Sunday, 25 September 2022

Umu 45 proses penuaan

Rupa-rupanya proses penuaan bermula pada dekad kelima kehidupan, yakni kira-kira pada usia 45 tahun.

Rupa-rupanya semasa proses penuaan, tahap kecergasan berkurangan kerana kadar denyutan jantung maksimum dan kapasiti jantung menurun. Malah tahap kecergasan berkurangan di antara 5 hingga 10 peratus setiap dekad selepas usia tiga puluhan.

Rupa-rupanya dalam proses penuaan, fungsi dan kekuatan otot berkurangan juga. Ini kerana jisim otot merosot. Seseorang yang berusia 80 tahun mungkin telah kehilangan separuh daripada keseluruhan jisim ototnya akibat perubahan hormon. Dengan itu tahap keseimbangan, kefleksibelan sendi-sendi dan keupayaan berjalan berkurangan.

Rupa-rupanya dalam proses penuaan, kemungkinan menderitai penyakit-penyakit kronik bertambah, seperti tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang berbahaya, osteoarthritis, osteoporosis, obesiti, sakit belakang, kencing manis, kemurungan dan penyakit jantung meningkat.

Rupa-rupanya dalam proses penuaan, kebimbangan, kecemasan, dan kerungsingan meningkat, diiringi kemerosotan keupayaan kognitif.

Aduhai...

Wednesday, 21 September 2022

PCR bersalah

Dia bersalah
Undang-undang telah mensabitkannya
Menjadi haruan jantan dalam rawa keluarga
Menjadi serigala dalam rimba serakah
Menjadi penoda mekar-mekar mawaddah

Tidak perlu ditambah
Wibawanya akan musnah disumpah
Dengan hukuman dunia
Empat ratus dua puluh lapan tahun penjara
Dan dua ratus empat puluh sebatan
Walaupun bukan sedemikian ditimpakan

Yang perlu ditambah 
Adalah paku peringatan
Dipacakkan pada sekujur alpa
Pada semesta waspada

Yang perlu ditambah
Adalah teras iman
Dipaksikan kepada kebijaksanaan
Kepada kesopanan dan kesusilaan

Yang perlu ditambah
Adalah keberanian dan kebertanggungjawaban
Menyelamat dan melindungkan
Dan mencegah kemungkaran

Wallahuaklam

Friday, 16 September 2022

PCR meja makan

MEJA MAKAN

Tinggal satu di rumah kami
dikelilingi lapan kerusi
enam diduduki sepi

Dahulu dua menunggu
dengan jangkaan akan bercucu

Tetapi sepasang demi sepasang
dihasut perasaan menumpang
akhirnya hanya datang
waktu mereka lapang

Supaya tidak berasa ditinggalkan
yang lebih baru didermakan
ruangnya dilapangkan
untuk bersolat dan melayan ingatan

Pada yang satu ini pun
kami berdua hanya makan di hujung
selebihnya untuk botol ubat-ubatan
dan bil-bil bulanan
mudah dicari tanpa bantuan

Usia pun kerap kali berpesan
kalau ada yang berkenan usah disimpan
supaya lebih luas kawasan untuk tetangga
duduk bersila, bertahlil dan berdoa

160922

Sunday, 4 September 2022

Merc naik harga

5 MERCEDES YG AKAN NAIK HARGA

Lakaran sejarah Mercedes cukup panjang, ada keretanya yg hebat, ada yg suam2, ada yg dipinggirkan & ada yang menjadi ikon zaman berzaman. Berikut 5 Klasik Mercedes yg berada dalam trend harga menaik: 

1) Mercedes 190E (1982-1993)

Dengan sejarah racing perlumbaannya & legenda Cosworth, Mercedes 190E punya aura yg paling kuat. Sukar utk mencari 190E dlm keadaan yg cantik & sempurna, menyebabkan enthusiast pasti inginkan satu 190E dalam garaj mereka. Kecil & kompak, sesuai utk golongan yg inginkan “simplisiti” sambil berimej sporty. 

2) Mercedes W126 (1979-1992)

Dinobatkan sebagai kereta S-Class terbaik, ia memukau dunia kerana rekaannya yg “sleek”, keselesaan & pemanduannya umpama mengemudi kapal di lautan. W140 juga suatu ikon, tetapi karakter W126 yg klasik & mudah diselenggara bakal melonjakkan lagi harganya tak lama lagi.

3) Mercedes W123 (1976-1986)

Selesa, retro & ikon 80an yg paling menonjol. Bukan semua W123 akan naik harga tetapi W123 yg terjaga rapi, bebas karat & berkilat pastinya didambakan oleh peminat fanatik Klasik Mercedes. Ia lambang Kebebasan Pemanduan Ranggi tanpa Batas. 

4) Mercedes W124 & W210 

Suatu ketika harganya menjunam di takuk terbawah, namun kini W124 & W210 mula menunjukkan “taringnya”. Pemanduan nyaman dibalut karakter sukan, ditambah dgn kos selenggaraan yg murah, membuatkan ia menjadi Pilihan ramai. Lasak digunakan hari2 meredah jalan, jangan terkejut dgn prestasinya yg mencecah kelajuan tinggi dgn penuh selamba. Harganya dlm trend memuncak. 

5) Mercedes Wagon & Coupe

Mana2 generasi Mercedes Wagon & Coupe sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera. Bilangannya yg sedikit, Wagon yg ultra praktikal dan Coupe yg ultra seksi pasti membikin ramai Pengsan Berdiri, tak hairanlah harganya meninggi saban hari.

PEHHHHH!!!!!

Thursday, 1 September 2022

Kesalahan sendiri

Saat kita melihat kesalahan orang, kita terlupa kesalahan diri sendiri..

Seorang wanita sedang menunggu di sebuah terminal pada suatu malam. Masih ada beberapa jam sebelum jadual kapal terbangnya berlepas. Untuk menghilangkan rasa bosan, dia membeli sebuah buku utk dibaca dan sekantung kuih di sebuah kedai yang terdapat di situ lalu menemukan tempat untuk duduk. Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru saja dibelinya.

Dalam keasyikannya membaca, dia melihat seorang budak lelaki di sebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kuih yang berada diantara mereka. Wanita tersebut cuba mengabaikan perbuatan budak lelaki itu agar tidak terjadi kekecohan. Dia membaca, mengunyah kuih dan melihat jam.

Sementara budak lelaki tadi semakin berani menghabiskan kuihnya. Dia semakin geram melihat tindakan berani budak lelaki itu.

"Sakan budak ni..sabaq ja la, kalau orang lain dah lama jentik telinga dia...!", marah wanita itu dalam hati.

Setiap kali dia mengambil satu kuih, budak lelaki itu juga akan mengambil satu. Budak lelaki tersebut langsung tidak merasa besalah dan tenang terhadap sikap wanita tersebut yang sudah kelihatan amat terganggu. Ketika hanya berbaki satu kuih, wanita itu tertanya-tanya apa yang akan dilakukan budak lelaki itu. Sambil tersenyum, budak lelaki itu mengambil kuih terakhir dan membelahnya kepada dua bahagian.

Budak lelaki itu tanpa segan silu menawarkan separuh kuih itu sementara dia makan yang separuhnya lagi. Wanita itu pun merebut kuih yg tinggal separuh itu dgn kasar sambil berkata dlm hati,"tak malu betul la budak ni, anak sapa la ni..dah la selamba badak ja makan kuih aku tak terima kasih pulak tu..", Belum pernah rasanya dia begitu geram.

Wanita itu menghela nafas lega saat penerbangannya diumumkan. Dia mengumpulkan barang miliknya dan menuju pintu gerbang. Dia menoleh kepada budak lelaki yang makan kuih2nya sambil berkata, "Adik, tak baik mencuri, kalau nak mencuri pun jangan bagi orang nampak.. " 

Wanita itu naik pesawat dan duduk di kerusinya, lalu mencari bukunya yang hampir selesai dibacanya tadi. Saat dia meraba beg tangannya, dia menahan nafas panjang.

Di dalam beg tangannya ada kantung kuihnya. 

"Eh..ni kuih aku,maknanya  tadi... dia tak dapat meneruskan kata2. Jadi kuih tadi adalah milik budak lelaki tadi dan dia mencuba untuk berkongsi. Sudah terlambat untuk meminta maaf, dia tersandar sedih. Dialah sebenarnya yang kasar, tak tahu berterima kasih dan dialah pencuri kuih itu.

____

Begitu jugalah dgn kita. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri.

Orang lainlah yang selalu salah, orang lainlah yang patut disingkirkan, orang lainlah yang tak tahu diri, orang lainlah yg teruk, orang lainlah yg tk sedar diri, orang lainlah yang berdosa, orang lainlah yang selalu bikin masalah, orang lainlah yang patut diberi pengajaran.

Padahal kita sendiri yang 'mencuri kuih' tadi, padahal kita sendiri yang tidak tahu berterimakasih. 

Melihat kesalahan orang lain itu sangat mudah, tapi kesalahan kita walau sebesar bukit pun kita tak pernah lihat, perbanyakkanlah muhasabah diri agar kita boleh menjadi lebih baik dari pengalaman kehidupan

PCR mencari Melayu

MENCARI MELAYU

Kalau di kampung

Itulah mereka yang bermati-matian di bendang dan ladang 

dari fajar mengejutkan semesta 

sehingga pelita dinyalakan semula 

tetapi senyuman mereka di mana-mana

ltulah mereka yang berkongsi jalan dan titian 

berkongsi halaman dan pucuk ramuan

sesekali petang berkongsi letih di pangkin

menghiburkan momokan miskin

dan tetap berpegang kepada iman yakin pada balasan yang dijanjikan

Merekalah yang sepakat memilih ketua muafakat mendaulatkan kuasa

menjunjung setia di jemala

 

malah berkorban nyawa

Merekalah yang memeriahkan tradisi

mewariskan diri dan santun pekerti

melestarikan jati pertiwi

Kalau di bandaraya mudah mencari mereka di rumah-rumah pan* 

di pintu-pintu stadlum yang belum dibuka

di lorong-lorong godaan pasaraya

di tengah-tengah pestaria

Aduhai, sebahagiannya lelah mengubah wajah

menerjah ghairah

ke hutan laba

mencuba mencipta lagenda 

sebahagiannya melangkah hampa menuju senja

Karya sempena bercuti ke Genting Highland

Asasnya di tanah rendah

Menampung beban gunung yang gagah

Menakung air menyerap masalah

Mengizinkan makhluk tidak mengalah

Sebelum menuju ke alam barzakh

 

Tinggi di sana tersergam megah

Gunung mencakar langit nan indah

Burung berkicau tiada resah

Tafakkur sejenak ciptaan Allah

 

Jalan berliku tetap dituju

Mencari tumpu tanpa jemu

Penat lesu tolak ke tepi

Agar cita bukan lagi mimpi

 

Ibu kera melintang jalan

Mengendong anak mencari makan

Aral datang bukan halangan

Di sebalik ujian ada harapan

 

Tempat yang sepi tiada penghuni

Tiada pedagang tiada bangunan

Datang insan bina kemajuan

Akhirnya berubah menjadi tumpuan

 

Unggas bergegas tinggalkan sarang

Cari rezeki tak toleh ke belakang

Kumpulkan takwa sebagai bekalan

Persiapan terbaik di hari kemudian.

 

2022 Jun 8, Tanah tinggi Genting

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...