Tanpa disangka tahun 2020 adalah tahun yang mencabar. Dengan krisis politik, ekonomi dan kesihatan yang kita masih lagi hadapi ini, ia sangatlah memeritkan bagi ramai orang tanpa mengira latarbelakang bangsa atau agama. Ramai peniaga yang hilang pendapatan, pekerja dibuang kerja atau dipotong gaji, syarikat beroperasi secara defisit dan banyak lagi. Pandemik ini mengajar kita betapa perlunya kita menyimpan dan berjimat.
Pakar kewangan menyarankan kita menyimpan 30-50% dari ‘take home pay’ kita. Take home pay bermakna emolumen bersih yang kita terima setelah ditolak bayaran statutori seperti KWSP, PERKESO. Begitu juga bayaran tetap yang lain seperti pinjaman perumahan dan kereta. Jadi jika take home pay kita adalah RM 1000 simpanan pulak hendaklah sekurang kurangnya RM300. Pada kebanyakan kita simpanan perlu dibuat secara ‘paksa’ kerana jika tidak ia akan dicairkan.
Simpanan ini pula hendaklah dipelbagai. Simpanan perlu dibuat secara jangka pendek dan juga jangka panjang. Jangan simpan di dalam satu jenis simpanan sahaja.
Kita boleh menyimpan di dalam akaun simpanan atau deposit tetap, ASB atau Tabung Haji, Takaful dan rancangan kewangan lain ataupun dalam bentuk emas atau perak.
Tujuan dipelbagai ini adalah bagi membolehkan kita dalam kecemasan menggunakan simpanan tanpa kerugian. Sebagai contoh simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang, jika kesemua simpanan dalam bentuk emas, apabila berlaku kecemasan emas yang dijual akan mengakibatkan kerugian kerana masih baru dibeli. Untuk ini bolehla keluar dari Tabung Haji atau ASB umpamanya. Jadi tiada kerugian.
Saya sarankan kepada rakan rakan agar mula menyimpan bermula Januari 2021 ini. Pilihlah jenis simpanan masing masing dan pelbagaikannya.
Jarang saya menulis tentang simpanan kerana lazimnya hal perundangan sahaja. Tetapi memandangkan pandemik yang kita hadapi saya rasakan perlu memberikan sedikit pandangan kerana rata rata saya lihat orang kita tidak menyimpan untuk waktu kecemasan. Ubahlah gaya hidup kita sedikit demi masa hadapan.
No comments:
Post a Comment