Sunday, 3 October 2021

Kenyataan mufti terengganu

NOTA KENYATAAN MUFTI TERENGGANU ISU VAKSIN COVID-19


Tarikh: 6. 9. 2021. 


Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Bin Haron.


Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu.


1-  Vaksin Covid-19 terdapat unsur Gharar dan ketidak tentuan.


2-  Vaksin ini masih baru bahkan terlalu baharu. 



3-  Diberitakan bahawa di Israel berlaku selepas mengambil suntikan Vaksin Phizer berlaku 89 peratus kemudaratan.


4-  Tidak wajib Vaksin dan tidak wajib beli vaksin. Seperti jika kita masuk dalam satu supermarket tiba-tiba kita diwajibkan membeli barang didalam maka perkara ini sememangnya tidak patut berlaku.



5-  Kita ada pilihan Tetapi jika kita dipaksa ini bercanggah dengan Islam kerana Islam tidak memaksa seseorang.


6-  Banyak buku menyatakan bahawa Vaksin ini adalah Konspirasi.



7-  Sudah lengkap 2 Dos tetapi masih tidak dapat selamat dari Covid-19 ada yang sampai stage 4 dan 5.


8-  Kita dapati banyak persoalan yang timbul pasal Vaksin ini.



9-  Saya berpendapat supaya kita dengar juga pakar-pakar yang menolak Vaksin ini.


10-  Wajar pihak KKM mendapatkan penjelasan mereka yang menolak Vaksin ini jangan terus menolak mereka kerana mereka mempunya hujah-hujjah dan alasan-alasan.



11-   Rakyat perlu disantuni seperti mana kita mensantuni Menteri.


12-  Saya tidak setuju terus disuntik Vaksin terhadap guru-guru dan semua rakyat. Perlu dilihat kerana mereka berbeza-beza.



13-  Kita perlu teliti dan berhati-hati pada seseorang yang nak disuntik Vaksin itu.


14-  Jangan cucuk rakyat seperti cucuk binatang.



15-  Bahkan kekadang nak suntik binatang pun kita lebih telita dan berhati hati . Ini manusia lagilah perlu kita berhati-hati.


16-  Imam Abu Hanifah nak berehat berlunjur kaki pun beliau masih menyantuni arah kakinya adakah mengarah kepada gurunya walaupun diselangi tembok tetapi beliau tetap menyantuni gurunya menghormati gurunya lalu mengalihkan dari berlunjur kepada arah gurunya walaupun jauh. Begitu rakyat yang antara mereka adalah guru kita. Santuni mereka dalam isu Vaksin ini.



17-  Vaksin Covid-19 dikatakan hanya bertahan 8-9 bulan sahaja.


18-  Selepas itu perlu divaksin lagi dan lagi. Adakah ini boleh dianggap sebagai Wiqayah/Pencegahan??!.



19-  Wiqayah/Pencegahan dari Covid-19 ada juga yang mengatakan dengan Zikrullah , selawat dan sebagainya walaupun mereka tidak ramai yang menjadikan Al-Quran dan amalan sebagai Wiqayah. Sedangkan itu juga Vaksin sebenarnya.


20-  Perkara sedemikian pernah dilakukan anak sahabat Nabi bernama Urwah bin Zubair. Beliau terpaksa dipotong kaki disebabkan penyakit seperti kanser. Beliau menggunakan pendekatan zikir, solat dan baca Quran demikian itu juga adalah vaksin dalam bentuk Zikrullah. Itu juga bentuk pencegahan.



21-  Antara cara Wiqayah lain juga adalah Herba seperti Habbatus Sauda dan selainnya.


22-  Untuk mengukuhkan antibody ada ddengan bentuk Zikrullah dan Herba.



23-  Berkaitan Vaksin yg sekarang ini ada manusia yang tidak selesa untuk menjadikan Vaksin tersebut sebagai jalan Wiqalah/Pencegahan. Maka mereka gunakan cara lain.


24-  Berkaitan dengan Vaksin Covid-19 yang sekarang ini. Kita dapati ada orang yang ada alahan atau dia ragu-ragu untuk mengambilnya. Dalam Islam jika ragu-ragu adalah kita perlu tinggalkan perkara yang kita ragu-ragu itu. Ini Hadith nabi suruh kita ambil perkara yang kita tidak ragukan.



25-  Pada kita masing-masing ada cara Wiqayah masing-masing. Dia wajar untuk memilih buat dirinya sendiri.


26-  Bagi rakyat yang rasa selesa dengan cara lain  iaitu tidak mengambil Vaksin waktu yang sama dia melakukan Wiqayah caranya tersendiri maka kita sepatutnya membiarkan dia untuk tidak mengambil Vaksin sebab dia ragu-ragu lagi.



27-  Jika seseorang itu tidak mahu mengambil suntikan Vaksin itu adalah hak dia.


28-  Kita JANGAN mempertuhankan Vaksin itu sendiri. Ini perlu dijelaskan.



29-  Jangan menanggap Vaksin sekarang itu sahajalah cara pencegahan/Al-Wiqoyah itu.


30-  Dalam Islam ada alternatif-alternatif yang lain dia dengan Allah.



31-  Saya harap supaya kita melihat Al-Wiqayah.Pencegahan dari sudut  Zikrullah itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...