا أيها الناس عليكم بتقواكم، لا يستهوينكم الشيطان، أنا محمد بن عبد الله عبد الله ورسوله، والله ما أحب أن ترفعوني فوق منزلتي التي أنزلني الله "

إسناده صحيح على شرط مسلم، رجاله ثقات رجال الشيخين غير حماد بن سلمة، فمن رجال مسلم.
وسيتكرر برقم (١٣٥٣٠) .
وأخرجه الضياء في "المختارة" (١٦٢٧) من طريق عبد الله بن أحمد، عن أبيه، بهذا الإسناد.
وأخرجه عبد بن حميد (١٣٠٩) ، والبخاري في "التاريخ الأوسط" ١/١١، والنسائي في "عمل اليوم والليلة" (٢٤٨) و (٢٤٩) ، وابن حبان (٦٢٤٠) ، والبيهقي في "الدلائل" ٥/٤٩٨، والضياء (١٦٢٦) من طرق عن حماد بن سلمة، به.


——————————————————————
Dalam kitab imam Al Bukhari (التاريخ الاوسط) pun ada dan jugak dalam kitab imam Annasai dan imam ibnu Hibban dan juga imam Al Baihaqi..

Hanya budak hi gusan yang jahil dan ahli bidaah yang menodai hadis ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم larang org panggil dia Sayyidina kerana perkataan itu satu helah syaitan ke arah ikut langkah syaitan, kata Baginda: لا يستجرينكم الشيطان
Jangan² syaitan gunakan kamu untuk jayakan helah dia..

Thursday, 16 March 2023

OT: isu pendidikan

Isu2 Utama Pendidikan Negara
1. DSKP
DSKP satu naskah lengkap tetapi terlalu ambitious. Kurikulum sebegini bukan kurikulum Abad 21. Mempertahankan DSKP sama spt mempertahankan sesuatu yang tidak praktikal dan realisitik, khususnya untuk anak2  Tahap 1 yang memerlukan permulaan persekolahan dengan orientasi yang manusiawi, kasih sayang serta perhatian. 

2. Beg berat dan loker
Bagi saya, isu ini boleh sahaja selesai jika semua bahan dijadikan bentuk digital. Namun, itu bukan penyelesaaiannya kerana buku teks 'at the first place' bukanlah satu keperluan di sekolah rendah. Tiada apa yang dapat menggantikan guru. Pada Tahap 1, pendekatan pelbagai aktiviti lebih utama, dengan subjek yang ringan dan terbuka. Fokus kepada 3M dan pembentukkan karektor. Loker diperlukan spt negara 4 musim utk menyimpan jaket, kasut dll keperluan peribadi, bukan utk simpan buku teks. Elahai...

3. Beban guru.
Sistem ONE SIZE FITS ALL dan penilaian KPI melalui kejayaan mendokumentasi pelbagai program menjadikan beban terkumpul kepada guru. Sistem yang lembab dan kerja-kerja memasukkan pelbagai data tanpa apa2 keperluan kepada feed back, intervensi serta sokongan kepada kemenjadian murid, hanya membebankan guru tanpa sebarang manfaat. Tiada kerja pengkeranian patut dilakukan oleh guru.

4. STEM
STEM hanya retorik, sedang ia adalah ubiquitous. Memekik-mekik slogan STEM tak akan bawa ke mana kerana ia bermula dgn minat murid kepada Sains dan Maths yang bermula di Tahap 1. Sesuatu yang terlambat jika minat Sains dan Maths ingin dipupuk ketika Tingkatan 4. Sains memerlukan aktiviti yang tangible dan mudah utk memahami fenomena alam, bukan akhirnya membawa kepada teknik menjawab inferens yang sangat meloyakan.

5. Kelas padat
Kelas padat ditambah dengan guru yang touch-n-go, kemudahan serba tiada menjadikan semuanya melelahkan. Guru mengajar dan berpenat2 melakukan apa sahaja, namun kelas padat menjadikan semuanya terhambat. Sistem dan pemikiran apakah yang selama ini 
digunakan sehingga kelas di kebanyakkan sekolah semakin padat lalu menjadi satu kebiasaan yg dijawab dgn 'Nak buat macamana, kelas kurang dan murid ramai ?'. 
 
6. PBD, UASA dan TP
Tujuan PBD sangat JELAS dan ASAS, untuk memastikan kemenjadian murid. Murid yang bermula perlahan (diberikan TP rendah) tetapi tidak disusuli dgn sokongan (intervensi) maka PBD, TP adalah satu 'lakonan'.

7. Otonomi
Tiada satu sekolahpun yang mempunyai pendekatan yang sama di negara maju, wpun hanya terpisah beberapa meter jaraknya.  Masing2 ada kekuatan utk mengurus murid dgn kepercayaan dan otonomi tanpa berbelah bagi diberikan kepada guru. Mengapa guru yang sudah mengajar 20 tahunpun, masih lagi tidak dipercayai ?

8. Pendidikan bukan Persaingan 
Fokus pendidikan utk persaingan adalah 'disqualified'. Pendidikan bukan utk sengaja membandingkan antara murid, guru, sekolah dan negeri dalam satu negara. Sekolah adalah untuk 'menjadikan' murid dalam semua bentuk tanpa ada keperluan mebanding2kan mereka. 

9. Fokus
Fokus utama pendidikan adalah murid. Dengan ini perlu dibekalkan segala keperluan utk guru melaksanakan tugas mereka dengan baik dan selesa. Dua sekolah yang saya lawat dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sehingga ada makmal SRT yang canggih dan makmal komputer  / sains dengan 3D printer, mengapa seluruh sekolah Msia satupun tak ada kemudahaan ini ?

10. Gred
Berbangga dgn gred bukan keutamaan dan ciri pendidikan sekolah rendah yang implikasinya akan terbawa2 ke sekolah menengah, tetapi membantu mereka utk maju dan berjaya dengan optimum adalah keutamaan.

Pendidikan di Msia baik, dan boleh maju kehadapan jika asas pendidikan utk kemenjadian murid menjadi keutamaan dan segala usaha difokuskan kepada kemenjadian ini. Selama ini penonjolan lebih kepada kejayaan yang sedikit sambil menyembunyikan kegagalan yang banyak, lalu kesalahan tersebut disandarkan pula kepada guru, bukan kepada dasar pendidikan sendiri. 

OT - Adelaide

OT: Pendidikan di Australia

PENGAJARAN DARI ADELAIDE
MURNINYA PENDIDIKAN KPD ANAK2..
1. Aku menulis pasal pendidikan di Australia dan Adelaide khususnya kerana aku pernah ada pengalaman menghantar anak ke sekolah sekitar 2005.

2. Prinsip mereka tidak pernah berubah..  berfokus kepada satu perkara - MURID ! Mereka menyediakan kemudahan asas yang cukup dan terkini kerana itulah keperluan MURID. Memberikan beban fizikal dan kognitif kepada MURID di awal persekolahan tidak ada dalam kamus pendidikan mereka.

3. Mereka mulakan pendidikan dgn membina sikap suka belajar kerana MURID mempunyai curiousity yang tinggi. Dalam masa yang sama, mereka latih kepimpinan MURID bukan dgn berbezanya uniform, memakai tie atau apa sahaja, tetapi utk kemajuan MURID sendiri.

4. Misalnya beberapa murid Tahun 5/6 dilantik sebagai representatif untuk mendengar keperluan dan cadangan MURID dalam pelbagai aspek utk dibawa kepada perhatian sekolah.

5. MURID disediakan kemudahan up-to-date spt interactive TV,  lappy dalam kelas malah 3D printer dll BUKAN kerana sekolah terlebih duit, atau ingin menunjukkan hebatnya sekolah mereka tetapi kerana itu adalah keperluan semasa MURID.

6. MURID tidak membawa beg dgn buku teks, malah beg ditinggalkan tersusun / digantung diluar kelas kerana mereka lebih selesa utk mengajar MURID secara terbuka berpandukan silibus yang ada, bukan menyempitkannya dgn buku teks. Mereka wujudkn LMS utk.memudahkan MURID.

7. PBD dan PdP bagi mereka adalah tentang kemenjadian MURID. Murid yang diberikan sokongan dan bantuan dapat dilihat berterusan setiap hari, oleh guru sokongan / pembantu guru.

8. Malah, ada murid Year 1 memasuki kelas Year 2 utk satu2 subjek yang mereka dah kuasai, supaya sokongan dan bantuan dapat diberikan kepad murid yang belum menguasainya lagi

9. Bantuan / sokongan ini menjadi aktiviti yang terurus dan diurus dengan baik utk kemenjadian murid. Akan ada sahaja kelihatan guru sokongan membantu sekelompok murid dalam setiap kelas setiap hari.

10. Adakah ini sesuatu yang IDEAL ? Tentu tiada yang IDEAL dalam dunia ini, tetapi matlamat membantu MURID adalah idealism dalam pendidikan. Jangan semakin banyak guru terbaik, pengetua terbaik, sekolah terbaik, macam2 lagi yang terbaik, tetapi kemenjadian murid secara keseluruhan terbalik..

OT

Friday, 3 March 2023

OT, mcm mana TP dikira

Boleh tak saya tahu, bagaimana TP5/ TP6 dll TP dalam subjek jika ada syarat kemasukkan ke sekolah terpilih / tertentu di kira ?

Adakah dari purata TP (PBD) dan TP (UASA) spt contoh:
Purata TP: TP6 (PBD) + TP4 (UASA) = TP5 !

TP (PBD) tu plak ada banyak ikut topik... macam plak dikira ? Takkan lah main purata sebab setiap topik lain pemberatnya... apa tah lagi main 'rasa-rasa'.

Sapa boleh tolong jelaskan. Terima kasih.

OT

Wednesday, 1 March 2023

OT: elit pendidikan

ELIT - KENAPA PENDIDIKAN NEGARA SELAMA INI JADI BEGINI?
Tulisan yg panjang, jika tak mahu baca, boleh skip saja…
1. Kelompok yang mengurus pendidikan negara adalah dari kumpulan yang 'berjaya' dalam pendidikan lalu memasuki IPG atau IPT dan memegang jawatan guru. Selepas memasuki IPG / IPT, kelompok ini terus berdedikasi sebagai guru lalu dinaikkan pangkat sehingga berada dalam linkungan pembuat dasar. Aku namakan kelompok ini sebagai Kumpulan ELIT Pendidikan –  diringkaskan sebagai ‘ELIT’ sahaja.

2. Sebahagian besar ELIT yang berjaya di sekolah ini dulu terdiri dari anak2 kampung yang 'cerdas', rajin dan tidak bermasalah (sikit2 tu biasalah). Bagi  ELIT, kejayaan sekolah adalah lulus exam dgn baik utk berjaya. Inilah yang menyuburkan apa sahaja program utk menaikkan skor dalam exam. ELIT percaya, sekolah adalah untuk murid lebih kurang spt mereka - belajar utk berjaya, bukan untuk murid 'malas tanpa cita2'. Murid yang berjaya ini jugalah dihadiahkan SBP / MRSM, sekolah kluster cemerlang dan pelbagai program disediakan utk mereka. Anak2 dlm kokurikulum dirancang juga dgn pelbagai uniform supaya kelihatan ELIT, dgn blazer, tali leher, long sleeves, pelbagai warna.. 

3. ELIT yg berada dlm kelompok murid berjaya, mungkin tidak menyedari bahawa SEMUA murid ada niat utk berusaha, dan ingin berjaya, malah cemburu melihat kejayaan kawan2 yang lain. Mereka bukan patong tanpa perasaan, mereka juga ada cita-cita, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka tercicir, hilang motivasi, merudum minat dan akhirnya gagal wpun dalam hati dan sanubari, mereka juga ingin berjaya. Lebih sedih lagi, kini kumpulan anak-anak spt ini telahpun menghadapi tekanan seawal menjejakkan kaki ke Tahun 1, terperosok seolah2 tiada siapa sudi membantu. Dalam masa yang sama, ramai murid yang 'struggle' ini juga berusaha tetapi kerana keupayaan kognitif lemah dgn pelbagai LD dan lain-lain halangan, akhirnya gagal juga.. malah gagal total - kemahiran tak ada, akademik hilang  punca.

4. Sistem pendidikan yang diterajui ELIT yang SECARA KOLEKTIF lebih melihat murid yang ingin berjaya, spt mereka dulu juga, tanpa disedari menyisihkan murid yang 'struggle' dan bermasalah lalu dianggap tidak mahu belajar. Akhirnya sekolah menjadi bengkel utk mendapatkan murid cerdas dan disokong untuk berjaya. Murid2 yang perlukan intervensi  ‘ketepi dulu ya !’ Maka apabila ELIT menerajui pendidikan negara sehingga berada dlm lingkungan pembuat dasar, maka mereka berfikir, sekolah perlu mengutamakan kumpulan murid yang cerdik, ingin berusaha utk maju, sebagaimana yang mereka juga dahulu sehingga dgn wewenang  menaikkan silibus supaya kumpulan murid yg ingin berjaya semakin terserlah. Bila disanggah, muncul dakwaan DSKP telah ditandaaras peringkat antarabangsa sdg tiada satu dokumenpun yg ada utk menyokongnya.

5. Bila aku belajar di Australia, kemudian berpeluang menjengah ke pelbagai negara - UK, Japan, Denmark, Portugal, Argentina, Sepanyol, Macau, HK, China, Vietnam, Spore, Indonesia, Mesir, Cambodia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Brunei, Taiwan , Turkiye, Mesir, Italy, Holland dan Saudi Arabia, baru minda aku terbuka, apa yang sebenarnya diperlukan dalam pendidikan, bukan spt yang aku fahami sebelum ini.  Dengan ramai kawan2 luar negara yang berinterkasi dgn aku, barulah satu persepsi yang berbeza muncul. Apapun yang dilakukan, akan tetap muncul engineer, sainstis dan pekerja2 separuh mahir atau tidak mahir. Tetapi ini bukan alasan utk fokus kepada yang 'teratas' sahaja, sebab pendidikan adalah membina insan dahulu baharu kerjaya mereka.

6. ELIT pada hemat aku, mewarisi satu pemikiran yang  tidak selari dgn FPK dan pemikiran ini telah lama ditinggalkan oleh negara maju. Aku  mula tersentak dan tersedar bila berada sendiri dalam satu sistem pendidikan luar negara yang sangat berempati kepada SEMUA murid, malah ingin menjayakan SEMUA mereka TANPA KECUALI dengan setiap potensi yang murid tersebut miliki.  Maka atas dasar inilah, negara maju guna sistem homeroom , tiada exam yang serius di sekolah rendah di negara maju, dengan silibus yang bermula mudah penuh dgn aktiviti, bagi memastikan tiada murid yang tercicir. Exam yang diadakanpun lebih kepada penilaian utk intervensi di peringkat sekolah, bukan utk bermegah.

7. Pendidikan bermula di peringkat awal persekolahan di negara maju adalah pendidikan yang dipermudahkan, menyantuni emosi, menitik beratkan psikologi dan keupayaan kognitif murid yang masih hijau. Kemunculan DSKP dari ‘idea’ ELIT ini menjadikan aku tersentak kerana ia tidak menepati keperluan kanak-kanak utk belajar di awal persekolahan, melainkan yang cerdas dan ada pelbagai advantages. Perkara inilah yang bersungguh2 di elakkan oleh negara maju. Lebih tersentak lagi dgn KBAT, STEM dan TP-TP yang menggila,  yang bukan sahaja tidak disesuaikan dgn usia, juga menambah tekanan dan bebanan kerja tanpa signifikan yang nyata.

8. Maka jangan hairan, ibubapa yang sealiran dgn ELIT ini akan menunjukkan sikap yang sama, kecuali apabila anak mereka sendiri yang bermasalah, kognitif rendah serta ada LD - baru mereka sedar realiti di depan mata. Percayalah, setiap anak tetap ada potensi, tetap ingin berjaya dan bercita2 tinggi, dan pendidikan adalah proses menggilap potensi tersebut. Jika mereka minat sukan, jangan sampai bukan sahaja sukan mereka terhalang, akademik juga tidak cemerlang. Jika mereka tidak ada kelebihan dalam akademik, jangan sampai dianggap 'bodoh', sedang potensi mereka tidak pernah terserlahkan. Harus diingati, negara Msia tercinta ini bukan hanya dibangunkan oleh kelompok elitas, tetapi oleh titik peluh seluruh rakyat.

9. Aku paparkan kisah di obersi, bukan sekali, betapa guru tidak melihat murid lemah sebagai satu masalah. Pembuat dasar pendidikan di negara maju dgn EMPATI sbgmana yg pernah mereka lalui, dapat menterjemahkannya semula bila merangka dasar2 baru. Ibubapa pula gembira kerana guru tahu masalah anak mereka dan sekolah berusaha memberikan intervensi yang sesuai. Kejayaan di sekolah rendah di obersi bermula dgn fokus utk anak2 membina karektor dan dikenaplasti minat mereka. Tiada murid yang ‘bodoh’ tetapi hanya murid yang berbeza karektor, berbeza minat dengan sama-sama belajar mata pelajaran asas utk menyuburkan minat masing2. 

10. Tentu sahaja, tidak semuanya akan menjadi spt yang dirancang, namun, perlaksanaan yang manusiawi dalam pendidikan adalah satu keperluan, berusaha menyantuni kesemua anak2 ini secara saksama.Kesungguhan ini terserlah di obersi dengan kelas yang besar, murid yang sedikit, 2 guru setiap kelas, dgn kemudahan yang terbaik dalam hampir apa sahaja. Tumpuan mereka utk ‘membahagiakan’ murid2 di sekolah termasuk berusaha serius dengan anak2 yang bermasalah. 
Maka selagi ELIT secara KOLEKTIF memonopoli pemikiran yg sama dalam arus pendidikan negara, selagi itulah kita akan berpusing2 dititik yg sama..

OT

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...