Sunday, 31 May 2020

WHO

Setakat mana boleh percayai World Health Organization (WHO)?
--------------

Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO adalah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB atau UN) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland. WHO menjadi rujukan utama isu Covid negara-negara dunia di bawahnya. Ia seolah mempunyai kuasa besar dalam menentukan halatuju kesihatan sesebuah negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri jelas menunjukkan sikap mengambil berat segala panduan, saranan, cadangan serta arahan WHO seolah kita tiada hak mutlak untuk bertindak cara sendiri. Hakikatnya, adakah WHO, sebagaimana namanya, adalah sebuah organisasi yang benar-benar telus, jujur, tiada korupsi, bebas rasuah, tiada konflik kepentingan, tidak memilih kasih serta ikhlas menjaga dan memartabatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dunia? Siapakah dibelakangnya, pemberi dananya dan pemimpinnya?

Ketua Pengarah (KP) WHO sejak 2017 hingga kini adalah Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus. Sebelum itu selama 11 tahun (2006-2017) KP WHO adalah Dr. Margaret Chan dari China. Tedros merupakan KP WHO pertama dari benua Afrika dan yang pertama bukan dari kalangan doktor perubatan dimana tesis PhD beliau adalah berkenaan kesihatan komuniti berkaitan empangan dan Malaria. Beliau berasal dari Ethiopia, dari parti politik Tigray People's Liberation Front, kumpulan ketenteraan  revolusioner sayap kiri, yang menubuhkan kerajaan sayap kiri baru di Ethiopia.
Ketika menyandang jawatan Menteri Kesihatan Ethiopia, Tedros mempengerusikan Global Fund to Fight AIDS, TB and Malaria yangmana Yayasan Gates sebahagian dari pengasasnya. Beliau gagal dengan polisi Malarianya dan sering dikritik atas skandal kolera juga pada 2006, 2009 dan 2011.

Berkenaan dana, WHO mempunyai dua sumber utama. Dua puluh peratus (20%) daripada dana WHO diterima daripada setiap negara ahilnya dengan jumlah diberi berdasarkan peratus tertentu GDP negara tersebut, dan selebihnya daripada sumbangan sukarela samada daripada negara ahli atau pihak lain termasuk badan-badan PBB, yayasan kebajikan, syarikat swasta, dan lain-lain . 

Dan sebagaimana dinyatakan sebelum ini, ramai yang tidak sedar sebenarnya Yayasan Gates bakal menjadi pendana terbesar World Health Organisation (WHO) selepas US menarikbalik sumbangan mereka daripada WHO. Pada 2018/2019, Yayasan Gates merupakan penyumbang dana ‘top 3’ WHO. Semua ini membolehkan Gates ‘menguasai’ WHO dengan agendanya tersendiri, dengan sebarang kepentingan Gates juga menjadi kepentingan dan keutamaan WHO . 

Isu samada WHO benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh luar ini banyak sekali dibincangkan bukan sahaja di media massa tetapi juga dalam tulisan ilmiah oleh pakar-pakar dalam jurnal akademik tentang bagaimana ‘sumbangan’ serta pelaburan daripada yayasan-yayasan kebajikan seperti Yayasan Gates dan Yayasan Rockefellar yang disalurkan kepada WHO boleh mempengaruhi bentuk pentadbiran (governance) kesihatan global. Diakui bahawa Yayasan Rockefellar contohnya berjaya mencorak agenda dan modus operandi WHO dengan menjadikan ianya lebih ke arah kawalan penyakit berbanding usaha mengubati masyarakat . 
 

Seterusnya, berkenaan symbol pada logo/emblem WHO, ia mempunyai pelbagai tafsiran tidak rasmi. Imej ular membelit tongkat dikatakan merupakan simbol Cadeceus atau perubatan. Simbol ini sering kita lihat di mana-mana logo organisasi kesihatan samada di bangunan atau laman web.
 

Simbol ular dan tongkat ini berasal dari cerita dalam Injil Hebrew dan Taurat Yahudi, berkenaan kisah nabi Musa dan bani Israel. Kononnya nabi Musa telah diwahyukan oleh tuhannya untuk membina patung ular tembaga bagi menjadikan penyembuhan buat bani Israel yang terkena gigitan ular besar berapi, akibat menentang ajaran nabi Musa dan kemudiannya kesal. Sekiranya mereka melihat patung ular tembaga tersebut, kononnya akan segera sembuh. Bani Israel kemudiannya menganggap ular tersebutlah yang berkuasa menyembuh penyakit, dan mereka telah kemudiannya menyembah ular tembaga tersebut. Pegangan mereka terhadap tuhan hilang sama sekali apabila nabi Musa dan nabi Harun telah tiada. Raja Hezekiah (800 tahun sebelum Nabi Isa lahir) kemudiannya menghapuskan penyembahan patung ular tersebut yang diberi nama Nehustan kerana menganggap ianya perbuatan syirik. Kini, kita dapat lihat patung ular Nehustan tiba-tiba dibawa kembali dalam perubatan moden sebagai simbol kesihatan, seolah-olah ada sekumpulan manusia yang ‘masih hidup’ di zaman lampau dan ingin mengajak manusia ke arah melupakan tuhan sebagai penyembuh sebagaimana sikap Bani Israel .

WHO pada 2009 ketika di bawah Dr. Margaret Chan telah terlibat dalam satu skandal pandemik palsu novel influenza A (strain H1N1) atau swine flu. WHO mencipta ketakutan ke seluruh dunia berdasarkan ketidakpastian dan tanpa berdasarkan data dan sains. Pada Mei 2009, Dr. Chan mengumumkan syarikat vaksin boleh menghasilkan 4.9 billion dos vaksin untuk melindungi dunia dari virus invluenza A H1N1 . Ketika itu ada 79 kematian dan 10,000 kes seluruh dunia, dengan majoriti hanya bergejala ringan sama seperti common flu dan ia boleh menjadi lebih teruk seperti pneumonia hanya pada mereka yang punya masalah kesihatan lain seperti diabetes.  Kemudian Jun 2009, Chan mengisytihar H1N1 sebagai pandemik  dengan 30,000 kes di 74 negara. Julai 2009, WHO mengumumkan kononnya 2 billion iaitu satu pertiga populasi dunia akan dijangkiti wabak H1N1 dalam tempoh 2 tahun. Obama umumkan ratusan ribu akan mati dan 40% akan terjangkit jika vaksin tidak dberi dan langkah lain tidak diambil. 

Namun hakikatnya, pandemik H1N1 tidak pernah berlaku. Jutaan dos vaksin ditempah oleh kerajaan asing kemudiannya menjadi tidak bermanfaat dan malah ada yang dibuang begitu sahaja. Kerugian perbelanjaan yang amat besar dalam bajet negara-negara dunia telah berlaku namun yang pasti pihak dan golongan tertentu yang mempropagandakan H1N1 sebagai pandemik telah dengan rakus mengaut keuntungan berlipat kali ganda. 
Kemudiannya, didapati rupa-rupanya lima daripada 15 ahli panel penasihat saintifik WHO dalam jawatankuasa kecemasan pandemik H1N1 mereka mempunyai konflik kepentingan dimana mereka menerima dana ataupun penyelidikan mereka berkait dengan syarikat farmeseutikal pembuatan vaksin H1N1 .  Di CDC US juga, perkara serupa diakui berlaku dimana ada yang menerima dana daripada persatuan pengilang vaksin. Di Britain pula, 11 daripada 20 iaitu separuh daripada ahli panel penasihat pandemik H1N1 mempunyai pertalian dengan syarikat famaseutikal. Mereka membuat jangkaan akan ada 65,000 kes mati dan atas sebab itu USD1.2 billion dibelanjakan untuk  vaksin sedangkan hanya 457 kes mati, satu pertiga daripada kes flu bermusim. Parlimen Netherlands mendapati Professor Albert Osterhaus dari Erasmus University in Rotterdam, yang bertindak sebagai rujukan pandemik H1N1 juga penasihat WHO berkenaan influenza membuat keuntungan peribadi berbillion Euro dari vaksin H1N1 .
Ini menimbukan keraguan berasas terhadap jangkaan kes yang dibuat oleh pihak WHO, CDC, dll, samada adakah ianya lebih kepada bermotifkan keuntungan peribadi berbanding kepentingan awam.

MP Paul Flyn telah memberi amaran akan akibat daripada pengisytiharan pandemik dan cadangan langkah drastik secara salah semasa H1N1 telah menyebabkan pembaziran wang rakyat yang amat besar dan ketakutan amat sangat yang tak berasas. Mengambil pengajaran dari situasi tersebut, beliau mengingatkan bahawa semua pihak selepas ini berhak mengetahui dengan jelas akan nama pakar penasihat saintifik, samada mereka punya sebarang perkaitan dengan syarikat farmaseutikal dan samada mereka akan dapat sebarang keuntungan dari pengumuman tersebut.
Banyak pihak lain turut sama mengecam penipuan WHO ketika ‘wabak’ H1N1 ini termasuk Parliamentary Assembly of the Council of Europe (PACE), sebuah pertubuhan pengawasan hak asasi manusia yang menyiasat konflik kepentingan yang wujud disebalik respon Kesatuan Eropah (EU) terhadap pandemik H1N1. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan PACE yang amat berpengaruh, juga seorang pakar epidemiologi dan pulmonologi, Profesor Wolfgang Wodarg mengumumkan bahawa pandemic palsu ini adalah skandal perubatan terbesar abad ini . Bukan itu sahaja, malah dalam WHO sendiri, pengarah Collaborating Center for Epidemiology di Munster, Germany, Dr. Ulrich Kiel, telah melabelkan ‘pandemik’ H1N1 adalah hoax, dan berkata terdapat salah-urus sumber yang amat besar melibatkan sekurang-kurangnya USD18 billion melibatkan kesihatan awam . 
 
Kesan terbongkarnya penipuan WHO ini, mereka telah secara senyap berhenti menggunakan istilah ‘pandemik’ dan menukarnya kepada satu istilah yang agak kabur iaitu “Public Health Emergency of International Concern”, di bawah IHR (International Health Regulations). Ini jelas dinyatakan sendiri oleh jurucakap WHO Tarik Jasarevic pada 30 Januari 2020 apabila ditanya mengapa tidak disebut pandemik dalam pengishtiharan wabak Covid. Katanya, “Tidak ada kategori rasmi (untuk pandemik). WHO tidak guna sistem lama yang ada 6 fasa – yang bermula dengan fasa 1 (tiada laporan influenza haiwan menyebabkan jangkitan pada manusia) ke fasa 6 (pandemik) . Namun selepas lebih 1 bulan daripada itu iaitu pada 11 Mac 2020, Tedros KP WHO sewenangnya mengisytihar Covid sebagai pandemic global pula. Ketika itu ada 118,000 kes dengan 4,291 kematian di 114 negara.

Di bawah Tedros, korupsi dan konflik kepentingan di WHO terus berlanjutan, malah terus bertambah. Menurut laporan baru-baru ini oleh Australian Broadcasting Corporation, pada tahun 2018 dan 2019, Program Kecemasan Kesihatan WHO, bahagian yang bertanggungjawab terhadap Covid sekarang, disebut berada pada peringkat risiko tertinggi yang mencatat kegagalan membiayai program dan operasi kecemasan. Laporan ABC selanjutnya mendapati bahawa terdapat juga peningkatan tuduhan rasuah dalaman di seluruh organisasi, dengan pengesanan beberapa skema yang bertujuan untuk menipu sejumlah besar wang .
Ahli-ahli Scientific Advisory Group of Experts (SAGE) WHO mempunyai konflik kepentingan dan perkaitan dari segi dana dan kewangan dengan penaja dari kalangan syarikat farmaseutikal seperti Merck & Co. (MSD), Pfizer, Novovax, GSK, Novartis, Gilead dan organisasi yang ditaja Gates termasuk GAVI, the Vaccine Alliance, dan  BMGF Global Health Scientific Advisory Committee .

Negara-negara di Afrika telah banyak belajar dari kezaliman dan kejahatan WHO terhadap mereka selama berpuluh tahun termasuk kelumpuhan, kemandulan, serta kematian yang diakibatkan oleh pelbagai program suntikan dan vaksin WHO di sana. Kini pemimpin-pemimpin Afrika semakin berani dan lantang menyanggah dan menolak WHO . Mereka tidak membuat banyak ujian Covid (hanya 1 ujian bagi setiap 500 juta penduduk) dan kes mereka jauh lebih rendah dari US, Eropah dan sebahagian Aisa. Republik Burundi contohnya dengan beraninya menghalau Pasukan Coronavirus WHO dari negara mereka kerana campurtangan yang tak dapat diterima dalam pengurusan Coronavirus di negara mereka . Selain itu, daripada segi rawatan Covid, Presiden Magadascar sendiri iaitu Andry Rajoelina mendakwa WHO telah cuba merasuah pihak tertentu sebanyak USD20 juta untuk meracun remedi herba Artemisia yang sedang dipromosikan secara besar-besaran sebagai ubat mencegah Covid di sana , serta WHO tidak mahu mengiktiraf herba tersebut sebagai rawatan Covid semata-mata kerana ianya dating dari Afrika. 

Presiden Tanzania John Bompe pula telah dengan aksi bersahajanya menunjukkan betapa test kit Covid tidak boleh dipercayai dalam menguji sampel dan mempersoalkan peranan WHO dalam isu ini, dengan beliau menghantar sampel cecair dari pelbagai sumber selain manusia yang diberikan nama manusia sebagai samara untuk diuji di makmal kebangsaan mereka yang kemudiannya yang melucukan ianya menghasilkan keputusan positif Covid untuk kambing, betik dan quail. Dari situ, Presiden John kemudiannya telah segera menubuhkan pasukan siasatan untuk menahan dan menyiasat pengarah makmal nasional dan pengurus bahagian jaminan kualiti makmal, serta memecat ketua bahagian stor perubatan Tanzania . Presiden John mendakwa US mereka-reka angka kematian dan kes, dan memberi amaran kepada wakil US di sana yang cuba menakutkan rakyat Tanzania tentang kebolehjangkitan Covid yang kononnya sangat tinggi dengan mengatakan jangan cuba mencipta panik kepada rakyat mereka. Beliau pada 24 Mei 2020 mengistiharkan Tanzania berjaya mengalahkan Covid, melarang terus penggunaan face mask, mula membuka semula sekolah, pengangkutan awam, serta gereja dengan mengatakan Corona tidak akan boleh hidup di gereja .

WHO menunjukkan kuasa besar mereka dalam Covid ini dengan menyatakan setiap negara yang mahu hentikan lockdown perlu laksanakan Exit Strategies sebagaimana dalam panduan yang WHO telah sediakan15. Dr Mike Ryan, ketua Program Kecemasan WHO memberi amaran negara dunia tidak boleh dihentikan lockdown tanpa ada sebarang tindakan diambil bagi menggantikannya . Enam syarat diberi dan salah satunya adalah masyarakat benar-benar faham dan sedia untuk hidup dalam ‘New Norm’ . KKM kelihatan sangat patuh dengan segala saranan WHO . 

Terdapat satu tugu patung diletak di hujung meja bilik mesyuarat WHO yang melambangkan Shiva the destroyer / Cernnunuous / Abaddon (Hebrew) / Apollyon (Greek). Ia ada dalam kepercayaan Hindu dan dikenali sebagai tidak berpakaian, mempunyai dua jantina pada satu masa, dua kuasa iaitu penyembuh dan peracun, boleh jadi penjaga yang baik dan pada masa sama kejam terhadap mereka di bawah jagaannya. Patung yang sama ada di luar bangunan CERN (European Center for Research in Particle Physics, Geneva, Switzerland) yang juga sebenarnya dari perkataan cernnunuous . Apakah simboliknya patung itu diletak di sana? Apa yang tersirat disebaliknya?
.  

Tidak lupa juga baru-baru ini pada 18 April 2020, WHO menganjurkan konsert Coronavirus atas talian ‘One World: Together At Home’, dengan kerjasama Global Citizen dan Lady Gaga, seorang artis pemuja syaitan, yang secara terangan menyokong kumpulan illuminati, bermentorkan Marina Abromovic dan sering beraksi lucah, kononnya bertujuan meraikan komuniti global dan ‘the power of human spirit’, dan untuk membantu WHO mendapatkan dana ‘Solidarity Response Fund’ daripada individu dan syarikat-syarikat korporat sebanyak $35 juta untuk pembelian PPE . Lady Gaga diberikan ruang istimewa ketika taklimat sidand media WHO berkenaan konsert ini . Beliau dengan jelas dalam poster promo telah menunjukkan symbol-simbol anti-christ (dajal) dan one-eye.

Sumber:
Where does WHO get its funding?. https://www.who.int/about/planning-finance-and-accountability/how-who-is-funded
  5 Ogos 2018. Meet the world’s most powerful doctor: Bill Gates. https://www.politico.eu/article/bill-gates-who-most-powerful-doctor/  
  Birn (2014). Backstage: the relationship between the Rockefeller Foundation and the World Health Organization, Part I: 1940s–1960s. Public Health, 128(2), 129-140, https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S003335061300396X?via%3Dihub
 Ustaz Au’ni Mohamed & Ibnu Yaacob.. Konspirasi Babylon: Penjajahan illuminati dan freemason ke atas dunia
  19 Mei 2009. WHO sees 4.9 billion pandemic flu shots in best-case. https://www.reuters.com/article/us-flu-who/who-sees-4-9-billion-pandemic-flu-shots-in-best-case-idUSTRE54H1XO20090519 
2 Mei 2020. Prof. Michel Chossudovsky. Remember the “Fake” 2009 H1N1 Swine Flu Pandemic: Manipulating the Data to Justify a Worldwide Public Health Emergency.  https://www.globalresearch.ca/the-h1n1-swine-flu-pandemic-manipulating-the-data-to-justify-a-worldwide-public-health-emergency/14901
  11 Jun 2009. Transcript of statement by Margaret Chan, Director-General of the World Health Organization . https://www.who.int/mediacentre/influenzaAH1N1_presstranscript_20090611.pdf 
  13 Ogos 2010. Swine flu advisers' ties to drug firms: Five WHO experts linked with vaccine producers. https://www.dailymail.co.uk/health/article-1302505/WHO-swine-flu-advisers-ties-drug-firms-Experts-linked-vaccine-producers.html
  25 April 2020. Can We Trust the WHO?. https://www.globalresearch.ca/can-we-trust-who/5708576?fbclid=IwAR019QbhSuxQ696d1tiypmxO8lTb_yOzXvUUdIpYDGMzA554BVXuChKfttk 
  5 Februari 2010. Why The WHO Faked A Pandemic. https://www.forbes.com/2010/02/05/world-health-organization-swine-flu-pandemic-opinions-contributors-michael-fumento.html#67d7965c48e8
  26 Januari 2010. PACE to prepare report on the handling of the Swine Flu pandemic. http://assembly.coe.int/nw/xml/News/News-View-EN.asp?newsid=2724&lang=2 
  24 Februari 2020. WHO says no longer uses "pandemic" category, but virus still emergency. https://www.reuters.com/article/china-health-who-idUSL5N2AO1BP
  17 Feb 2020. World Health Organisation division tackling coronavirus underfunded and facing internal corruption allegations, audits reveal. https://www.abc.net.au/news/2020-02-17/coronavirus-who-underfunded-internal-corruption-allegations/11970382 
  31 Mac 2020. Virtual Meeting of Strategic Advisory Group of Experts (SAGE) on Immunization: Declaration of Interests. https://www.who.int/immunization/sage/DOI_March_2020_pre_meeting.pdf 
  20 Mei 2020. YES! African Leaders Stand Up! Tanzania & Madagascar. Amazing Polly. https://www.youtube.com/watch?v=4M6JvzYMErA&feature=youtu.be
  14 Mei 2020. Burundi expels WHO officials coordinating coronavirus response. Aljazeera AFP News Agency.  https://www.aljazeera.com/news/2020/05/burundi-expels-officials-coordinating-coronavirus-response-200514081736704.html
  16 Mei 2020. W.H.O offered $20million bribe to poison COVID-19 cure made by Madagascar – President Andry Rajoelina Claims. The Zambian Observer. https://www.zambianobserver.com/w-h-o-offered-20million-bribe-to-poison-covid-19-cure-made-by-madagascar-president-andry-rajoelina-claims/?fbclid=IwAR37C4XZe0cNpFDQSdXi-i7J8gMq6GwLmqyC5l7kAFlAV43GwOVBQjRw9e8 
  5 Mei 2020. Tanzania suspends laboratory head after president questions coronavirus tests. https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-tanzania/tanzania-suspends-laboratory-head-after-president-questions-coronavirus-tests-idUSKBN22G295; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159899886637571&id=514882570 
  27 Mei 2020. The President of Tanzania has reportedly banned the use of face masks after noting that “face mask usage has caused anxiety among Tanzanians”. https://www.rtnnewspaper.com/2020/05/african-country-bans-face-masks-also-reopen-schools-and-shops/ 
  15 April 2020. Covid-19: The World Health Organization (WHO) sets 6 conditions for ending a coronavirus lockdown. http://www.europe-solidaire.org/spip.php?article52950 
  13 April 2020. Testing, tracing, and when to lift restrictions: WHO’s latest advice. UN News. https://news.un.org/en/story/2020/04/1061642 
  17 April 2020.  https://codeblue.galencentre.org/2020/04/17/moh-outlines-criteria-for-lockdown-exit-strategy/
16 April 2020. https://codeblue.galencentre.org/2020/04/16/covid-19-affects-mostly-elderly-malaysians-moh-targets-aged-care-homes/
  15 April 2020. AWK News 4.15.20: An informed [awake] public holds all the keys. https://www.youtube.com/watch?v=OEV43nGwSX0&feature=youtu.be
  16 April 2020. https://www.capitalfm.com/features/lady-gaga-concert-one-world-together-at-home-watch/  https://www.facebook.com/sgayatin/videos/10213837776096989/

LINK POST: 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222080325295501&id=1183287947

Friday, 29 May 2020

peperangan berterusan

WAR IS STILL.....

Peperangan sentiasa berlaku antara Islam dam Musuh Islam selagi mana Kalimah Jihad tidak dihapuskan didalam Al-qoranul karim.

Namun sayangnya Musuh tersangat licik sehingga mereka mampu menghindarkan diri dari beradu kekuatan diri dan kekuatan senjata melawan Umat Islam.

Lalu mereka berjaya untuk berperang secara sebelah pihak menentang Islam dalam keadaan umat Islam semakin leka, tidur, sibuk atau mengalih tumpuan kepada tuntutan kehidupan semasa.

Senjata daripada Besi dan Nuklear hanyalah Simbolik atau perlambangan sahaja. Tetapi mereka lebih berjaya menggunakan senjata Babi, darah, bangkai, klorin, floride, racun termasuk bahan-bahan terbitan, hiburan, alatan,  mengubah kitab-kitab Islam (yang tak terjaga) mencipta ulamak jadian, kitab jadian dan sebagaianya bagi menyerang Umat Islam menggantikan perang salib.

Sehingga akhirnya, umat Islam secara sedar atau tidak sedang menganut cara hidup mereka satu persatu.

- kebangkitan Islam

Siamang, Karya Shairazi

Siamang 

Pagi menginsut malas
hutan nan tenang menjadi gempita
khalayak beruk dan kera
gempar dan hingar

Siamang menghilang entah ke mana ? 
Sudah berdekad diangkat menjadi ketua
Pemimpin terulung tiada tara
Sekian lama memimpin beruk dan kera
Di dalam rimba penuh pancaroba

Tiba-tiba menghilang begitu saja 
tanpa berita, tanpa sepatah kata
Tanpa diketahui apakah punca ?

Anak beruk terpinga-pinga
Ibu kera menangis tidak terhingga
Bapa-bapa kera berbincang sesama
Mencari idea merangka rencana

Konvensyen beruk dan kera 
Mesti segera dilaksana
Untuk ditangguhkan tiada masa
Nak tunggu siapa ?

Kerbau ?
Biarlah dia berkubang di tengah bendang
Harimau ?
Dia masih menggilap misai
Mengasah taring dan kuku
Menunggu mangsa yang lalai
Ayam jantan ?
Biarlah dia berkokok di reban

Berhimpun sudah beruk dan kera
Semuanya ingin memulakan bicara

Beruk muda berkata
 “Siamang sudah gila”
Ibu kera menambah
 “Dia sudah hilang arah”
Beruk tua mencelah
 “Ketua kita sudah tukar aqidah”
Wakil ungka turut besuara
 “pengkhianat, mesti dihalau dari belantara”
Anak siamang kemuka idea
 “ berilah ia peluang kedua”

Selesai sudah acara
Semua bersurai harapan berbunga
Siamang sang ketua mesti dicari segera
Belantara ini pincang tanpanya

Sepuluh purnama berlalu sudah
Siamang tersayang masih tak pulang
beruk, kera, ungka dan monyet
Sepakat sebulat tekad 
keputusan dibuat

Biarlah kita mengalah
Sama-sama kita tinggalkan belantara
Ia sudah bukan milik kita
kita ikut Siamang meski ke manapun dibawa

Shai
7 Febuari 2020
Bukit Gading

Friday, 22 May 2020

solat jarak? Mohib Khauli

Betapa rasa sedih dan terkilan bila melihat keadaan solat jemaah di akhir zaman makin menyelahi ajaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

Tak tahu lah atas dasar apakah boleh buat jarak di antara jemaah sehingga jadi begini rupa !

Sedangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat tekan mengenai saf yang rapat dalam hadis yang sohih:

عن النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ قال: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  (لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ). 
رواه البخاري. 

Daripada Annu'man bin Basyir berkata:
Sabda Rasulullah saw:
((Mestilah kamu betulkan saf (rapatkan saf) kamu atau pun Allah akan memalingkan muka kamu)). 

Hadis sohih Imam bukhari. 

Amaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadis ini sangat tegas dan mengerikan , sehingga imam ibnu Hajar Al-Asqalani berkata antara maksud amaran Rasulullah: 

هُوَ عَلَى حَقِيقَتِهِ وَالْمُرَادُ تَسْوِيَةُ الْوَجْهِ بِتَحْوِيلِ خَلْقِهِ عَنْ وَضْعِهِ بِجَعْلِهِ مَوْضِعَ الْقَفَا أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ، فَهُوَ نَظِيرُ مَا تَقَدَّمَ مِنَ الْوَعِيدِ فِيمَنْ رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ..

Amaran Rasulullah memang ikut zahir hadis itu bahawa jika kamu tidak rapatkan saf maka Allah taal akan ubah kedudukan wajah itu terletak di bahagian belakang jasad, seperti mana amaran Allah swt akan tukar kepala orang yang angkat kepalanya dari sujud sebelum imam kepada kepala keldai . 

Imam An-Nawawi memberi tafsiran yang lain pula mengenai amaran baginda: 

قَالَ النَّوَوِيُّ : مَعْنَاهُ يُوقِعُ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ وَاخْتِلَافَ الْقُلُوبِ ،
Maksud Rasulullah:
Allah taala akan campakan antara kamu perasaan bermusuh musuhan dan kebencian dalam hati kamu jika tidak rapatkan saf.

Pencerahan Imam Nawai pun bersandarkan satu riwayat yang sohih di mana sabda Rasulullah :

"أو ليخالفن الله بين قلوبكم". 
Atau Allah akan jadikan hati dan perasaan kamu berpecah belah. 

Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada solat kita di akhir zaman ini.. makin pelik dan makin lain dari apa yang Rasulullah saw bawa kepada kita... saya rasa sedih.. kenapa kita makin jauh dengan Sunnah Rasulullah dan perintahnya?! 

Saya teringat tangisan sahabat baginda Anas ibnu Malik رضي الله عنه apabila beliau datang ke bumi Busrah dan terkejut dengan keadaan umat Islam yang telah banyak menyelahi sunnah Rasulullah khususnya dalam Solat, sehingga Anas tidak dapat mengecam amalan Rasulullah dan sunnahnya..  kata Anas : 

"مَا أَعْرِفُ شَيْئًا مِمَّا كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ! قِيلَ له: الصَّلَاةُ ؟
قَالَ:  "أَلَيْسَ ضَيَّعْتُمْ مَا ضَيَّعْتُمْ فِيهَا" . 

"Aku tidak dapat melihat sebarang nilai Islam seperti mana yang ada di zaman Nabi Muhamad صلى الله عليه وسلم".

Mereka tanya Anas:
Solat kami bagaimana?!

Kata Anas: 
قَدْ جَعَلْتُمُ الظُّهْرَ عِنْدَ الْمَغْرِبِ أَفَتِلْكَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - "
"Kamu telah lewatkan waktu zuhur sehingga masuk waktu maghrib, adakah itu solat Rasulullah ? ". 

أليس ضيعتم ما ضيعتم فيها؟؟! 
Bukankah dah banyak yang kamu telah hilangkan dalam solat?! 

Moga kita terus kita jaga solat jemaah dengan cara yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم ajar kita dan mengikut amalan Sahabat baginda رضوان الله عليهم... 

Mohib Khouli Al-Besutie.
Besut - Terengganu.
29 Ramadhan.

Tuesday, 12 May 2020

puisi aidul Fitri cikgu Ramlan

AIDILFITRI KALI INI

Semoga telefon tidak berdering
di luar kekal hening

tetapi sendu apakah yang memijar
di dalam kalbu
tatkala dinasihatkan menutup lampu
dan mengunci pintu?

dan hina apakah yang meruap
di dalam jiwa
tatkala melihat cemas dan bimbang
duduk berdua di kerusi raya?

sementara pilu bergayutan di pintu
mengintai silaturahim berlalu

sabarlah nenda
jangan dibazirkan air mata
kita tidak menolak saudara
hanya agar nenek selesa
menemui atuk di alam sana

kami akan banyak berdoa
dan terus siaga

Saturday, 9 May 2020

kata emak -puisi cikgu Ramlan

Kata emak:

"Baju-baju arwah ayah sememangnya sudah berlipat-lipat
disusun bersama-sama seluar dan kain-kain pelekat
selebihnya baju-baju t lusuh tersidai di alang-alang dapur
bersama kain-kain basahan yang tidak selalu kering
sejak ayah kalian terdampar di ranjang tua
diulit derita

Kaluan bungkuskanlah yang masih boleh diguna
tinggalkan selebihnya untuk emak
buat mengelap air mata

Usah kalian cari beg pakaian
tiada yang kepunyaan ayah kalian
kerana dia tidak pernah meninggalkan bendang dan ladang
seperti kalian yang belajar ke segenap rantau
dan bermastautin di kota-kota mewah yang sukar disebut ayah
yang tentunya perlukan beg-beg besar bertanda penerbangan
dan bertulis nama bangsawan

Sedekahkanlah kepada sesiapa
semuanya pun adalah pemberian kalian pada setiap lebaran
ayah kalian tidak memakainya kerana tiada siapa untuk diperagakan
cukup dengan kemeja dan seluar hariannya berhari raya
ke bendang mencabut lalang dan menghalau mergastua
atau ke ladang sekangkang kera
membajak tanah kemarau yang rekah-rekah
sebelum ditenggelami bah

Jangan tinggalkan sehelai pun sebagai kenangan
kerana wajah ayah yang kalian kenal telah pudar bersama susah
urat-urat rindunya timbul disetiap lipatan usang
dan lekuk-lekuk di sekeliling matanya begitu dalam
menakung sendu yang disembunyikan

Namun dia telah meninggalkan ingatan untuk kalian
pada tubuh emak yang gersang ini...

Monday, 4 May 2020

WHO - penubuhannya

logo World Health Organization (WHO)..  sebuah pertubuhan yg kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yg meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?

Dan TONGKAT beserta ular itu dikatakan ialah tongkat kepada Asclepius. mcm2 kisah dorang gebang..  tapi yg sebenarnya, TONGKAT & ULAR ialah simbolik SIHIR (kisah firaun, tukang sihir, Ular & Tongkat nabi musa a.s)

Sepertimana mereka menghina Nabi Musa a.s ketika perasmian London Olympic 2012.

Mereka yg sebenar2 jahat & dalang ni bersembunyi di sebalik badan2 Keamanan, Kesihatan, Pendidikan, Kebajikan, Perbankan (PBB, WHO, IMF, Rockefeller University,Rockefeller Cancer Institute, Rockefeller Foundation etc)

Sebab tu dorang nampak baik.... ramai otak dah kena sihir...

SEJARAH PENTING yang kita perlu tahu:

The UN’s WHO (World Health Organization) was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948 – the year after the same Rockefeller cohort established the CIA.

Penyakit pelik2 seperti Kanser berleluasa selepas suntikan vaksin2 Rockefeller diwajibkan..   diharamkan medical cannabis.. disuruhnya buat kimoterapi..

mmg jahanammm...

Kanser adalah perniagaan yg amat menguntungkan..

Dengan izin Allah, satu persatu kejahatan Rockefeller Foundation dah terbongkar...

'Penyembah Sistem' hanya angguk taat walau ditipu hidup2..

sbb tu marah n kecam bila kita up pasal Medical Cannabis.

pastu suruh berterima kasih kat Rockefeller Foundation sbb bagi dana vaksin.

Sbb tu logo2 organisasi kat malaysia banyak ke arah sihir kabbalah.  seperti anjing firaun, ular, pyramid,singa firaun,Anubis..

Pereka2 logo terpaksa follow SOP acuan british.

Jelas?

#Mind_Control
#Sihir_Kabbalah

pkp wabak sejak dulu

Isu Wabak ni dah lama, sudah wujud lebih 12 ribu tahun dengan berbagai jenis wabak yang lagi berbahaya dan lagi membunuh.

Hanya 1 cara sahaja jika benar jujur dan ikhlas untuk mengatasinya.
Melainkan kalau ada niat khianat atau sebab agenda lain.

Iaitu.
(Stay at zon masing-masing).

Penduduk di dalam zon hijau tu lantak lah nak buat buat apa sekalipun. Bebas macam biasa nak berkumpul 1 stadium sekalipun. Nak shoping sampai jam 12 malam atau berkumpul kat masjid 40 hari sekalipun, silakan. 

Wabak datang dari luar, yang dibawa oleh manusia dari kawasan lain. Ia bukan bertelor sebab berkumpul. Ia bukan datang dari langit macam burung atau dari tanah macam cacing. 

Tutup dan sekat sementara kesemua pintu masuk zon masing-masing. 
Jangan bagi sesiapa masuk melainkan setelah didapati betul-betul selamat atau mereka yang dari zon sama hijau sahaja.

Zon-zon hijau boleh bergabung dan berkembang menjadi zon yang lebih luas. 

Mereka bebas untuk menjana ekonomi, berniaga, bekerja, sekolah, beribadat, beriadah dan sebagainya macam biasa.

Manakala bagi zon merah atau perkaitan dengan pesakit wabak ialah dengan cara jangan bersentuhan, jarakkan diri (kuarantin) atau memakai topeng dan selalu mencuci tangan. Kerana wabak hanya berlaku sebab bersentuhan yang hanya masuk melalui rongga mulut, hidung, mata atau telinga sahaja.

Kekecohan dan konspirasi wabak ni hanya berlaku sezaman dengan industri Vaksin dan juga wahabisme. Iaitu sekitar tahun 1800 dan ke atas.

Vaksin bertujuan untuk industri Big Fharmacy manakala wahabisme ialah aset bagi menjayakan misi freemason bagi penghapusan ulamak asal Islam, merosak sumber asal ilmu Islam, penghapusan khalifah, menghalalkan riba,  menutup masjid, menghalalkan zina (melalui nikah batal),  meruntuhkan mekah dan kaabah,  membenarkan kesemua gerak kerja zionis dan sebagainya (ibarat The Knight Templar).

* Brother dari Eutophia dalam gambar bawah letak tangan macam tu bukan sebab pening. Tetapi itu adalah simbol bos dia. Dia sedang berkomunikasi melalui isyarat mereka. 

Sunday, 3 May 2020

Illuminati erti sejarah




Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu lluminati. Gerakan rahsia yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang undang berketurunan Yahudi iaitu Prof.Adam Weishaupt.



Perkataan iluminati 
amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.
Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli iluminati
Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Peristiwa 2 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller
Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.
Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.
Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorangGrand Master Lodge.
Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

Peristiwa 3 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta
Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.
Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi.

Peristiwa 4 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio
Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia walt disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.
Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”–Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. yang ini anda boleh tengok siri the arrival..saya lupa iri keberapa..
Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

Peristiwa 5 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust
Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan. (ni macam jenama kereta jepun jer.hmmmm)
Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.

Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

freemasonary bermula di Mesir

FREEMASONRY-Berawal Di Mesir Berakhir Di Palestin ! 

Oleh : Zharifalimin
Artikel salinan : Winda A 

Artikel ini bermula dari sebuah kisah Nabi yang menjadi pengikat tiga agama besar di dunia saat ini: Nabi Ibrahim. Membicarakan Yahudi adalah terasa kurang bila tidak membicarakan terlebih dahulu Nabi yang mulia ini. Sejarawan banyak yang bersetuju bahawa Nabi Ibrahim lahir di tanah yang kini penuh dengan kekakacauan, Iraq tepatnya di kota Ur, Kaldan di bahagian selatan Iraq. Ur terletak di pinggiran sungai Eufrat yang terkenal itu. Ada sebahagian lagi mengatakan beliau dilahirkan di bandar Kutsa, selatan Iraq. Sebagai tempat kelahiran Nabi Ibrahim, bandar ini juga masih menyimpan puing-puing runtuhan akan pengorbanan Nabi Ibrahim kepada dewa-dewa atas perbuatan beliau yang menghancurkan patung.

Puing-puing runtuhan ini masih tersisa hingga sekarang dan diberi nama Tel Ibrahim. Saat Nabi Ibrahim hidup, yang memegang kuasa adalah raja Namrud bin Kana'an bin Kusyi. Singkat kata, setelah beliau selamat dari kobaran api besar yang dijadikan sebagai "penebusan dosa" untuk para dewa, Nabi Ibrahim pun hijrah. Hal ini disebabkan selama ini kaumnya tidak pernah menghiraukan dakwah beliau. Beliau hijrah merupakan sebuah keniscayaan dari sejarah para nabi. Pada masa selanjutnya, Nabi Yakub, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya pernah berhijrah. Nabi Ibrahim berhijrah ke tanah Syam (Syria sekarang) dan tinggal di Haran, sebelah utara Syam. Tetapi di sini para penduduknya juga tidak menghiraukan dakwah beliau. Beliau pun berhijrah ke tanah Kana'an (Palestin).

Di tanah Kan'aan ini beliau mendakwakan tauhid bahawa hanya Allah semata yang patut disembah. Suatu saat tanah Kana'an mengalami masa kekeringan dan paceklik. Nabi Ibrahim pun bersama isterinya, Sarah pergi menuju Mesir. Pada saat itu Mesir sudah maju dan makmur di bawah kuasa raja (Firaun) Sanusart II dan Sanusart III. Wilayah kekuasaan Firaun pada saat itu membentang hingga Syam (Syria).

Selama di Mesir inilah Nabi Ibrahim mendapatkan isteri keduanya yang bernama Hajar, yang menurut beberapa riwayat adalah seorang budak dari Firaun tetapi ada juga yang mengatakan Hajar adalah anak kandung Firaun dari rahim selirnya. Mana yang benar antara kedua-dua riwayat ini bukan itu yang menjadi perdebatan. Inti sejarahnya adalah dari kedua-dua rahim isteri nabi Ibrahim inilah dunia saat ini menjadi sebuah wacana pertempuran tiga ideology besar: Yahudi, Nasrani dan Islam.

Seterusnya, Nabi Ibrahim kembali lagi ke Kan'an (Palestin) dan singgah di Hebron. Di tanah Kana'an ini beliau sempat melawat bebarapa tempat seperti Beersheba, AL Quds, el Khali dan tempat lain.

Dari isteri kedua beliau, Hajar, Nabi Ibrahim mendapatkan keturunan Ismail dan dari isteri pertama, Sarah, beliau mendapatkan keturunan Ishak, yang kedua- duanya kelak menjadi seorang Nabi pula. Kemudian Nabi Ishak mendapatkan putra bernama Nabi Yaakub, yang mempunyai nama gelaran Israel.

Untuk nama Israel ini, di dalam Al-Quran hanya disebut sekali saja untuk merujuk kepada Nabi Yaakub iaitu di surat 3 ayat 93. Silakan anda memeriksa ayat tersebut.

Nabi Yakub dilahirkan di Palestin pada abad kelapan sebelum Masihi, atau kira-kira pada tahun 1750 sebelum Masihi. Menurut riwayat beliau berhijrah ke tanah Haran. Di tanah baru ini beliau berkahwin dan dikarunia dua belas putera: Simeon (Samson), Reuben, Levy, Judah, Issachar, Zabulon, Dan, Naphtali, Gad dan Asher. Sedangkan putra terakhir beliau Benyamin, dilahirkan di tanah Kana'an (Palestin), selepas Nabi Yakub kembali bersama anak-anaknya ke Sa'ir, dekat el Khalil (Hebron).

Yaakub dan keluarganya selanjutnya berhijrah ke Mesir seperti kejadian yang dialami oleh Nabi Ibrahim , masa paceklik. Selanjutnya di Mesir inilah Al-Quran mengisahkan bagaimana kehidupan Nabi Yusuf dalam surat Yusuf.

Dan atas kebaikan Nabi Yusuf inilah anak-anak nabi Yaakub dan semua keturunannya hidup dengan tenang. Dan inilah babak awal dari masa Bani Israel. Hal ini dikatakan demikian kerana semua keturunan Nabi Yaakub disebut Bani Israel.
Sejarah Bani Israel pun bermula dari Mesir. Dan Sejarah besar pun bermula terukir di tanah ini hingga nanti ke Palestin.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, Mesir-Palestin merupakan dua tanah sejarah semenjak Nabi Ibrahim hingga sekarang.

Dan tajuk artikel ini adalah tepat kerana dari Mesirlah awal sejarah besar terukir dan di Palestinalah akhir sejarah akan diukir.

Sysru pernah berkata tentang Athens, "ketika kita menjejakkan kaki kita di sini, maka kita tengah berjalan di atas sejarah."

Kalimat Sysru di atas tepat juga untuk dilabelkan kepada artikel ini: tanah Mesir-Palestin, adalah dua tanah yang akan menjadi sejarah akan bermula sejarah Bani Israel dan berakhirnya Yahudi.

Bab II: Bani Israel di Mesir 

Para sejarawan berpendapat ketika Nabi Yaakub dan semua keluarganya berhijrah ke Mesir, Mesir ketika itu di bawah pemerintahan dinasti Hyksos pada abad kesembilan belas sebelum Masihi (1878-1580) .

Hyksos adalah bangsa pengembala asal Asia yang berhijrah ke Mesir. Kisah klasik suatu bangsa pindah adalah masa paceklik. Bangsa ini berjaya memanfaatkan kelemahan penguasa Mesir pada saat itu dan membentuk empat dinasti penguasa Mesir selanjutnya.

Selama masa Dinasti Hyksos, Bani Israel hidup dalam keadaan aman dan makmur. Singkat kata, Ahmes berjaya mengalahkan dinasti Hyksos pada abad keenam belas dan mengusir mereka. Maka Mesir kembali di bawah pemerintahan bangsa asli Mesir dan membentuk dinasti XVIII.

Dinasti penguasa Mesir baru ini melihat bahawa Bani Israel lebih berpihak kepada Hyksos dari pada kepada mereka, maka dinasti ini pun mulai merasa resah akan kewujudan Bani Israel di Mesir.

Sebagai bahan tambahan saling berganti masa penguasa tanah Mesir berikut penulis sajikan kepada anda silsilah masa kekuasaan Mesir.

Tempoh sebelum masa dinasti 3500-3100 sebelum Masihi

Tempoh Dinasti awal 3100-2686 sebelum Masihi

Dinasti pertama c.3100-2890 sebelum Masihi 

Narmer
Menes (Hor-Aha )
Djer
Wadj (Djet)
Den
Anendjib
Semerkhet
Qa'a

Dinasti kedua c.2890-2686 Sebelum Masihi
Hotepsekhemwy
Raneb
Nynetjer
Seth-Peribsen
Khasekhemwy

Kerajaan Tua c.2686-2181 Sebelum Masihi
Dinasti ketiga c.2686-2613 sebelum Masihi
Sanakhte (Nebka) (c.2688-2668)
Djoser (c.2668-2649)
Sekhemkhet (Djoser Teti) (c.2649-2641)
Khaba (c.2641-2637)
Huni (c.2637-2613)

Wangsa keempat c.2613-2494 sebelum Masihi
Snofru (c.2613-2589)
Khufu (Cheops) (c.2585-2566)
Djedefre (c.2566-2558)
Khafre (Rekhaf) (c.2558-2532)
Menkaure (Mykerinos) (c.2532-2514 )
Shepseskaf (c.2514-2494)

Wangsa V c.2494-2345 sebelum Masihi
Userkaf (c.2494-2487)
Sahure (c.2487-2475)
Neferirkare Userkhau (c.2475-2455)
Shepseskare (c.2455-2448 )
Raneferef (c.2448-2445)
Niuserre (c.2445-2421)
Menkauhor (c.2421-2413)
Djedkare (c.2413-2381)
Unas (Wenis) (c.2381-2345)

Wangsa VI c.2345- 2181 sebelum Masihi
Teti (c.2345-2313)
Pepi I Meryre (c.2313-2279)
Merenre (c.2279-2270)
Pepi II Neferkare (c.2279-2181)

Tempoh pertengahan awal c.2181-2040 sebelum Masihi

Wangsa VII / VIII c.2181-2173 sebelum Masihi
Wadjkare Qakare Iby

Dinasti IX / X c.2160-2040 sebelum Masihi
Meryibre Kheti (Akhtoy) I
Merykare
Kanrferre
Nebkaure Kheti (Akhtoy) II
Wahkare Kheti (Akhtoy) III
Merikare 11th Dynasty c.2133 -1991 sebelum Masihi
Intef I (Inyotef I) Sehertawy (c.2133-2123)
Intef II (Inyotef II) Wahankh (c.2123-2074)
Intef III (Inyotef III) Nakhtnebtepnefer (c.2074-2066)
Mentuhotep I? (C.2066-2040)

Kerajaan zaman pertengahan c.2040-1786 sebelum Masihi

Dinasti XI
Mentuhotep II Nebhepetre (c.2040-2010)
Mentuhotep III Sankhkare (c.2010-1998)
Mentuhotep IV Nebtawyre (c.1998-1991)

Wangsa XII c.1991-1786 sebelum Masihi
Amenemhet I Sehetepibre (c.1991-1962)
Senusret I Kheperkare (c.1962-1917)
Amenemhet II Nubkaure (c.1917-1882)
Senusret II Khakhperre (c.1882-1878)
Senusret III Khakaure (c.1878-1841)
Amenemhet III Nimaatre (c.1841-1796)
Amenemhet IV Maakherure (c.1796-1790)
Queen Sobeknerfu Neferusobek (c.1790-1786)

Tempoh pertengahan kedua c.1786-1567 sebelum Masihi
Dinasti XII (kira-kira ada 70 raja) c.1786-1633 sebelum Masihi

Wegaf Khawitawire (c.1783 - 1779)
Amenemhet V Sekhemkare
Harnedjheriotef Hetepibre
Sobekhotep I Khaankhre (ca.1750)
Hor
Amenemhet VII Sedjefakare
Sobekhotep II Sekhemre-Khutawy (ca.1745 )
Khendjer
Sobekhotep III
Neferhotep I Khasekhemre (c.1723-1713)
Sobekhotep IV Merihotepre Khaneferre (c.1713)
Iaib (c.1713-1703)
Ay Merneferre (c.1703-1680)
Neferhotep II
dan lebih daripada lapan raja pada Dinasti XIV c.1786-1603 sebelum Masihi

Nehesy Dinasti XV c.1674-1567 sebelum Masihi

Hyksos kings
Sheshi (Salitis?)
Yakubber (Bnon?)
Khyan (Apachnan)
Apepi I (Apophis)
Apepi II (Khamudi?) (c.1542-1532 )

Wangsa XVI c.1684-1567 sebelum Masihi Raja-raja Hyksos

Anather
Yakobaam?
Dinasti XVII c.1650-1567 sebelum Masihi
Sobekemsaf I
Sekhemre Wadjkhau
Sobekemsaf II
Intef VII
Tao I Seakhtenre
Tao II Sekenenre
Kamose Wadjkheperre

Kerajaan Baru c.1570-1070 sebelum Masihi 

Dinasti XVIII c.1570-1293 sebelum Masihi

Ahmose I Nebpehtyre (c.1570-1546)
Amenhotep I Djeserkare (c.1546-1527)
Thutmose I Akheperkare (c.1527-1515)
Thutmose II Akheperenre (c.1515-1498)
Queen Hatshepsut Maatkare (c.1498-1483)
Thutmose III Menkhepere (c.1504-1450)
Amenhotep II Akheperure (c.1450-1412)
Thutmose IV Men-khepru-Re (1412-1402)
Amenhotep III Nebmaatre (c.1402-1364)
Amenhotep IV / Akhenaten Neferkheperure (c.1350-1334)
Smenkhkare Ankhheperure (c.1334)
Tutankhamen Nebkheperoure (c.1334-1325)
Ay Kheperkheperure (c.1325-1321)
Horemheb Djeserkheperure ( c.1321-1293)

Dinasti XIX c.1293-1185 sebelum Masihi

Ramses I Menpehtyre (c.1293-1291)
Seti I Merienptah Menmaatre (c.1291-1278)
Ramses II Meriamen Usermaatre Setepenre (c.1279-1212)
Merneptah Hetephermaat Baenre Meriamen (c.1212-1202)
Amenmes Heqawaset Menmire Setepenre (c.1202-1199)
Seti II Merenptah Userkheperure Setepenre (c.1199-1193)
Merneptah Siptah Sekhaenre / Akhenre (c.1193-1187)
Queen Twosret Setepenmut Sitre Meriamen ( c.1187-1185)

Dinasti XX c.1185-1070 sebelum Masihi

Sethnakhte Userkhaure Setepenre (c.1185-1182)
Ramses III Usermaatre Meriamen (c.1182-1151)
Ramses IV Usermaatre / Heqamaatre-Setepenamen (c.1151-1145)
Ramses V Usermaatre Sekheperenre (c.1145-1141)
Ramses VI Nebmaatre Meriamen (c.1141-1133)
Ramses VII Usermaatre Setepenre Meriamen (c.1133-1128)
Ramses VIII Usermaatre Akhenamen (c.1128-1126)
Ramses IX Neferkare Setepenre ( c.1126-1108)
Ramses X Khepermaatre Setepenptah (c.1108-1098)
Ramses XI Menmaatre Setepenptah (c.1098-1070)

Tempoh pertengahan ketiga c.1070-664 sebelum Masihi
High priests (Thebes)
Wangsa XXI sementara ada di Tanis

Herihor Siamun Hemnetjertepyenamun (c.1080-1074)
Piankh (c.1074-1070)
Pinedjem I Meriamen Khakheperre Setepenamun (c.1070-1032)
Masaherta (c.1054-1046)
Djedkhonsefankh (c.1046-1045)
Menkheperre (c.1045 -992)
Smendes II (c.992-990)
Pinedjem II (c.990-969)
Psusennes (c.969-959)

Dinasti XXI
Tanite c.1070-945 sebelum Masihi

Nesbanebded Hedjkheperre Setepenre (Smendes I) (c.1070 -1043)
Nephercheres (Neferkare-hekawise Amenemnisu Meramun (c.1043-1039)
Psusennes I Akheperre Setepenamun (c.1039-1000)
Amenemope Usimare Setepenamun (c.1000-991)
Osorkon the elder (Osochor) (c.991-985 )
Psinaches (c.985-976)
Psusennes II Titkheprure (c.976-962)
Siamun Nutekheperre Setepenamun Siamun Meramun (c.962-945)

Dinasti XXII
Bubastite c.945-730 sebelum Masihi
Sheshonq I Hedjkheperre Setepenre (c.945- 924)
Osorkon I Sekhemkheperre Setepenre (c.924-889)
Sheshonq II Hekakheperre Setepenre (ca. 890)
Takelot I Usimare (c.889-874)
Osorkon II Usimare Setepenamun (c.874-850)
Harsiese (ca. 865)
Takelot II Hedjkheperre Setepenre (c.850-825)
Sheshonq III Usimare Setepenamun (c.825-773)
Pamai (c.773-767)
Sheshonq V Akheperre (c.767-730)
Osorkon IV (c.730-712)

Dinasti XXIII
Tanite c.817-730 sebelum Masihi

Pedibastet Meriamen Usermaatre Setepenre (c.818-793)
Iuput I (ca. 800)
Sheshonq IV Usermaatre Meriamen (c.793-787)
Osorkon III Usermaatre Setepenamen (c.787-759)
Takelot III Usermaatre (c.764-757)
Rudamon Usermaatre Setepenamen (c.757-754)
Iuput II Meriamen sibastet Usermaatre (c.754-712)
Nimlot (ca. 740)
Peftjauabastet nefer-ka-re (c.740-725)
Thutemhat (ca. 720)
Pedinemti (ca. 700)
Dinasti XXIV c.720-714 sebelum Masihi

Shepsesre Tefnakht (c.724-717)
Wahkare Bakenrenef (c.717-712)

Dinasti XXV 747-656 sebelum Masihi

Piye Usimare Sneferre (Piankhi ) (747-716)
Shabaka Neferkare Wahibre (716-702)
Shebitku Djedkaure Menkheperre (702-689)
Taharka Khunefertemr (689-663)
Tanutamun Bakare (663-656)

Tempoh Dinasti terkini 664-332 sebelum Masihi
Dinasti XXVI 664-525 sebelum Masihi

Necho I (664-656)
Psammetic I Wahemibre Psamtek (656-609)
Necho II Wahemibre Neko (609-594)
Psammetic II Neferibre Psamtek (594-587)
Wahibre (Haaibre) (Apries) (587-569)
Ahmose II Khnemibre (Amasis) (569-526)
Psammetic III Ankhkaenre (526)

Dinasti XXVII 525-404 sebelum Masihi
Cambyses II (525-522)
Darius I (521-486)
Xerxes (486-465)
Artaxerxes I (465-424)
Darius II (423-405)
Artaxerxes II (405-359)

Wangsa XXVIII 404-399 sebelum Masihi
Amenirdis (Amyrtaeus) (404-399)

Wangsa XXIX 399-380 sebelum Masihi
Nefaarud I (Nepherites I) (399-393)
Psammuthis Userre Setepenptah Pasherienmut (ca. 392)
Hakor Khnemmaere Setpenkhnum (Achoris) (392-380)
Nefaarud II (Nepherites II) (380)

Dinasti XXX 380-343 sebelum Masihi

Nakhtnebef Kheperkare (Nectanebo I) (380-362)
Djedhor (362-360)
Nekhtharehbe Snedjemibre Setpenanhur (Nectanebo II) (360-343)

Wangsa XXXI 343-332 sebelum Masihi
Artaxerxes III (343-338)
Arses (338-336)
Darius III (336-332)

Tempoh Rom Purba Raja-raja Masedonia

Alexander the Great (332 -323)
Philip III Arrhidaeus (323-317)
Alexander IV Aegus (317-311)

Dinasti Ptolemaik 323-30 sebelum Masihi
Ptolemy I Soter (305-282)
Ptolemy II Philadelphus (284-246)
Arsinoe II (278-270)
Ptolemy III Euergetes I (246-222)
Bernice II (246-221)
Ptolemy IV Philopator (222-205)
Ptolemy V Epiphanes (205-180)
Harwennefer (205-199)
Ankhwennefer (199-186)
Cleopatra I (194-176)
Ptolemy VI Philometor (180-164)
Cleopatra II (175-115)
Ptolemy VII Neos Philopator (164-145)
Ptolemy VIII Euergetes II (145)
Cleopatra III (142-101)
Ptolemy IX Soter II (116-80)
Ptolemy X Alexander I (107-88)
Ptolemy XI Alexander II (80)
Ptolemy XII Neos Dionysos (80-51)
Queen Bernice IV (58-55)
Ptolemy XIII (51-47)
Queen Cleopatra VII (51-30)
Ptolemy XIV (47 - 44)
Ptolemy XV (44-30)

Kembali ke nasib Bani Israel, pada masa Dinasti XIX berkuasa, tepatnya pada masa Ramses II, Bani Israel mengalami masa-masa yang paling sukar dalam kehidupan mereka.

Hal ini disebabkan pada masa dahulu, orang-orang Mesir mendapat layanan yang berbeza dalam masa Dinasti Hyksos dan juga semakin banyaknya penduduk mereka hingga menjadi begitu dominan dalam masyarakat.

Dan ketika Ramses II berkuasa, Bani Israel dijadikan hamba yang hina dengan hak-hak kehidupan yang begitu jauh dari orang-orang Mesir pada umumnya. Di samping alasan di atas, Bani Israel dijadikan hamba kerana manuver-manuver mereka yang cuba untuk mengkudeta Dinasti XIX tersebut.

Dalam keadaan tertekan inilah, tampillah putra terbaik dari Bani Israel yang kemudian dijadikan oleh Allah menjadi nabi sekaligus pembebas Bani Israel daripada kehinaan iaitu Nabi Musa.

Bagaimana nasib Bani Israel selanjutnya? Pastikan anda terus mengikuti rencana ini kerana rencana ini baru permulaan dan nantinya akan membahas freemasonry

Ya'juj mak'juj jajah tanah Melayu

Tanah Melayu Pernah Dijajah Oleh Bangsa Yakjuj Makjuj?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
Artikel Salinan : Winda A 

Artikel ini dibuat untuk menjawab komen saudara warfeel-efairy dalam artikel sebelum ini, komen beliau seperti berikut :

“ Mungkin tuan boleh mengulas tentang pandangan yang mengatakan Gog and Magog adalah Yahudi Khazar yang ada di Israel sekarang. Ia berdasarkan pendapat Ulama Imran N. Hosein melalui bukunya An Islamic View Of Gog And Magog.

Jawapan dan Kupasan Sangtawal :

Untuk mengupas isu Gog Magog (Yakjuj Makjuj) ini kita perlu kembali kepada Al-quran.Dalam Al-Quran surah Al-kahfi ayat 83-98,terdapat 3 kata kunci utama jika kita hendak membicarakan tentang Yakjuj Makjuj ini iaitu :

1.Yakjuj Makjuj.
2.Zulqarnain(pemilik dua tanduk/kekuasaan).
3.Dinding/benteng besi antara 2 gunung.

Asbabulnuzul turunnya ayat al-quran surah Al-Kahfi itu adalah sebagai respon Allah swt ketika menjawab pertanyaan kaum Yahudi Madinah untuk menguji tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad saw yang bertanyakan kisah Zulqarnain(pemilik 2 tanduk) kepada baginda.Allah swt telah menjawab pertanyaan mereka dan sekaligus menceritakan kisah Yakjuj Makjuj dan dinding yang dibina oleh Zulqarnain itu.

Oleh itu,untuk mengkaji siapakah bangsa yakjuj makjuj ini,perlulah kita kaitkan ketiga-tiga kata kunci diatas yang saling kait mengait dan ketiga-tiga kata kunci itu juga haruslah berjalan serentak mengikut masa dan zamannya(time line).

Namun setelah meneliti dan meneroka kisah Yakjuj Makjuj ini dalam beberapa sumber,kitab-kitab yahudi seperti Bible,The dead Sea scrolls,Talmud dan buku tulisan Flavius Josephus(sejarawan Roman berdarah Yahudi, abad 1 M ),maka ternyata sumber Bible hanya bercerita tentang yakjuj makjuj(gog magog) sahaja tanpa mengaitkan dengan Zulqarnain.

Dalam kitab perjanjian lama dan baru juga tidak ditemui kata kunci Zulqarnain,malah watak zulqarnain tidak jelas disebut.Ada sesetengah pengkaji yang mengatakan Alexander The Great yang disebut dalam perjanjian lama dan baru itu adalah Zulqarnain.Ini pun masih memerlukan satu kajian dan perbahasan yang mendalam lagi.Apa yang pasti kata Gog Magog juga turut dipadamkan dalam beberapa kitab yahudi contohnya seperti yang saya sebutkan dalam artikel yang lalu.Mengapa bangsa yahudi-israel cuba untuk menutup kisah atau kaitan antara mereka dengan bangsa Yakjuj Makjuj ini yang sebelum ini banyak diterangkan dalam kitab-kitab agama mereka termasuk kitab talmud? mungkin ada sebabnya!

Sebenarnya Allah swt telah menurunkan ramai nabi-nabi dikalangan bangsa Israel untuk mengingatkan tentang bahayanya ancaman Yakjuj Makjuj atau Gog Magog ini!Nabi-nabi tersebut ialah Ezekiel(Hisqial), Isaiah, Yunus, Nahum, Amos, Yeremia.Sejarah telah membuktikan tentang kehancuran Nineveh dan Jurusalem adalah ada hubungkaitnya dengan bangsa Yakjuj Makjuj iaitu Bangsa Scythia.

Oleh itu setelah beberapa kajian dibuat terhadap peninggalan-peninggalan inskripsi-inskripsi lama yahudi,maka ternyata kehancuran dua kota penting itu adalah akibat langsung dari serangan Gog Magog sebenarnya.Kini setelah mengetahui perkara sebenar,maka ramai ahli al-kitab dan para sarjana yahudi dan nasrani cuba menutup kisah sebenar itu,malah ada pula yang mendakwa gerombolan yakjuj makjuj yang akan keluar sekali lagi di akhir zaman adalah dari gerombolan pakatan kaum muslimin yang akan bersatu menyerang Israel sekali lagi.

Steven M. Collins menulis dalam artikelnya yang berjudul “The Israelite of the Scythians” menyebutkan selama masa 20 tahun dalam pembungan, iaitu antara tahun 740 SM- 720 SM ,10 suku Israel telah dibuang oleh Kerajaan Assyria dari Israel Utara dalam beberapa gelombang.Mereka dipercayai muncul di daerah selatan Rusia,dan di sebut Scythia.

Pendapat ini disokong oleh Col.J.C.Gawler dalam artikelnya yang berjudul "Our Scythian Ancestor Identified with Israel”.Ditambah pula dengan penemuan-penemuan terbaru arkeologi dan penemuan hasil kajian DNA sepatutnya orang yahudi-israel sedar bahawa Bangsa Scythia yang menghancurkan Kota Nineveh dan Jurusalem dulu adalah orang Israel sendiri!

Kita mulakan semakan keturunan bangsa–bangsa bermula selepas Banjir besar…Nabi Nuh a.s mempunyai 3 orang anak iaitu Yafits,Shem/Sem dan Ham.

————————————————————-

Garis keturunan Gog Magog jika diteliti dalam kitab kejadian/genesis 10:1-2, ia adalah sama dengan sumber islam yang bersepakat bahawa keturunan magog adalah bangsa besar yang berasal dari Yafits(atau disebut Yafith,Yafet,Japhet) bin Nuh a.s.

Anak-anak Yafits menurunkan berbagai-bagai Bangsa Yakjuj Makjuj melalui Magog.Antaranya ialah bangsa Scyhtia.Bangsa Cimmeria juga dikatakan berasal dari keturunan Yafits ini..Selain bangsa Scythia dan Cimmeria ini ada lagi beberapa bangsa dari ras Eurasitic seperti Xiongnu/Hsiung-nu,Han,Turki,Mongol dan Tartar yang juga berasal dari keturunan Magog.

Mari kita lihat sepintas lalu sejarah bani Israel ini!

Kerajaan Israel mula berpecah selepas kematian Nabi Sulaiman 930 SM.Israel berpecah dua menjadi Israel Utara yang beribukotakan Samirah/Samaria disokong oleh 10 suku Israel dan Yehuda yang beribukotakan Jurusalem yang disokong oleh 2 suku sahaja iaitu Yehuda dan suku Benyamin.Gabungan 10 suku tersebut tidak mengiktiraf suku Yehuda dan putera Nabi Sulaiman iaitu Rehabeam yang menaiki takhta menggantikan bapanya.

Pada tahun 722 SM Raja Assyria iaitu Sargon II dibantu oleh tentera Cimmeria(Bangsa Yakjuj Makjuj yang pertama keluar dari padang rumput Eurasia melalui Darial Gate atau Kreuzberg Pass) menyerang Israel Utara lalu menawan Raja Israel terakhir iaitu Husea bersama 27,280 orang dari 10 suku israel dijual dan dibuang ke Assyria.Orang Israel buangan ini kemudian mendiami kawasan kaki pergunungan Kaukasus berdekatan dengan Armenia moden sekarang ini.

Ada inskripsi-inskripsi Assyria yang mencatatkan bahawa ketika itu 2 orang lelaki dan seorang wanita Israel dijual oleh seorang Phoenesia kepada orang Mesir hanya dengan harga 2 keping perak sahaja!inilah episod bermula penghinaan kepada bangsa Israel dan tersebarnya keturunan Yakjuj Makjuj ke Timur Tengah.

Ada inskripsi-inskripsi Assyria yang mencatatkan bahawa ketika itu 2 orang lelaki dan seorang wanita Israel dijual oleh seorang Phoenesia kepada orang Mesir hanya dengan harga 2 keping perak sahaja!inilah episod bermula penghinaan kepada bangsa Israel dan tersebarnya keturunan Yakjuj Makjuj ke Timur Tengah.

Keturunan nomad Israel dari 10 suku Israel utara[The Lost Ten Tribes Of Israel] yang dibuang ini menurunkan Bangsa Scythia(Bangsa Yakjuj Makjuj yang kedua keluar dari padang rumput Eurasia melaui Caspian Gate/ Derbent).

Bangsa Anglo-Saxon juga adalah berketurunan dari bangsa Scythia-sakae.Kota saksin atau Saxon-city adalah satu ibukota daripada Khazar.Bani Khazar ini adalah berketurunan scythia daripada suku-suku Israel dari garisan Manasseh dan Simeon.Mereka juga mengembara ke Eropah utara,Eropah Tengah dan seterusnya menuju Denmark,Scandinavia,Perancis dan kepulauan Inggeris.Ada juga yang sampai ke Jerman .Selepas itu keturunan mereka [Scythia dan Cimmeria] bertebaran ke seluruh dunia!

Benua Amerika juga adalah lokasi Yakjuj Makjuj dari garis keturunan Turki Scythia.Mereka memasuki benua Amerika dengan melalui Selat Bering,selepas itu mereka melewati Alaska,menuju Kanada dan Amerika Syarikat,malah ada yang mengembara hingga ke Amerika Selatan.Bangsa Amerika dan Inggeris(British) adalah berketurunan dari Bangsa Anglo-Saxon.

Orang Anglo-Saxon adalah berasal dari keturunan bangsa Scythia.Bangsa Scythia pula berasal dari 10 suku Israel yang hilang!.Suku Israel yang hilang ini dipercayai mengembara ke utara-barat Eropah dan kepulauan Inggeris.Dari sana mereka menuju ke Amerika dan koloni-koloni Inggeris yang lain diseluruh dunia!

Sebuah gereja iaitu Orange Street Congregational Church dalam laman webnya menyatakan 9 prinsip kepercayaan mereka: “Beliefs Of Orange Street Congregational Church”…diantaranya ialah kepercayaan yang ke-7,ke-8, ke-9 cukup menarik untuk dipaparkan disini iaitu :

****************************************************************************

(7).Kami percaya :Bangsa Israel terbahagi kepada 2 kerajaan,satu disebut Judah(Judea) dan lainnya Israel.Sekitar tahun 745-676 SM,kerajaan Israel di bawa ke Assyria dan tidak pernah kembali ke Palestine.Mulai saat ini,mereka menjadi apa yang diketahui”The Lost Tribes Of Israel”.Sejarah menceritakan kepada kita,migrasi mereka dari Assyria melalui Rusia Selatan menuju eropah dengan berbagai-bagai nama seperti Cimmeria, Goth, Angle, Jute, Saxon, Dane(Denmark), Viking dan penduduk asli Normandy.

(8).Kami Percaya : Keturunan yang benar dari Israel adalah Celto-Anglo-Saxon,Scandinavia,Jerman dan Dutch(Belanda),rakyat Australia,Kanada,Afrika Selatan,Selandia baru dan Amerika(A Great Nation) dan kepulauan Inggeris (A Great nation and Company of Nation)

(9).Kami Percaya: Keluarga kerajaan (Inggeris) adalah keturunan langsung Daud.

*****************************************************************************

Nama-nama yang disebutkan dalam kitab Ezekiel 38:1 – 4, iaitu Juj,tanah majuj,Rus,Masekh,Tubal perlu dihuraikan lagi.

[ Lagi datanglah kata Tuhan kepadaku,bunyinya “Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan Tanah Majuj,raja Rus,Masekh dan Tubal,dan bernubuatlah akan halnya] – Kitab Ezekiel 38:1-4.

Juj adalah sama dengan Yakjuj iaitu Raja Rus atau Rusia,Masekh iaitu Moscow dan Tubal iaitu Tobolsk. Tanah Majuj bermaksud Makjuj.

Rusia(Rus) adalah nama Negara manakala Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di sebelah utara pergunungan kaukasus.Di Sungai Omask terletak kota Moscow dan pada sungai Tobolsk terletak Kota Tobolsk.Kedua-duanya adalah kota yang masyhur di Rusia!

Maka kita boleh simpulkan disini bahawa Juj itu juga adalah Rusia,tempat tinggalnya bangsa Slavia.Rusia pula terletak di Eropah.Penduduk Eropah terdiri dari dua pokok utama suku bangsa iaitu bangsa Slavia dan bangsa Teutonia.Oleh itu kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Juj adalah nama bangsa-bangsa Eropah timur iaitu bangsa Slavia dan Majuj bermaksud nama bangsa-bangsa Eropah barat iaitu Bangsa Teutonia yang meliputi bangsa Jerman dan British!

Saya cukup percaya bahawa orang-orang Eropah itu berketurunan dari Gog Magog,kalau tidak mengapa mereka masih menyimpan patung Gog Magog di hadapan Guidhall di London itu!Jika sekiranya ia tiada kaitan dengan Gog Magog sebagai nenek moyang mereka,mereka sudah pasti tidak meletakkan dua patung itu di depan gedung Dewan Perwakilan rakyat mereka!

aka benarlah sabda Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa bangsa Yakjuj Makjuj ini adalah merupakan komuniti terbesar orang kafir dan mereka tidak beriman dengan Allah.

Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud :

“Allah berkata kepada Nabi Adam,”wahai Adam”.beliau pun menjawab “Labbaika wa sa’daik”(aku penuhi panggilanMu dan seruanMu).Allah berkata “keluarkanlah dari anak cucumu delegasi neraka”.Beliau bertanya “Wahai Tuhan, apa yang dimaksudkan dengan delegasi neraka?” Allah menjawab “Daripada setiap 1000 orang,ada 999 yang masuk neraka,hanya satu sahaja yang masuk syurga”.Orang pun kecoh bergemuruh apabila nabi menceritakan hadis ini .Lantas mereka bertanya “Wahai Rasulullah,siapakah di antara kami yang menjadi satu orang tersebut?’ beliau menjawab “bergembiralah,kerana kamu berada di antara dua komuniti.Tidaklah dua komuniti itu bercampur dengan komuniti yang lain melainkan akan memperbanyakkannya,itulah Yakjuj dan Makjuj”

Sekiranya pada waktu itu, jumlah kaum muslimin atau sahabat nabi contohnya seramai 1000 orang ,maka bilangan Yakjuj Makjuj adalah sejumlah 1000 x 999 = 999000 orang.Bayangkanlah dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke akhir zaman seramai 999,000 orang yakjuj makjuj itu berkembang biak dan berketurunan,berapa ramaikah yakjuj makjuj yang ada bertebaran di mukabumi ini sekarang???

Maka tidak hairanlah jika ada para pengkaji atau sarjana yang mengatakan bangsa Yakjuj Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi-israel atau dari bangsa Amerika atau dari bangsa Rusia kerana semua bangsa yang disebutkan itu adalah subset kepada bangsa Yakjuj Makjuj yang besar seperti saya huraikan diatas!

pisod gelombang migrasi pertama keluarnya Gog Magog ini pada tahun 790-750 SM yang dicetuskan oleh ancaman kelaparan di padang rumput Eurasia dimana rumput mula berkurangan untuk binatang ternakan mungkin akibat serangan belalang atau kemarau yang berpanjangan melibatkan serangan ganas bangsa Scythia Yakjuj Makjuj dengan migrasi mereka ke timur menuju ke China- Dinasti Chou 771 SM iaitu ke peradaban lembah sungai Kuning China(Tiongkok), migrasi ke barat menuju ke Eropah dan Asia Barat Daya (Armenia,Urartu dan Media) serta migrasi ke selatan menuju peradaban sungai Indus India

Satu ciri penting bangsa yakjuj makjuj ini ialah mereka amat menyukai emas! Jadi, bangsa manakah sekarang ini yang amat menyukai emas jika bukan bangsa yahudi-zionis!merekalah sekarang ini yang sedang mengumpul emas dan merekalah juga yang mengawal harga emas dunia!sila baca artikel lama saya bertajuk Zionis dan Emas – Bhg 1,Bhg 2,dan Bhg 3.

Ketika Kota Nineveh iaitu ibukota Empayar Assyria hancur 612 SM,hasil serbuan gabungan tiga bangsa iaitu Bangsa Cheldea Babilon yang dipimpin oleh Nabopolassar,Bangsa Medes yang dipimpin oleh Cyaxares I dan Bangsa Barbar Yakjuj makjuj Scythia yang dipimpin oleh Umman Manda, Raja Assyria iaitu Sin Sharishkun telah membunuh dirinya bersama permaisuri ,dayang-dayangnya serta timbunan emas dan perak yang banyak didalam kota itu!Bayangkanlah timbunan emas yang tinggi di dalam kota!

Selepas Assyria hancur,wilayah kekuasaannya dibahagi dua iaitu kawasan Mesopotamia termasuk Babilon diberikan kepada Nabopolasar dari Chaldea dan kawasan Elam untuk Cyaxares I dari Medes.

Bangsa Scythia hanya mendapat harta rampasan emas dan perak sahaja!jumlah dan nilainya tentulah banyak kerana Empayar Assyria sendiri pernah merampas atau menerima ufti berupa emas dan perak dari jajahan takluknya seperti seluruh Timur Tengah, Mesopotamia, Babilon, Chaldea, Urartu di Asia kecil, Palestine, Israel, Mesir dan lembah sungai Nil.Kemungkinan besar harta tersebut adalah warisan dari kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman.

Gelombang migrasi kedua keluarnya Bangsa Yakjuj Makjuj secara besar-besaran ialah serangan Mongol-Tartar dan perluasan kekuasaan mereka.

Jadi dalam artikel ini saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak….adakah anda bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa Bangsa Yakjuj Makjuj sebenarnya telahpun sampai ke Tanah Melayu ini dan pernah menjajah kita?...Bukankah Portugis(bangsa Portugis/sepanyol adalah keturunan Tarshish anak kepada Javan anak kepada Yafits bin Nuh a.s) ,Belanda dan Inggeris adalah keturunan Gog Magog? Pada pendapat saya episod penjajahan oleh negara-negara tersebut ke Nusantara dan khususnya ke tanah air kita melambangkan episod gelombang migrasi ketiga keluarnya Gog Magog !

Portugis...Belanda...Inggeris...

Jadi,bilakah pula agaknya gerangan migrasi atau serangan ke-4 episod keluarnya yakjuj makjuj secara besar-besaran itu? Sekarang ini tidak dinafikan lagi bahawa Dajjal(Pendusta Besar) dan segala bala tentera rahsianya sedang mempermudahkan jalan keluarnya Yakjuj Makjuj.

Sudah pasti mereka akan keluar semula selepas turunnya Nabi Isa a.s dan selepas Dajjal dibunuh ditangan Nabi Isa Al Masih.

Siapa pula sebenarnya Zulqarnain yang disebutkan di dalam Al-Quran itu ?

Persoalan ini sebenarnya masih tinggal misteri sehingga sekarang.Benarkah Iskandar Zulkarnain yang disebut-sebut dalam kitab melayu lama itu adalah Zulqarnain yang disebut di dalam Al-quran?,kerana dalam al-quran hanya disebutkan namanya Zulqarnain sahaja!tidak ada perkataan Iskandar! malah ada pengkaji yang mendakwa Iskandar Zulkarnain pernah datang ke Nusantara dan Bangsa Siam Budha itu adalah berasal dari Yakjuj Makjuj.Benarkah begitu?...saya tinggalkan polemik perbincangan ini kepada anda semua!

Sebelum mengundurkan diri,saya ingin membuat kesimpulan bahawa untuk mengenal siapa itu Zulqarnain sebenar perlulah meneliti ketiga-tiga kata kunci utama seperti yang saya utarakan di awal artikel ini dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan berjalan seiring dalam satu masa dan zaman!

Mungkin juga Pakar Arkeologi boleh menilai usia sebenar besi bercampur tembaga yang dijumpai di gunung Kaukasus itu.Jika usia sebenar besi tersebut diketahui,maka boleh dianggarkan pada tahun berapakah Zulqarnain membuat tembok besi itu dan dapatlah dicari watak sebenar siapakah Zulqarnain yang memenuhi ciri-ciri seperti yang diterangkan oleh Al-Quran yang terlibat dengan Bangsa Yakjuj Makjuj dan pembinaan dinding besi itu dizaman itu!

Sedikit nota buat renungan bersama :

2166 SM- Nabi Ibrahim dilahirkan di Ur,Mesopotamia selatan (Iraq).

2150 SM- Nabi Ibrahim menghancurkan berhala di Ur.Dihukum oleh Raja Namrud lalu dicampakkan kedalam api tetapi tidak terbakar.Anak saudaranya Luth beriman selepas melihat kejadian itu.

2117 SM- Nabi Ibrahim mengahwini Sarah.

2105 SM-Nabi Ibrahim berpindah ke Haran,Turki.

2091 SM- Nabi Ibrahim berpindah dari Haran menuju Palestin/Kanaan melaui Syria dan Jordan.

2089 Sm- Bencana kebuluran di Fertile Crescent termasuk di Palestine,Ibrahim berpindah ke Mesir.

2084 SM- Raja Mesir menghadiahkan seorang hamba wanita (sesetengah riwayat- puteri Raja Mesir)iaitu Siti Hajar lalu dinikahi oleh Ibrahim.

2080 SM- Siti Hajar melahirkan Ismail.

2067 SM- Ibrahim mengorbankan Ismail,diganti oleh Allah dengan Kibas.Kehancuran kota Sodom dan Gomorah tempat dahwah Nabi Luth.

2066 SM- Sarah melahirkan Ishaq.

2056 SM- Ibrahim dan Ismail meninggikan Kaabah di Mekah

2025 SM – Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 6 orang anak(sesetengah riwayat-7 orang anak) 

2006 SM- Nabi Yaakub ,putera Nabi Ishaq,dilahirkan di Palestin.

2000 SM- Orang Siberia,pengembala nomad dari padang rumput Eurasia berketurunan yakjuj makjuj bermigrasi ke Benua Amerika menjadi suku Indian.Sebahagian orang Siberia juga bermigrasi ke Georgia,di selatan pergunungan kaukasus dan mula memperkenalkan ilmu menjinakkan kuda.

1991 SM – Nabi Ibrahim meninggal dunia pada umur 175 tahun.

1929 SM- Nabi Yaakub melarikan diri ke Haran.Dari peristiwa ini Nabi Yaakub digelar Israel.Israel dari perkataan Isra-[perjalanan malam] dan El- [Allah] yang bererti Allah memperjalankannya di malam hari.Istilah Israel mula terbentuk.Anak Nabi Yaakub bernama Yahuda,maka istilah Yahudi mula terbentuk.

Akhirnya ..satu soalan cepu emas untuk semua…siapakah Bangsa Israel yang sebenar? Israel-Yahudi - Zionis sekarang ini yang mempunyai jurai keturunan dari Magog bin Yafits bin Nuh atau satu Bangsa Misteri yang berasal dari Nabi Yaakub(Israel) anak kepada Ishaq anak kepada nabi Ibrahim sehingga kepada Arphaxad anak kepada Shem/Sem anak kepada Nuh a.s ?

Kata kunci utama ialah pada tahun 2025 SM – Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 6 orang anak.

Siapa Keturah ,dari mana asal usulnya dan siapakah pula keturunan anak-anak Keturah ini ???

Selamat membaca…

zul qarnaian

Siapakah Yang Layak Di Gelar Zul-Qarnain dan Keturunan Zul-Qarnain Manakah Yang Telah Sampai Ke Bumi Melayu?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Artikel Salinan : Winda A 

Setelah berlalunya siri berkaitan dengan Yakjuj Makjuj,ada beberapa orang pembaca yang menghantar e-mail meminta saya menulis berkaitan dengan siapakah Zul-Qarnain sebenarnya.Untuk tidak menghampakan permintaan mereka saya teruskan artikel yang tidak seberapa ini mengikut pandangan peribadi saya hasil kajian dan pembacaan dari pelbagai sumber berkaitan siapakah Zul-Qarnain sebenarnya.Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah ahli sejarah atau pakar dalam bidang ini,Cuma saya berminat untuk menulis dan menyampaikan sedikit ilmu agar kita semua ( Melayu-Islam) mendapat sedikit manfaat darinya.Oleh itu saya meminta maaf jika cara penulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.Segala teguran dan komen anda adalah dialu-alukan!

Baiklah,seperti yang pernah saya tulis sebelum ini,untuk mengenal siapa Lelaki Misteri yang disebut namanya Zul-Qarnain sebanyak 3 kali dalam surah Al-Kahfi ini,kita perlulah terlebih dahulu mengenal dan mengkaji siapakah Bangsa Yakjuj Makjuj dan di manakah dinding besi bercampur tembaga yang dibina oleh Zul-Qarnain dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan perlu berjalan seiring dalam satu cerita dalam satu masa mengikut time line.

Ada beberapa nama atau watak tersohor sepanjang sejarah manusia yang cuba diketengahkan dan didakwa sebagai Zul-Qarnain,tetapi yang paling banyak diperbahaskan ialah Raja Kurush(Cyrus The Great) dan Raja Iskandar(Alexander The Great).Walaupun secara peribadinya saya berpendapat Raja Kurush atau Cyrus The great adalah watak yang sesuai dengan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,namun dalam artikel ini saya juga turut menulis secara ringkas tentang Raja Iskandar.

Kita mulakan dengan Zul-Qarnain,selepas itu Raja Kurush atau Cyrus The Great dan seterusnya Raja Iskandar atau Alexander The Great

**********************************************************************************

Zulqarnain Mengikut Al-Quran :

Bermakna ; yang mempunyai dua tanduk,yang datang dari dua kurun,yang datang dari dua generasi,yang memiliki dua ufuk(timur dan barat),yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani,yang beroleh hidayat berupa ilham dan petunjuk Ilahi.

Namanya disebut Oleh Allah sebanyak tiga kali dalam surah Al-Kahfi

Ada kaitan dengan Yakjuj Makjuj.

Menerima wahyu dari Allah berupa ilham

Membina tembok besi bercampur tembaga untuk halang Yakjuj Makjuj

**********************************************************************************

Raja Kurush atau Cyrus The Great ( 590 SM – 530 SM ) :

Juga digelar Cyrus II Parsi atau Cyrus The great.

Dilahirkan di Anshan,Iran pada 590 SM (ada yang mengatakan lahir pada 576 SM)

Anak kepada Raja Parsi Cambyses I (anak kepada Cyrus I )

Tahun 559 SM,beliau menaiki tahkta Raja Anshan setelah ayahnya meninggal dunia.

Tahun 550 SM, beliau berjaya menawan Ecbatana iaitu Bandar utama Empayar Madia(Medes).

Tahun 546 SM,beliau berjaya menakluk keseluruhan Empayar Madia(Medes) dan menjadi Raja bagi Empayar Parsi.

Tahun 539 SM ,beliau menawan Babylon tanpa penentangan yang hebat  dan pertumpahan darah kerana kedatangan tentera mereka melintasi Sungai Euphrate sebelah malam setelah mengalihkan dahulu aliran sungai itu kesebuah terusan menyebabkan paras air sungai turun ke aras paha, tidak di sangka oleh penduduk dan tentera Babylon.Akhirnya beliau menjadi Raja Babylon pada 24/10/539 SM. Dengan itu beliau berjaya mengalahkan 3 kerajaan besar iaitu Medes,Lydia dan Babylon

Beliau membebaskan semua tahanan yahudi yang diambil sebagai hamba abdi semasa pemerintahan Raja Bukhtanasar dan membenarkan mereka pulang ke tanahair mereka di Palestine.

Bulan Ogos 530 SM,beliau meninggal dunia dalam satu peperangan melawan Kaum Massagetae.Kaum ini banyak persamaan dengan kaum Sychtian dari segi cara berpakaian, gaya hidup, dan cara berperang secara berkuda dan menggunakan panah.Mayatnya dikebumikan di Pasargadae,Iran.Jika benar dia Zul-Qarnain,maka matinya Raja Kurush itu adalah mati yang mulia sebagai syahid kerana berjihad melawan bangsa keturunan Yakjuj Makjuj!

Sumbangannya ialah pembebasan hamba,memperkenalkan sistem pos dan hak-hak asasi manusia sebagaimana yang tercatat pada Cyrus Cylinder termasuk kebebasan beragama.

***********************************************************************************

Raja Iskandar atau Alexander The Great ( 356 SM – 323 SM ) :

Seorang raja yang dikenali sebagai Alexander of Mecedonia, atau Alexander III, atau Alexander The Great. Nama arabnya ialah Iskandar Al-Makduni (Macedonia).

Dilahirkan pada tahun 356 SM di Pella,Macedonia (Greece sekarang ini)

Murid kepada Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Yunani

Menjadi raja pada tahun 336 SM menggantikan ayahnya Raja Philip II yang dibunuh.

Mempunyai seekor kuda hitam bernama Bucephalus,berkhidmat sehingga 20 tahun bersama Iskandar sehingga kuda itu mati dalam satu peperangan di India.

Memulakan misi penaklukannya ke asia pada tahun 334 SM

Tahun 333 SM terlibat dalam peperangan Issus- menang mengalahkan Raja Empayar Parsi iaitu Darius III.

Tahun 331 SM, Darius berdamai dengan Raja Iskandar.Selepas itu berperang kembali dalam peperangan Gaugamela.Raja Iskandar menang dan Darius melarikan diri dan dibunuh oleh menterinya sendiri.

Tahun 327 SM Iskandar mula terpengaruh dengan adat resam orang parsi.Orang bawahan mesti mencium tangan,melutut dan menyembah orang atasan sebagai tanda hormat.Motif kononnya untuk mengekalkan sifat ketuhanan diri Iskandar itu sendiri yang merasakan dia adalah anak Zeus tidak dipersetujui oleh rakyatnya dan orang ramai.Selepas itu mula membunuh pegawai dan menterinya sendiri yang cuba memberontak

Tahun 326 SM ,terlibat dalam peperangan Hydespas melawan Raja wilayah Punjab iaitu Raja Porus dari Empayar Magada dalam misinya menawan India.Iskandar menang tetapi kuda kesayangannya terbunuh.Berlaku pemberontakan dari tenteranya sendiri ketika ditebing sungai Ganges kerana keengganan mereka menyeberangi sungai itu yang dalam dan deras airnya dengan kuda .

Tahun 323 SM, beliau meninggal dunia di Istana yang dulunya milik Raja Bukhtanasar di Babylon.Punca kematian masih misteri,diantaranya diracun,malaria,demam panas.

Bertanggungjawab atas kematian ratusan ribu nyawa tenteranya dan musuh-musuhnya.

Selalu mengambil arak dan selalu berada dalam keadaan mabuk.Beliau tidak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai,malah negaranya sendiri hampir-hampir dikalahkan musuh di masa ketiadaanya dalam tahun 331 SM oleh orang-orang Yunani.Ini adalah kerana Macedonia kekurangan tentera selepas 300,000 tentera dikerahkan oleh Iskandar dalam misinya.Beliau juga tidak memikirkan kepentingan negaranya sendiri kerana sanggup menghabiskan masa di luar negara sedangkan Macedonia tiada pewaris semasa ketiadaannya.

Empayarnya melebar dari Balkan Hingga ke Himalaya India.6 minggu sebelum usianya menjejak 33 tahun beliau telah menakluk 3 buah benua dalam masa kurang sedekad.

Masih banyak cerita-cerita pelik dalam sisi hidupnya yang gelap tercatat dalam sejarah yang tidak mahu saya tuliskan disini!

************************************************************************************

Hujah-Hujah Raja Kurush (Cyrus The Great) itu Zulqarnain :

Dalam Old Testement, buku Daniel-Bab lapan, ada tertulis tentang bagaimana Nabi Daniel bermimpi di istana Shushan di Wilayah Elam menggambarkan ada seekor kambing gurun bertanduk dua yang mengalahkan semua binatang dan akhirnya dikalahkan oleh kambing bertanduk satu.

Selepas itu Nabi Daniel tidak sedarkan diri lalu muncullah malaikat dan memberitahu dirinya bahawa yang bertanduk dua itu adalah Raja kepada Madia dan Parsi dan yang bertanduk satu itu adalah Raja Yunani.Jadi raja yang memenuhi ciri-ciri mimpi di atas ialah Cyrus The Great(Kambing bertanduk dua).Lagipun ia betul mengikut turutan masa (time line) iaitu lebih awal dari masa Raja Iskandar(Alexander The great) yang digambarkan di dalam mimpi itu sebagai kambing bertanduk satu!

Zulqarnain juga disebut dalam buku Daniel dan buku U’zair(Ezra) sebagai seorang raja yang beriman dengan Allah swt.Perwatakan ini sama dengan Raja Kurush atau Cyrus The Great.Tidak logik pula kalau disandarkan watak Zul-Qarnain itu kepada Raja Iskandar kerana kita tahu bagaimana cara hidup Raja Iskandar!

Ciri-ciri Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran seperti membuat perjalanan kearah matahari terbenam(barat),menerima wahyu dari Allah iaitu boleh memilih samaada boleh mengazab atau membuat kebaikan terhadap musuh-musuhnya,membuat perjalanan ke arah matahari terbit(timur) dan membina tembok menghalang Yakjuj makjuj juga dipenuhi oleh watak Cyrus The Great/Raja Kurush

Dalam perjalanan Zul-Qarnain ke arah barat, di sebut dalam surah Al-kahfi ayat 86 :

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..” laut berlumpur hitam itu jika kita anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.

Jika dikatakan Zul-Qarnain itu Raja Iskandar,maka akan jadi pelik dan tidak seiring pula dengan time line kerana pada waktu pertama kali pergerakan kekuasaan tentera Macedonia kearah barat itu Raja Iskandar masih kanak-kanak dan penaklukan itu di buat oleh ayahnya iaitu Raja Phillip II.

Selain itu ciri lain Zul-Qarnain ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi… “…dan kami berkata wahai Zulqarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.

Orang yang paling sesuai ialah Raja Kurush,ia juga disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle…sebagai seorang raja yang beriman.Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.

Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf,tidak suka kepada pembunuhan ,memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takutkan Allah.Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah.Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia,rajanya iaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.

Jika Zulqarnain itu disandarkan kepada Raja Iskandar pula,agak tidak logik kerana beliau menyembah tuhan yang pelbagai.Beliau juga mengaku beliau anak Tuhan Zeus dan anak tuhan Ammon.Beliau pernah mendirikan 12 kuil untuk menyembah 12 tuhan Olympia di Sungai Hyphasis,India.pada tahun 332 SM,ketika beliau memasuki Mesir,beliau telah melakukan korban pujaan kepada Dewa Apis dimana dewa itu yang juga digelar Dewa Hapi adalah seekor kerbau yang dianggap suci.Selepas itu beliau ditakhtakan dengan takhta berkembar Firaun.

Beliau juga tidak memenuhi ciri-ciri Zulqarnain kerana melakukan pembunuhan dan pembakaran beramai-ramai keatas orang-orang Assakenian di Ora dan Massage walaupun mereka telah menyerah kalah.

Ciri Zulqarnain yang lain ialah beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi.. “Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur iaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.

Ciri Zulqarnain yang lain ialah membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :

“Hingga beliau(zulqarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulqarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulqarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya” [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]

Berkaitan dengan perkara di atas ,saya berkeyakinan penuh bahawa Yakjuj Makjuj ini adalah manusia,puak yang meminta bantuan dari Zul-Qarnain itu pula bagi saya bukannya penduduk atau komuniti yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal.Contoh mudah ialah jika kita mahu mengupah Yang Di Pertuan Agung untuk melakukan sesuatu tugas atau kerja ,takkan lah harganya bernilai puluhan atau ratusan ringgit je!!! Tentulah upahnya mahal bukan? Jadi...hanya orang yang berada saja yang sanggup membayar upah semahal itu!

Tercatat dalam sejarah kedua-dua mereka, sama ada Raja Kurush atau Raja Iskandar pernah membuat dinding/tembok iaitu sepanjang sungai Syrdar’ya atau Jaxartes yang digelar Cyreschata(dinding kurush) dan Alexandria Eschaete(dinding Iskandar).Antara tembok-tembok lain yang dibina oleh raja-raja yang berlainan adalah Tembok Besar China,tembok di asia tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh,tembok di Dagistan Russia atau dikenali sebagai Derbent berhampiran laut kaspia atau tembok yang dibina di arah barat di kawasan Kaukasus ketiga.

Mengikut pendapat ramai pakar sejarah,tembok Zulqarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia.Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.

Hujah lain yang mengatakan itulah tembok yang dibina oleh Zulqarnain ialah ketika zaman khalifah Saidina Umar ,beliau telah menghantar Suraqah bin Amr pada tahun 22 Hijrah ke Derbent untuk mencari dan mengkaji tembok Zulqarnain di situ.Sekiranya disitu bukan letaknya tembok Zulqarnain,mengapa Saidina Umar menghantar utusannya iaitu Abdul Rahman bin Rabi’ah bersama Suraqah bin Amr melaui Armenia ketempat itu dan bukan ke tempat lain.

Hujah yang lain ialah ketika pemerintahan khalifah Abbasiah Al-Wathiq yang memerintah antara tahun 908 M – 932 M,beliau sekali lagi menghantar seorang utusan ke Derbent melaui Tblisi sebelum memasuki kawasan kaukasus iaitu Ahmad bin Fadhlan untuk mencari dan mengkaji tembok tersebut secara terperinci.

Oleh itu sekiranya ini benar-benar tembok yang dibina oleh Zulqarnain,maka Raja Kurush sekali lagi menepati ciri-ciri Zul-Qarnain kerana dalam catatan sejarah, Raja Iskandar tidak pernah menjejakkan kakinya ke kawasan Kaukasus dan kawasan ini bukan termasuk dalam jajahannya! Ilmuan Abul Kalam pernah menceritakan bahawa Raja Kurush(Cyrus The Great) dalam ekspedisinya ke utara telah bertempur dengan Kaum Sychtian yang di terjemahkan sebagai kaum liar Yakjuj Makjuj.Raja Kurush telah mengalahkan mereka di satu tempat bernama Daryal Pass yang terletak di Derbent.Beliau lalu membina dinding besi bercampur tembaga disitu.Jika kita sandarkan Pembina tembok itu adalah Raja Iskandar,maka ianya agak tidak masuk akal kerana dia tidak pernah ke sana,dan masa pemerintahannya yang singkat iaitu selama 7 tahun tidak mencukupi untuk membina tembok kerana sibuk meluaskan jajahan penaklukannya dan serangan kearah India.

Oleh itu ramai pakar sejarah berpendapat Raja Kurush adalah orang yang sesuai dengan ciri Zulqarnain itu kerana mengambil kira beliau telah membina tembok untuk menghalang kaum liar Scythian (Yakjuj Makjuj ) dari menggangu rakyat di bawah taklukannya yang berada di sebelah selatan Banjaran Kaukasus iaitu meliputi Azerbaijan,Georgia,Dagistan dan Armenia pada tahun 537 SM dalam tempoh 9 tahun pemerintahannya di situ iaitu 200 tahun sebelum kelahiran Raja Iskandar(lahir 336 SM).

Merujuk kepada penulisan Herodotus,beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani.Ia disokong oleh flavius Josephus selepas itu.Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great)

Maka, marilah kita teruskan perbincangan kita pula berkaitan dengan pembinaan tembok besi itu oleh Zulqarnain.Jika di teliti ayat Al-Quran dalam surah al-kahfi ayat 93-94 di atas,puak yang memohon jasa baik Zulqarnain untuk membuat tembok itu sebenarnya adalah satu puak atau bangsa yang sememangnya sudah mahir dalam pencairan dan pembuatan besi.

Saya juga ingin menarik perhatian anda semua untuk berfikir berkaitan ayat Al-Quran ,kata-kata Zul-Qarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”.Bagi saya ayat itu bermaksud Zul-Qarnain hanya membantu mereka sahaja! Mereka sebenarnya telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut. Jika mereka tidak mahir masakan Zulqarnain berkata “Berilah kepadaku tembaga yang yang sudah dilebur supaya dapat dituangkan kepada besi itu”.Jika mereka adalah puak yang tidak tahu melebur atau membuat besi dan tembaga,sudah tentu Zulqarnain berkata “Berikanlah kepadaku tembaga yang telah kuleburkan itu”!

Maka siapakah bangsa misteri itu?.Jika menurut penulisan Herodotus,kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi.Mereka berasal dari Selatan Kaukasus.Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom.Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan].

Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.

Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).

Mungkin ada orang yang bertanya saya pula selepas ini ,jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zul-Qarnain untuk membuat tembok besi itu???

Jawapannya ialah sudah pasti mereka meminta Zul-Qarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zul-Qarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Zul-Qarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara!

Alasan yang lain ialah mungkin mereka mahukan teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulqarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu ,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zul-Qarnain.Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!

Jika disandarkan kepada watak Zul-Qarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat ,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .

Bayangkan saudara,ternyata kerja-kerja mengalihkan air itu bukan perkara yang mudah jika tidak dibantu oleh teknologi Raja Kurush!!! Lagipun bila kembali semula kepada zaman Raja Iskandar selepas itu iaitu ketika ingin menyerang wilayah Punjab Empayar Magada India,tenteranya terpaksa memberontak kerana melawan arahan Raja Iskandar yang menyuruh mereka menyeberangi Sungai Ganges yang dalam dan deras dengan kuda.

Mengapa Raja Iskandar tidak berfikir dan bertindak seperti raja kurush sebelumnya? Hal ini bagi saya adalah satu lagi bukti yang menunjukkan Raja Kurush mempunyai kelebihan akal dan teknologi serta seorang raja yang mendapat petunjuk dari Allah berbanding Raja Iskandar.

Berbalik semula kita kepada proses pembinaan tembok tersebut,Adakah tiupan itu mampu dibuat dengan mulut mulut penduduk Georgia dan Armenia atau tiupan itu dibuat oleh makluk lain yang berbentuk Mitos/khayalan ,adalah tidak logik.Lagipun benda-benda berbentuk Mitos itu tidak ada dalam al-quran ,mengapa harus kita mempercayainya?

Akhirnya saya ingin membuat kesimpulan bahawa Raja Kurush atau Cyrus The Great adalah Raja yang memiliki ciri-ciri Zulqarnain seperti yang disebut dalam Al-quran.

Oleh itu….jika anda semua juga bersetuju dengan saya…maka…

Marilah kita siapkan puzzles ribuan tahun ini bersama!!!

Ingat 3 Kata Kunci Utama dalam artikel-artikel saya sebelum ini ? iaitu Zulqarnain,Yakjuj Makjuj dan Dinding/tembok besi mestilah berlaku dalam satu masa/zaman dan mestilah saling berkait antara satu sama lain mengikut time line!

Maka Raja Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulqarnain,Dialah yang membina tembok besi bercampur tembaga itu,dialah yang berperang dengan kaum Scythian yakjuj makjuj itu. Nah bukankah itu 3 cerita dalam satu masa!!!

Anda tidak bersetuju dengan saya? Tidak mengapa….

mungkin ada yang berkata kalau begitu kenapa tidak diletakkan nama Kurush sahaja menggantikan Zulqarnain dalam surah al-Kahfi itu?.....hanya Allah swt saja yang tahu sebabnya…

Pendapat saya pula , salah satu sebabnya ialah supaya kita berfikir dan terus berfikir…….teruskan membaca…dan berfikir….

Selain itu, mungkin ada agenda tersembunyi dari Dajjal dalam mengubah dan memutar belitkan fakta sejarah…tujuannya hanya satu :

* untuk menipu manusia dan menyembunyikan kebenaran itu sejak zaman berzaman!...

tidak percaya???

Sila lihat contoh peranan Ulamak upahan Zionis/Dajjal untuk menggelapkan sejarah kehebatan melayu islam dizaman Kerajaan Perlak,Samudera-Pasai dan Aceh seperti dalam artikel saya sebelum ini bertajuk “ Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat Agama-Bangsa Yang Terpendam Sejak 375 tahun !”….

Jika diteliti sejarah kesusasteraan dan budaya Yunani telah berlaku satu usaha untuk memperbesar-besarkan peranan bangsa Yunani di pentas dunia dan cuba menggelapkan peranan Bangsa lain seperti Parsi dan Rom…dan jangan lupa juga Bangsa Mala di Land Of Promised!

Mungkin kata-kata Prof Dr Hamka dalam tafsir Al-Azhar menyebut tentang siapakah Zulqarnain ini boleh kita renungkan bersama…katanya :

“Zul Qarnain bukanlah nama,melainkan gelaran kebesaran dan kehormatan yang diperlambangkan oleh penguasa itu dengan memakai mahkota yang bertanduk dua.Biasanya tanduk dua itu,yang dilambangkan sebagai tanduk lembu liar terpisah ke kiri dan ke kanan dan di perbuat dari emas.Dan hanya raja itu saja yang memakainya.Ketika seseorang memohon ampun atau ketika mengadapnya,tidaklah orang menyebut namanya melainkan memanggilkan mahkota yang merangkap gelaran kebesarannya, “Wahai Zul Qarnain!” “Wahai yang mempunyai dua tanduk!”.Hingga pada zaman kita yang Mutakhir ini pun kebiasaan demikian masih banyak dipakai raja-raja besar,masing-masing dengan susunan katanya sendiri,Malah Yang DiPertuan Minangkabau di zaman bahari disebut : “Daulat Yang Di Pertuan,Yang Bersemayam di Pagar Ruyung,Yang Empunya Mahkota Si Kula-Qamat,Yang mempunyai Tenun Sang Seta,Yang Empunya Tabuh Pulut-Pulut,Yang Empunya Tambang Emas di Selida” dan sebagainya”

Perhatian!!!

Perlu diingat bahawa Iskandar yang digelar Zulkarnain yang hidup sewaktu dengan Nabi Ibrahim dan sempat tawaf di baitullah bersama Nabi Ibrahim itu bukan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,beliau ialah cucu kepada Nabi Nuh melalui anaknya Sam.(Katakan kita namakan dia Iskandar A.)

Perhatian!!!

Ada seorang lagi yang bernama Iskandar menurut Al-Hafidh ibn ‘Asakir didalam kitabnya berjudul Tarikh adalah dari keturunan Rumi bin Al-Asfar bin Yaqaz bin Al-Ais bin nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.(Katakan kita namakan dia Iskandar 😎

Jadi persoalan seterusnya Siapakah pula Raja Iskandar Zulkarnain yang tersohor di dunia melayu dan Nusantara sejak zaman berzaman itu??? Adakah dia Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran??? bagaimana namanya boleh digabungkan menjadi Iskandar-Zulqarnain pula??? Renretan sejarah silam perlu diperbetulkan semula nampaknya!!!

Siapa yang perlu memikul tugasan ini??? Tentulah saya dan anda semua!!!

Mari kita jejaki Keturunan dan anak cucu Raja Kurush Empayar parsi itu….sudah pasti kita akan dapat membongkar siapakah raja berketurunan darinya yang turun di Bukit Si Guntang itu!!!

Petikan dibawah saya ambil dari Kitab Sejarah Melayu :

[“A’lam ketahui olehmu,pada zaman dahulukala,dan pada masa yang lalu,kata yang empunya ceritera,bahawa Raja Iskandar,anak Raja Darab,Rom Bangsanya, Makaduniah negerinya,Zulqarnain gelarnya;sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit,maka baginda sampai pada satu bi’at,negeri Hindi” ]

Cubalah renungkan betul-betul ayatnya wahai saudara se-Bangsa ku … setujukah anda jika saya katakan bahawa sejarah itu telah diubah oleh tangan-tangan ghaib…menjadikan Zul-Qarnain versi Melayu itu adalah Raja Iskandar atau Alexander The Great!!!

Mengapa jadi begitu???

Mengapa mereka mahukan kita keliru???

Bukan di Nusantara sahaja…kempen menjadikan Alexander sebagai Zul-Qarnain begitu hebat di Yunani dan Rom selepas kematiannya!padahal jika kita meneliti sejarah hidup Alexander..dia begitu jauh untuk memenuhi ciri-ciri Zul-Qarnain yang disebut di dalam Al-Quran.

Oh ya..sebelum artikel ini berakhir, dari mana asal usul dan siapa pula bangsa Rom itu?

Bangsa Rom berketurunan daripada ‘Ais atau ‘Aisoo adik beradik nabi Yaakub dimana kedua-duanya anak kepada Nabi Ishak!

(Katakan kita namakan Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dalam sejarah melayu itu Iskandar C)

Katakan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush itu kita namakan sebagai Iskandar D, dan Raja Iskandar atau Alexander The Great itu kita namakan dia Iskandar E,

Jadi Iskandar manakah dari yang 5 orang itu yang menurunkan bangsa-bangsa Mala atau Melayu di bumi bertuah ini??? Iskandar A @ B @ C @ D @ E ?????

Baiklah,sekali lagi… untuk memudahkan anda….Zul-Qarnain manakah yang keturunannya turun atau sampai di Bukit SiGuntang itu? keturunan Zul-Qarnain yang hidup dizaman Nabi Ibrahim yang asal keturunannya dari Sam anak Nuh a.s kah atau keturunan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush(Cyrus The Great) ataupun dari keturunan "hero" yang bernama Iskandar Zul-Qarnain di alam melayu itu yang telah menjejakkan kaki ke bumi Mala ini???

Mungkin pakar-pakar sejarah negara dan dunia ada jawapannya!!! Silakan….

Akhir kata…selamat berpuasa dan selamat berhari raya dari saya Sangtawal Sakranta dan keluarga….maaf zahir batin!

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...