SIAPAKAH DAVID ROCKEFELLER
Rockefeller telah dilantik oleh Rothschild Untuk Menjadi agennya di Amerika Syarikat agar dapat menguasai Amerika dari belakang tabir..keluaraga Rockefeller mempunyai pelbagai perniagaan dan juga aktif dalam bidang politik..
Bank Keluarga Rockefeller Menguasai 25% daripada semua aset 50 bank Perdagangan terbesar di Amerika dan 30% daripada semua Aset daripada 50 Syarikat Insurans Terbesar dunia. David Rockerfeller merupakan salah seorang pengasas kepada Federal Reserve Bank di Amerika..dia juga merupakan salah seorang arkitek kepada New World Order yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
David juga merupakan seorang penyangak yang suka memporak perandakan sesebuah negara dengan memperalatkan parti politik negara tersebut dengan wang yang dimilikinya.
Negara dunia mengikut telunjuk PBB, manakala PBB mengikut Amerika, Amerika ditadbir oleh Obama, Israel ditadbir oleh Benjamin Netanyahu, manakala Obama dan Netanyahu tunduk kepada arahan Jacob Rothschild dan David Rockefeller.
Kemudian Jacob & David menurut arahan siapa? sudah tentu tuhan mereka, Dajjal.
Syarikat yang paling utama yg menjadii Senjata bagi keluarga Rothschild adalah Bank for International Settlements (BIS). Tujuan Utama BIS adalah untuk membimbing dan mengarahkan sistem kewangan global kepada semua bank bank pusat Disetiap Negara..dan Pertubuhan Yang Menjadi Alat Untuk melaksanakan agenda BIS adalah Federal Reserve Bank of Ameica, IMF dan Bank Dunia.. Keluarga Rothschild mempunyai bank di Setiap Negara kecuali Iran, Korea Utara dan Cuba, agar dapat memantau perkembangan ekonomi disetiap Negara.
Syarikat minyak yang terbesar dunia adalah milik Rothschild & Rockefeller, seperti Syarikat Royal Dutch Shell, BP dan Exxon Mobil... Keluarga Rothschild Memegang Saham Terbesar di hampir setiap syarikat utama dunia seperti Monsanto, General Motors, IBM, Intel Corp, Coca Cola, Unilever, Syarikat media Reuters dan Associated Press ..Associated Press adalah media paling berpengaruh didunia kerana syarikat ini memilih dan menentukan berita apa yang masyarakat dunia perlu ketahui ..
=================================================================================================================================================================================================================
FEDERAL RESERVE BANK & PENIPUAN WANG KERTAS
Rothschild telah mengawal Amerika di bawah Federal Reserve (FR). Siapa yang mengawal kewangan adalah mengawal dunia. Institusi ini sangat penting bagi golongan Illuminati ini bagi mengawal ekonomi dunia. Siapakah pemilik FR ini. FR dimiliki oleh syarikat persendirian yang terdiri dari Bank-Bank persendirian. Tentulah dimiliki oleh keluarga Rothschild, Rockefeller, Bush dan lain-lain. Yang paling penting untuk diketahui ialah FR tidak dikawal oleh perundangan Negara Amerika.
Mereka bebas membuat perundangan sendiri. FR juga membiayai setiap peperangan dengan memberi pinjaman kepada kerajaan Amerika dengan mengenakan Interest.Pinjaman ini akan dibayar oleh rakyat-rakyat Amerika sampai bila-bila.
FR ini juga berperanan mencetak duit dollar. Sejarah duit dollar pula sebelum tahun 1970 adalah bersandarkan nilai emas. Boleh dilihat pada nilai duit dollar tersebut ditulis Tender by Gold.
Walaubagaimanapun pada tahun 1971, duit dollar tidak lagi bersandarkan kepada emas & WANG BOLEH DICETAK sewenang-wenangnya. Boleh dilihat pada duit dollar sekarang iaitu tertera perkataan Tender by Debt. Maksudnya boleh dituntut dengan hutang atau bersandarkan hutang.
Dari dahulu lagi, Emas adalah dianggap matawang seluruh dunia kerana jumlahnya adalah sedikit & nilainya adalah terjaga sepanjang zaman & sistem ini telah diubah kepada fiat(wang kertas) yang menyebabkan inflasi.
Kita sudah terbiasa dengan sistem ini sekian lama. Lihat sahaja nilai dollar pada tahun 1971 bersandarkan emas ialah sekitar 30 dollar bagi 1 ounces emas. pada 3 Disember 2009 mencecah sekitar 1200 dollar bagi 1 ounces. Betapa liciknya mereka mencetak sewenang-wenangnya duit dollar bagi meruntuhkan ekonomi dunia.
Yang menjadi mangsa adalah kita yang menggunakan duit dollar sebagai matawang untuk eksport & import.
Mereka mencetak wang kertas dollar dengan banyak. Amerika sedang mengalami krisis ekonomi dan mempunyai hutang trillion dollar yg perlu dibayar kepada Rothschild yg membiayai peperangan War On Terror.
==================================================================================================================================================================================================================
BAGAIMANA ROTHSCHILD MENCIPTA RIBA
Fractional Reserve System (FRS) ciptaan Rothschild adalah sistem dimana bank di seluruh dunia mencipta duit. Duit kita bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi.
Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.
Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin.
Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang nak diterangkan ini, tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Mereka ibarat kerbau dicucuk hidung. Sebab tu orang bank banyak tipu awak semua, sebab dia pon hidup ditipu.
============================================================================================================================================
Awak imagine di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian. Dan bank tersebut kita gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;
(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.
(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.
(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).
(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (Reserve Bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank.
Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729).
Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.
(10). Itu kalau kita stop sampai Steve sahaja. Kalau kita teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!
Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, tapi jauh lebih kejam kalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.
Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah.
Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.
#hapushutangdanriba
#geranbersyarat
#sistemKAPITALISvssistemMOEKRI
#gagasandakwahekonomi3m
Nak tahu kaedah penyelesaian hutang berlandaskan Islam klik join group 👇👇
https://m.facebook.com/groups/485463115208262
Wardah Iman
No comments:
Post a Comment