Friday, 23 October 2020

Sunnah hari Jumaat

Sunnah hari Jumaat yang telah ditinggalkan.

Oleh kerana banyak amalan amalan yang telah direka yang tiada kaitan dengan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan telah tersebar di kalangan masyarakat kita, maka banyak sunnah baginda عليه الصلاة والسلام yang telah hilang atau tidak lagi dihiraukan..

Benar kata imam حسان بن عطية المحاربي Hassan ibnu Atiyyah Al-Muharibi, ulamak bumi Syam:
ما ابتدعَ قومٌ بدعَةً في دينهم، إلا نزعَ الله من سنتهم مِثلَها، ثم لا يُعيدها إليهم إلى يوم القيامة.

Mana mana kaum yang reka satu amalan bidaah dalam agama, nascaya Allah akan tarik satu sunnah, dan Allah tidak akan kembalikan sunnah itu kepada mereka sehingga hari kiamat.

Saya rasa tugas kita yang sangat penting adalah menghidupkan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan sebarkannya di kalangan masyarakat supaya kita tidak menjadi golongan yang derhaka pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. 

Setiap kali kita hidupkan Sunnah Rasulullah dan amalan Sahabat maka bidaah akan tengelam insyaAllah.

Antara Sunnah Rasulullah pada hari jumaat adalah: 

Tidak solat 2 rekaat sunnah terus selepas solat jumaat, tetapi tunggu dahulu, atau pun lebih baik solat sunnat itu di rumah masing. 

Dalilnya? buktinya: 

1- Hadis sohih riwayat imam Annisai:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يصلي بعد الجمعة حتى ينصرف فيصلي ركعتين.

Daripada Abdullah ibnu Omar, bahawasannya Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak akan solat selepas solat fardhu Jumaat sehingga balik rumahnya dan sembahyang dua rekaat itu di rumahnya.

2- Hadis Assaíb ibnu Yazid (sahabat muda) berkata:

صليت مع معاوية بن أبي سفيان الجمعة في المقصورة، فلما سلّمَ الإمام قُمتُ في مقامي فصلّيتُ، فلما دخل أرسلَ إليَّ، فقال: لا تَعُد لما فَعَلتَ، إذا صَلّيتَ الجمعةَ فلا تَصِلها بِصلاةٍ حتى تَكلّمَ أو تخرُج، فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرنا بذلك أن لا توصَلَ صلاةُ حتى نَتَكَلّمَ أو نخرُج. 

رواه مسلم وأبو داود والإمام أحمد.

Aku telah solat Bersama Muawiyah bin abu sufian solat jumaat, lalu setelah imam salam dan telah selesai solat, aku terus bangun dari tempat aku dan terus menunaikan solat sunnah, selepas itu muawiyah panggil aku dan dia berkata kepada aku: jangan ulangi apa yang kamu buat tadi, kerana jika kamu solat jumaat maka jangan sambungkan solat itu dengan solat lain sehingga kamu bercakap dengan kawan atau keluar, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم  telah suruh kami supaya jangan sambungkan solat dengan solat lain sehingga kita bercakap atau keluar. 

Hadis riwayat imam muslim, imam abu Daoud dan imam Ahmad.  

mudah mudahan kita ikuti saranan para Sahabat baginda yang telah sampaikan ilmu Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada kita melalui para Tabie dan Tabie Tabieen dan pengikut mereka yang saying Sunaah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Salam Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...