Sunday, 10 December 2017

Sejarah Baitul Maqdis

 UTAMA TAHFIZ MAHASUCI ALLAH KEMBARA SEORANG DA'IE CATATAN SEBUAH MEMORI ▼

ISNIN, 15 DISEMBER 2008

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Baitul-Muqaddis juga disebut sebagai Baitul Maqdis atau Juruselem dalam bahasa Ibrani merupakan bumi dan kota suci para anbiya’. Bumi ini telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam.Kota suci ini pernah dijadikan ibu negeri  ( yang dahulunya dikenali sebagai Auor Syalem ) oleh sebuah Kerajaan Bani Israil yang dipimpin oleh Nabi Allah Daud a.s. dan puteranya Nabi Allah Sulaiman a.s.Setelah kewafatan Nabi Allah Sulaiman, kota ini telah jatuh dan dijajah oleh kuasa kuasa besar seperti Kerajaan Asyiria ( Asyur ),  Mesir, Babylon, Parsi, Rom dan Byzantium.Pada tahun 70M, kota ini telah dimusnahkan menjadi padang jarak padang tekukur gara gara penentangan yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap Pemerintahan Kerajaan Rom. Sejak daripada itu tiada seorang Yahudipun dibenar menghuni kota suci ini.Pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Anbiya' ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama tentera mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul-Muqaddis sebagai pembela keadilan daSebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar memasuki kota suci ini dengan berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Tindakan Saidina Umar telah memberi satu mesej kepada bahawa Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan  tanpa mengira bangsa dan agama.Pembebasan Baitul-Muqaddis ini telah membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Islam. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat Islam ini dikotori dengan pelbagai  kecurangan dan amalan syirik kepada Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam.Namun begitu, suasana kegemilangan Islam di kota suci ini berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Kota Suci Baitul-Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.Setelah 5 minggu mengepung Baitul-Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan tanpa belas kasihan membunuh seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak kota suci ini.Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini. Kekejaman dan ketidakadilan menjadi lumrah di Baitul-Muqaddis sepanjang pemerintahan mereka baik kepada umat Islam mahupun penduduk bukan Islam.Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya membebaskan semula kota suci ini tanpa dicemar sebarang pertumpahan darah  dan pembunuhan Penduduk kota ini yang bukan Islam diberi pilihan  samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaankeselamatan  nyawa, harta dan tempat ibadah mereka.Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 telah memberi khabar duka buat kota suci ini.. Bumi Palestin dan bekas tanah jajahan Daulah Uthmaniyyah telah diagih agihkan kepada tiga kuasa besar iaitu British, Rusia dan Perancis.pada tahun 1948 , kaumYahudi telah dibawa masuk ke bumi Palestin lalu menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat. Bermula dari saat ini kota suci ini sentiasa bermandikan darah .Kini kota suci ini  tidak lagi mengenal erti keamanan dan perdamaian.Keangkuhan bangsa Yahudi semakin menjadi jadi. Pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Austria telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . Diikuti pada tahun 2000  Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkaknya menceroboh kawasan Al-Quds .

Friday, 8 December 2017

Al qusd milik islam

*FAQ Tentang Isu Trump Isytihar Jerussalem Ibu Negara Israel*

(1) “So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?”

TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaksud secara automatik Jerusalem terus jadi hak milik Israel. Trump bukan hakim dunia. Dia hanya Presiden US.
Di dunia kita sekarang, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN) saja yang boleh beri kata putus bahawa wilayah ini milik siapa, wilayah itu milik siapa. US hanya salah satu daripada 5 kuasa besar dunia (selainnya ialah Rusia, China, UK dan Perancis) yang boleh membuat keputusan di UN melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.
Sehingga sekarang, UN masih menganggap pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asalnya sebelum tahun 1967. Kalau guna bahasa undang-undang antarabangsa, Israel hanya ada kawalan “DE FACTO” ke atas Jerusalem Timur. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diberi pengiktirafan “DE JURE” oleh komuniti antarabangsa.

(2) “Ya Allah! Kiamat makin dekat! ”

Baitulmaqdis tidak jatuh ke tangan Israel bermula semalam. Al-Aqsa (di Jerusalem Timur) telah pun jatuh ke tangan Israel 50 tahun yang lalu lagi, selepas kekalahan Jordan (penguasa asal Jerusalem Timur) dalam Perang Enam Hari 1967.
Tanda kiamat dah mula pun sejak 50 tahun yang lepas. Apa yang korang buat selama 50 tahun lepaslah wey.

(3) “Ibu negara Israel kat mana sebenarnya?”

Sejak 1950, ibu negara Israel ialah Jerusalem Barat iaitu tempat terletaknya Parlimen, Mahkamah Agung dan Pejabat PM Israel. Selepas Israel menawan Jerusalem Timur pada 1967, Israel meluluskan Jerusalem Law pada tahun 1980 yang menyatakan “the complete and united Jerusalem is the capital of Israel”. Maksudnya Israel nak menyatukan Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.
Perjanjian Oslo 1993 yang dipersetujui oleh Yitzhak Rabin (Israel) dan Yasser Arafat (Palestin) mengatakan status Jerusalem Timur harus ditentukan melalui perundingan bersama Israel-Palestin. Ini menyebabkan Rabin dibunuh oleh ekstremis Zionis kerana ia bakal menggadaikan pemilikan penuh Israel ke atas Jerusalem Timur. Perundingan damai Israel-Palestin asyik gagal disebabkan politikus right-wing di Israel seperti Netanyahu tidak mahu berkompromi dalam isu Jerusalem.
Jadi, NO, Israel tidak perlu memindahkan ibu negaranya susulan kenyataan Trump.

(4) “Kenapa Trump nak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel?”

Gimik politik. Mid-Term Election dah nak dekat. Trump pernah berjanji semasa kempen tahun 2016 bahawa dia akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, satu strategi untuk mengambil hati Yahudi Zionis dan Kristian Evangelis (tak semua Yahudi pro Israel, jangan pukul rata). Sama seperti Obama yang pernah berucap semasa kempen tahun 2008 bahawa “Jerusalem will remain the capital of Israel, and it must remain undivided”.

Apa yang Trump buat adalah lebih kepada prosedur standard Presiden. Pada tahun 1995, Kongres US telah meluluskan Jerusalem Embassy Act yang mengiktiraf “undivided Jerusalem” (merangkumi Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur) sebagai ibu negara Israel dan mengarahkan Department of State (Kementerian Luar) untuk memindahkan kedutaan US ke Jerusalem.
Tapi akta tersebut turut memberi peruntukan “waiver” di mana Presiden boleh menangguhkan perpindahan tersebut. Sejak 1995, Clinton, Bush dan Obama telah pun menandatangani waiver tersebut walaupun ada di kalangan mereka yang pro-Israel. Waiver itu perlu renew setiap 6 bulan. Kali terakhir Trump menandatangani waiver adalah pada 1 Jun 2017, jadi waiver itu dah expired pada Disember 2017 dan Trump mengambil kesempatan ini untuk membuat kenyataan.
Tak pasti Trump sudah atau belum menandatangani waiver tu. Kalau ikut sumber ini (https://www.theguardian.com/…/donald-trump-us-jerusalem-isr…) dan ini (https://www.timesofisrael.com/after-jerusalem-recognition-…/), Trump sebenarnya dah menandatangani waiver. Jadi kali ini Trump sekadar sembang, sebab election dah dekat.
Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan UN 2015-2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang mengatakan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah. Resolusi tersebut dapat diluluskan kerana US tidak menggunakan kuasa vetonya. Obama saja nak kenakan Netanyahu sebelum habis tempoh jawatannya sebagai Presiden. Kalau sekarang Israel dan US nak mengusulkan sebarang resolusi untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pun, ia tetap akan diveto oleh Rusia dan China yang telah lama menyokong Palestin dalam hal ini.
Jadi kenyataan Trump kali ini tidak akan mengubah keputusan tersebut. Ia cuma dapat menyelamatkan sedikit air muka Netanyahu.

(5) “So kalau tak ada apa-apa effect, buat apa nak bantah?”

Sebab US sebagai penimbangtara proses perdamaian Israel-Palestin, ia harus menghormati Perjanjian Oslo 1993 dan menjaga perasaan Palestin. Kenyataan Trump seolah-olah memberi sokongan moral kepada Israel dan membelakangi resolusi-resolusi UN yang jelas mengecam klaim Israel ke atas Jerusalem Timur.

(6) “Malaysia tiada hubungan dengan Israel, boleh bantah meh?”

BOLEH. Sebagai ahli komuniti antarabangsa, suara dan pendirian Malaysia amat penting. Dan Malaysia selaku ahli tidak tetap Majlis Keselamatan UN 2015-2016 adalah antara 14 negara yang meluluskan Resolusi 2334. Malaysia terlibat dalam semua resolusi yang mengecam Israel, cuma korang selama ini tak ambil kisah je.

(7) “PM kan baik dengan Trump, tak hipokrit ke buat kenyataan kecam Trump?”

. Ada kerjasama dalam ekonomi dan counter-terrorism bukan bermaksud kita tak boleh bantah US dalam isu berkaitan Israel-Palestin. Malah semakin rapat hubungan ekonomi, semakin tinggi leverage kita untuk menekan US dalam isu ini. Kita boleh dan harus bantah tindakan Trump memberi pengiktirafan sepihak (unilateral recognition) kerana itu adalah tanggungjawab Malaysia selaku anggota komuniti antarabangsa, mempertahankan undang-undang antarabangsa.

Kadang kala kita perlu menguasai pengetahuan asas hubungan antarabangsa sebelum meninggalkan komen-komen yang tidak matang di merata media sosial. Trump tengok komen korang pun rasa WTF.
Kurangkan karut, satukan hati. Insya Allah, Palestine will be free.

(p/s: my brothers and sisters, the Jerusalem issue is not a religious issue. It is an universal humanitarian concern over Israel’s illegal occupation of East Jerusalem and its continued defiance of international law. Don’t let the extremists from both sides lure you into choosing side based on your faith)

Credit : The Patriot
By Ayman Rashdan Wong,
December 8 2017

Iluminati freemason

ILLUMINATI : WAJAH SEBENAR ARAB SAUDI

03/12/2017 admin

Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.

Strategi Freemason ialah merosakkan Islam dlm islam itu sendiri. Mereka merosakkan islam dan sunnah yg di bawa Rasulullah dgn islam versi mereka iaitu Wahhabi. Mereka berjaya merosakkan Mekah dengan binaan2 yg menutup kebesaran Kaabah dan dari kota ibadah menjadi kota perlancongan. Segala peninggalan Rasulullah dimusnahkan atas alasan bidaah, tetapi artifak berhala tidak pula dimusnahkan, malah dipelihara dalam muzium dan menelan belanja berbillion2. Skrg raja dh mati, akan berlakulah perebutan kuasa pemerintahan dan apa yg tertulis dlm Quran akan berlaku

Negara Arab Saudi lahir dari konspirasi Illuminati sempena nama Bani Saud. Keluarga Ibnu Saud adalah Freemason keturunan Yahudi (Bani Al-Masalikh) dan dipilih sendiri oleh Rothschild.

Siapakah Rothschild???

Rothshchild adalah penaja utama organisasi penyembahan syaitan terbesar didunia iaitu Illuminati.
Rothschild adalah keluarga paling kaya dan berkuasa didunia, dan mereka bekerja untuk Al Masih Ad Dajjal.

Raja Fahd dan Queen Elizabeth ibu kepada George W Bush yang juga benih asli dari keturunan Firaun. Kematian Puteri Diana telah dirancang oleh Queen Elizabeth.

KAABAH KINI SUDAH DIKEPUNG YAHUDI – FREEMASON

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria…tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya…Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin….sebaliknya MEKKAH dan MADINAH….dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Yahudi – Freemason?

Kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh Rothschild, Rockefeller dan anak-anak Dajjal yg sama utk memberontak kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung barbaric) Najd dan bani Sa’ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa’ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Hasilnya, terbentuklah negara Wahhabi bernama “Arab Saudi” sempena nama bani Sa’ud. Mereka mengharamkan pengajian 4 mazhab di Mekah Madinah. Hanya pengajian Wahhabi dan Talfiq Mazhab (mazhab rojak) sahaja dibenarkan.

Aqidah Wahhabi = Aqidah Yahudi. Yahudi memperalatkan Wahhabi untuk menjauhkan umat Islam daripada Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri. Walaupun nampak secara zahir seolah2 untuk mendekatkan umat Islam dengan Islam, hakikatnya jauh sama sekali.

Tak percaya? Pergi sajalah ke Mekah dan Madinah. Orang ramai sudah tidak tahu mana satu makam isteri Rasulullah, mana satu makam sahabat2 Rasulullah dan sebagainya. Rumah S.Khadijah R.A dijadikan tandas awam.

Itulah antara bukti2 Allah Ta’ala nak zahirkan yang Wahhabi adalah pembenci Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda SAW sekalipun 5 waktu sehari semalam tak pernah tinggal solat.

Di antara Umat Islam yang paling banyak dibunuh adalah Keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia.

Jadi adakah tak relevan bila ada teori kata bani tamim dan imam mahdi berada di nusantara? Rasulullah pernah bersabda umatku akan bangkit dari timur.

Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Apa yg kita dpt lihat hari ini tinggalan nabi Muhamad S.A.W spt rambut, kasut, serban dll….itulah harta Rasulullah yg sempat diselamatkan keturunan beliau.

Tanah arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga Rasulullah, keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak.zaman Rasulullah hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera Wahabi/Salafi yang membunuh dan mengusir keluarga Rasulullah dan bani Tamim dari Hijjaz.

Pengusiran keluarga Nabi dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal (Wahabi) ini telah dirakamkan.dalam hadis Rasulullah saw yang berbunyi,

Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari.kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah.Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah al- Mahdi.”(Ibnu Majah)

Ketika berada di negara Saudi, kita akan merasakan banyak amalan yang terkait dengan Rasulullah SAW akan terasa asing. Bila kita mendoakan Rasul SAW di depan makam, nanti akan terdengar suara “Ruh! Ruh!” Bila kita teruskan berdoa nanti Mutawwa (gelaran pegawai agamanya) akan halau kita atau pukul dengan tongkat yang sedia ada di tangannya.

Berkunjung di tempat kesan sejarah Nabi Muhammad mereka akan kata tiada dalam Sunnah. Istilah yang sangat popular yang mereka gunakan ialah Bidaah. Cubalah perati pendakwah mana yg tak habis2 nak bidaah kan amalan2 dlm mazhab syafie. Masih nak tutup mata?

Sejak jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924, kelambu Kaabah bertukar dari hijau kepada hitam sbg tanda kekalahan islam. Tahun ini genap 90 tahun kekalahan islam. Renungkan hasilnya sepanjang 90 tahun islam kalah:

TURKI : Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ke tangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin “Islamik” Erdogan, Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN : yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ : satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN : negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan
musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen utk mencetuskan “Arab Spring”.. Rakyatnya dihasut untuk “BANGKIT”…dibantu dengan “Bersungguh2” oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA : adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al- Mahdi.

MESIR walaupun “DISERAHKAN” kepada Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH…DIPETA,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH N MADINAH TELAH DITAWAN DGN SISTEMATIK

Ada golongan yg tak percaya dgn fakta yang diberi tanpa mahu selidik sejarah yg benar tentang kerajaan Saudi hari ini. Mereka persoalkan kalau lah Wahabi dan bani Saud tidak benar dan sesat tak mungkin Allah izinkan mentadbir dua bandar suci ini dgan aman dan makmur. Bayangkan negeri kering kontang penuh pasir dan debu tapi kaya dan pembangunan sentiasa pesat.

Cubalah melihat semula sejarah penjaga dua bandar ini, waktu zaman jahiliyah di mana kaabah ditadbir dengan keadaan makmur oleh keturunan arab quraisy. Di dalam masjid berdekatan kaabah siap ada berhala lagi. Kota madinah boleh dikatakan ramai geng-geng yahudi.

Keamanan dua kota ini adalah dalam jagaan ALLAH S.W.T, tiada kaitan pun dengan manusia sebagai penjaga sebenarnya.

Bukankah ada satu hadith mengenai apabila dajjal dtg ke makkah dan madinah dia cuma hentak kaki dan org2 munafiq dlm tu keluar mengikutinya…tak semua di makkah itu wahabi cuma penguasa2 nya itu yg berfahaman wahabi. Cuba kita fikirkan pula kenapa Makkah aman tanpa musuh2 islam nak serang? Sebab buktinya sudah jelas. Makkah dikuasai oleh org2 mereka juga….

Tak hairan byk tempat bersejarah dihapuskan di Mekah ats alasan ada org arab buat perkara bidaah, tp sebaliknya pemimpin dia gila wang, buat pembangunan demi keuntungan diri sendiri. Bina hotel nk kalahkan Dubai. Mekah dah mcm Amerika dgn lambakan MCD, KFC, Burger king, Starbucks bersepah2.. Latest..butik paris hilton. Mekah mmg x kalah dgn NYC.

Cuba lihat sekarang di dirikan bangunan pencakar langit sebagai penantian ketibaan Al-Masih Dajjal. Siapa yang menantikan dajjal kalau bukan Yahudi-Freemason?? Kita kena kaji bukan terus menolak. Adakah ajaran Islam
sekiranya kahwin 13 isteri dan Raja sekarang ni dari isteri ke 8? Renungkan!!

Boleh rujuk pendedahan ini dari buku Min Aina Wa Ila Aina sebanyak 43 halaman buku tersebut, ditambah dengan banyak rujukan lainnya. Penulis buku berjudul ‘ Ali Saud min aina wa ila aina’ ( Ali Saud dari mana dan ke mana iaitu Muhammd Shakher menggemparkan dunia apabila mendedahkan fakta berkaitan siapa sebenarnya Dinasti Saud sehingga setiap kali berlaku konflik antara Palestin – Israel, pasti mereka diam dan bungkam.

*Muhammad Shakher akhirnya dibunuh oleh Regim Saudi kerana pendededahannya yg menggemparkan itu.

Boleh rujuk kitab tarikh najad, kitab fitnah mujassimah, kitab qarnunajd, boleh tanya penduduk asal mekah keturunan ‘ashkubi, suwaidi, khardawi, ruhaili, sa’dadi, sulaibi, alawi,…boleh tanya anak2 murid ulama asal yg mengajar dimasjidil haram syeikh musa halabi yg sanad diambil dri syeikh yasin..
boleh tanya syeikh ahmad alawi anak syeikh mohamad alawi yg ayahny di penjara dan dikenakan tahanan rumah 10 tahun sedangkan syeikh muhamad ulama asal yg mengajar di masjidil haram…boleh tanya anak2 murid asal yg veteran sekarang ini ada dekat bukit ajyad, bukit karkaz, bukit hudais dll..

Pembunuhan yg dibuat anak wahab kerana mudah mengkafirkan ulama2 asal Mekah dan Madinah yg kebanyakan keturunan Rasulullah SAW berganding bahu bersama alu su’ud nasab yahudi utk menjatuhkan empayar islam yg benar dan digantikan dengan agama wahabi sekutu yahudi…

Boleh tanya syeikh ali sobuni, boleh tanya syeikh habib zain sumait, boleh tanya sendiri mufti dia syeikh soleh fauzan yg membenarkan cerita ini…

Hudud di haramain adalah fitnah terbesar dunia…Hudud kasta… Amah indon dirogol… Yg dipancung amah indon… Perogol dari kalangan arab saudi…??Bayar denda… Beratus kes boleh tengok…

Hudud wahabi mmng dasar yahudi (Talmud)… Bkn dasar Quran

ARAB SAUDI DAH NAK JADI LAS VEGAS. TAPI KITA SIBUK DOK MAKI SYIAH DAJJAL. CERDIK PUNYA WAHABI ALIHKANKAN SERANGAN PADA MAZHAB SYIAH YG SAMA SAJA CIPTAAN YAHUDI…SEDANGKAN MEREKALAH DALANG SEBENAR!

Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A’raf Ayat 179)

Wednesday, 6 December 2017

Trip to jodan

26/11/17 - tiba di airport amman 8 mlm waktu jordan - ke muktah
27/11/17
Dari muktah ke jarras - ziarah kota jarras
- ziarah istana ajlun
- ziarah maqam nabi Ilyas
- ke irbid - rumah afifah

28/11/17
Mlm - ziarah anak sedara yg belajar di univ yarmok - bermalm di irbid - sewa rumah - afifah urus

- ziarah universiti yarmok
- futur di matam ahmad hisyam
-  ziarah maqam ashabul kahfi
-  singgah shoping jubah jubah di balad tengah²bandar aman bandar terbesar jordan -
- lps asar jumpa sheikh taufiq utk terima sanad musalsal beberapa hadis dan ayat pendek
Mlm - bermalam di rumah salsabila di amman -  belajar di univ wise irbid

29/11/17
Pg - futur rumah salsabila  @ anak sedara
- singgah sekejap univ wise
- ziarah maqam nabi yusyak di al-salt
- ziarah maqam nabi ayob   di al-salt
- ziarah maqam nabi syuib
- ziarah laut mati
- ziarah maqam nabi nuh di karak..
- pulang ke mu'tah

30/11/17
- dari mu'tah ke wadi rum, ziarah lawrence spring, keretapi tinggalan tukri
- ziarah laut aqabah
- bermalam di aqabah

1/12/17
- futur di pantai aqabah,  naik boat, shopping sikit.. tak dea yg sesuai nk beli.. supo di rantau panjang.. byk brg made in china.
- balik ke mu'tah.
- makan tgh rumah anas - nasi mansah ( berasaskan laban)

2/12/17
Lps subuh - ziarah sheikh solah imam masjid mu'tah - futur bersama sheikh.. terima sanad, alhamdulillah.
- ziarah maqam 3 sahabat syuhada perang mu'tah - jaafar al-tauyyar, zaid bin harith dan abdullah bin rawwahhah r.a
- lps zohor makan tengahari rumah ummi fadhi - jiran anas
- shoping rempah nasi arab
lps maghrib - makan mlm nasi arab kabsah - anoseh jordan
3/12/17 - berehat - packing barang
Lps maghrib.. ke amman utk balik msia..

Semoga semuanya selamat insyaallah...

Wednesday, 14 June 2017

Pandang mashaf tika solat

Sekitar Solat Pandang Mashaf macam Orang Kristian Pandang al-kitab mereka ketika solat tu le. (konon je la sebab depa memang macam tu pun).
Kita dok lar.

Ceritanya.
Banyak khilaf ulamak, tetapi kesemuanya tidak menggalakkan. Hanya sebut boleh, tapi mereka semua tak mengaku pernah buat atau pernah nampak orang buat terutama dalam solat fardhu sejak beribu tahun.

Para guru dan ulamak kita sekitar 20 tahun lepas tidak sesekali solat mereka secara pandang mashaf walaupun sangat ahli dan fasih membaca alqoran di mashaf terutamanya geng mengaji 40.

Ia ibarat hukum untuk golongan Hamba, kanak-kanak atau sesiapa yang tidak menghafal surah alfatihah. Itupun jika mengikut hadis,,

a) , Jika tak hafal al-fatihah, maka cukuplah dengan bertasbih. (Jika tidak menghafal al-Fatihah baca:

Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa ha illallah, wallahu akbar, walaa hau la wala quwwa ta illa billah.
“Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar, tidak ada kekuatan dan kemampuan tenaga tanpa izin Allah.”
[H.R. Abu Daud]

b) Bacalah apa-apa surah yang kamu hafal.
(walaupun kesemua mereka punya catatan, kerana hanya 4 orang atau sekitar tak sampai 1% yang hafal alqoran walaupun pada zaman nabi.

c) Bacalah apa-apa surah yang mudah bagi kamu.
(termasuk kamu faham maksudnya dan semoleknya makmum juga faham).

d) “Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”
(mesti tiru semirip macama solat Rasulullah saw).

C) hampir kesemua bacaan nabi dalam solat adalah surah by surah bukannya page by page.

Kemudian.

- Ia dicontohkan dan dikaitkan seolah-olah hukum orang yang mengendong anak kecil semasa solat.

- Ia juga ibarat hukum orang yang tidak khusyuk ( khusyuk bukan rukun solat).

- Sesetengah ulamak menyebut, agar jangan solat dibelakang orang yang solat secara memandang mashaf. Biarkan dia solat sorang-sorang.

- Hukum tidak menjaga pandangan atau meliarkan mata dari tempat sujud adalah merosakkan solat dan dikutuk oleh Allah swt.

Solat pandang mashaf adalah dari golongan ulat qoran (qura) yang dikecam oleh hadis. (kut-kut inilah waktu itu).

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ulat-ulat Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah dari mereka

(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Solat mementingkan terjaga dan khusyuk, bukannya mementingkan panjang atau pendek waktunya atau apa yang dibaca di dalam solat.

Jika makmum tak faham apa yang diceritakan oleh imam dalam pembacaan itu, maka tak perlu panjangkanlah, nanti makmum tertidur dalam solatnya.

---------------------------------------------------------
Al-Kasani menyebutkan,

ولو قرأ المصلي من المصحف فصلاته فاسدة عند أبي حنيفة. وعند أبي يوسف و محمد: تامة ويكره. وقال الشافعي: لا يكره.

“Jika ada orang yang shalat sambil membaca mushaf, maka shalatnya BATAL  menurut Imam Abu Hanifah,

sementara menurut Abu Yusuf dan Muhammad asy-Syaibani (dua murid senior Imam Abu Hanifah), shalatnya sah, namun MAKRUH . Kemudian Imam asy-Syafii berpendapat, “TIDAK makruh.” (Bada’i ash-Shana’i, 1:236).

---------------------------------------------------------
Imam Malik juga membolehkannya ketika tarawih sahaja, sementara an-Nakhai, Said bin Musayib, dan asy-Sya’bi membencinya. Mereka mengatakan:

‘Itu seperti perbuatan orang Nasrani.’” (Umdatul Qori, Syarh Shahih Bukhari, 5:225),,
ops bukan hamba je yang sebut kan/

------------------------------------------------------
Imam Malik ditanya, ada sebuah kampung yang masyarakatnya tidak ada yang hafal Alquran. Bolehkah imam membaca mushaf ketika jamaah? Imam Malik menjawab: “Tidak masalah.”

Kemudian diambil jawapan Imam Malik membolehkan.
Pandai  yang sediakan soalan.

Walhal ditujukan kepada yang tak hafal walaupun surah al-fatihah.

Sepatutnya bila sudah menjadi hal yang syuhbah dan kontroversi, ada yang kata ada racun, maka elok jauhkan sikit. Jangan perjudi ibadat kita, kerana kita perlukan ibadat yang benar untuk ke sana.

Zaman yang nampak macam cantik. Tetapi semakin rosak.

Baca, faham, kenal, ukur, nilai, kaji, minta petunjuk.....

Haa, lepas tu lantak korang lah suka atau tidak ikut Imam mashaf yang dibayar ribu-ribu, kadang-kadang budak yang masih main mercun lagi jadi Imam sebab sekolah untuk jadi Qurra.

Wednesday, 7 June 2017

Ucapan ramadan

*_Minyak enjin tak selamanye jernih.._*
*_Begitu juga takdirku.._*
*_Ekzos tak memanjang cun bunyinye.._*
*_begitu juga ucapanku.._*
*_Air filter tak selalunye putih.._*
*_begitu juga hatiku..._*
*_Gearbox tak selalunye lancar..._*
*_begitu juga hidupku.._*
*_Rantai tak selalunye lurus_*
*_begitu juga langkahku.._*
*_Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini.._*
*_Takyah tunggu raya tiba?_*
*_Sedangkan nafas pun kita tak tau bila akan berhenti..._*
*_Jadi sy nak minta maaf atas sebarang kesalahan, kekhilafan_* *_maupun perbuatan yg sengaja & tidak sengaja.._*
*_yg barangkali mengecikkan hati korang.._*
*_.. Sebelum ramadhan pergi_*
*_.. Sebelum aidil fitri datang_*
*_.. Sebelum ekzos patah_*
*_.. Sebelum valve bengkok_*
*_.. Sebelum plug cap pecah_*
*_.. Sebelum nat sprocket tercabut_*
*_.. Sebelum bateri kong_*
*_.. Sebelum coil terbakar_*
*_.. Sebelum bearing terbarai_*

*_Sy mohon maaf atas semua kesalahan..._*
*_selamat menikmati hari terakhir Ramadhan.._*
*_segala silap tu dri sy, yg baik tu dtg dri Allah s.w.t.._*

Sunday, 4 June 2017

Lemak babi

SAYA CUMA SHARE TAPI KALAU NAK MAKAN ATAU GUNA BAHAN ADA BABI TERPULANG PILIHAN MASING2

http://www.ismaweb.net/2016/08/lembu-diimport-babi-pula-dieksport-ridhuan-tee/
[9/29, 15:37] Ai'Jamin��: *PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM* RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI.*
*> 1.* Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
*> 2.* Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
*> 3.* Ajinomoto ( Thailand )
*> 4.* Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
*> 5.* Semua tauhu buatan Orang Cina
*> 6.* Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
*> 7.* Sabun FAB berbuku
*> 8.* Lobak Jeruk
*> 9.* Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
*> 10.* Krim Muka Hazeline Snow.

*SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL.*

*> 1.* Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
*> 2.* Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
*> 3.* Daging Burger Import
*> 4.* Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
*> 5.* Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
*> 6.* Berus Gigi Jenis ' Reach'
*> 7.* Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
*> 8.* Semua sabun mandi yang diimport
*> 9.* Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
*> 10.* Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
*> 11.* Have Pearl Cream
*> 12.* Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
*> 13.* Ubat Kurap buatan Org Cina
*> 14.*. Beehon Segera Siam
*> 16.* Sabun Mandi Yang Berminyak

*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )*
*> 1.* Bosset Wine Gum
*> 2.* Dairy Milk Coklat
*> 3.* Coklat Cadbury/ Chewing Gum
*> 4.* Sugus Strawberry
*> 5.* Passer Doily Mixture
*> 6.* Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
*> 7.* Scothes Vikmin
*> 8.* Share Extra Atrenght
*> 9.* Black Current Jelly
*> 10.* Royal Gulaman & Decart Oranges
*> 11.* Valvis Gelatin
*> 12.* Sarung Kapsul Ubat
*> 13.* Ais Krim dalam bekas plastik
*> 14.* Gula-gula Fruities
*> 15* Cake Mets Vilber Punch
*> 16* Coklat Cake
*> 17* Tepung Kastard Lady's Choice
*> 18* Semua jenis Jelly
*> 19* Semua jenis gincu bibir
*> 20* Keseluruhan Jenis Sheisedo
*> 21* Lady's Choice Jelly
*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA*

*> 1* BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
*> 2* PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
*> 3* MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
*> 4* RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
*> 5* SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
*> 6* KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
*> 7* TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
*TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA..*
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
*AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN.!*
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
[9/29, 16:00]

Tuesday, 9 May 2017

Gaji oh gaji

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Saturday, 18 March 2017

Puisi la n8

*_Minyak enjin tak selamanye jernih.._*
*_Begitu juga takdirku.._*
*_Ekzos tak memanjang cun bunyinye.._*
*_begitu juga ucapanku.._*
*_Air filter tak selalunye putih.._*
*_begitu juga hatiku..._*
*_Gearbox tak selalunye lancar..._*
*_begitu juga hidupku.._*
*_Rantai tak selalunye lurus_*
*_begitu juga langkahku.._*
*_Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini.._*
*_Takyah tunggu raya tiba?_*
*_Sedangkan nafas pun kita tak tau bila akan berhenti..._*
*_Jadi sy nak minta maaf atas sebarang kesalahan, kekhilafan_* *_maupun perbuatan yg sengaja & tidak sengaja.._*
*_yg barangkali mengecikkan hati korang.._*
*_.. Sebelum ramadhan pergi_*
*_.. Sebelum aidil fitri datang_*
*_.. Sebelum ekzos patah_*
*_.. Sebelum valve bengkok_*
*_.. Sebelum plug cap pecah_*
*_.. Sebelum nat sprocket tercabut_*
*_.. Sebelum bateri kong_*
*_.. Sebelum coil terbakar_*
*_.. Sebelum bearing terbarai_*

*_Sy mohon maaf atas semua kesalahan..._*
*_selamat menikmati hari terakhir Ramadhan.._*
*_segala silap tu dri sy, yg baik tu dtg dri Allah s.w.t.._*

Saturday, 11 February 2017

Suami dan isteri

*SUAMI OH SUAMI*

Di sebuah pasaraya seorang
suami bertengkar dengan
isterinya dan menyuruh
isterinya pergi masuk ke
dalam pasaraya sementara
dia duduk di bangku tidak
ikut sama.

Ia diperhatikan oleh seorang
pakcik yang dalam umur
60'an. Pakcik itu menghampiri suami tadi sambil bertanya:

Apa masaalah ni nak marah2
pada isteri, maaf pakcik
bertanya.

Takade apa pakcik. Isteri saya
ni ajak masuk dalam pasaraya
ikut dia cari2 barang. Saya
malas la pakcik letih dan
bosan la dengan perangai
orang perempuan ni.

Pakcik tu tersenyum sambil berkata:

Nak, pakcik dulu dengan isteri pakcik pregi kemana2 berdua.
Tapi isteri pakcik baru 5 bulan meninggal. Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila
bersara kami ke Mekah
bersama. Kami tinggal berdua
di rumah sebab anak2 kami
6 orang semua dah kahwin
tinggal di rumah masing2.
Isteri pakcik malangnya
mengidap kencing manis
dan darah tinggi. Tiap2 hari
kena makan ubat.
Dia selalu tak berapa cergas
dan pakcik la yang
menjaganya. Kini dia telah
tiada pakcik terasa amat keseorangan. Siang pakcik
rasa terlalu panjang dan
malam terlalu sunyi. Tiap2
satu benda kepunyaan arwah
mengingatkan pakcik pada
nya. Sebak dan sedih melihat
ubat2 yang masih belum dimakannya. Ada nombor handphone dia tapi pakcik
tau dia tidak akan jawab
panggilan pakcik dan
message whatsapp
kepadanya pun dia takkan
baca dulu pakcik tidur dikatil disebelah bahagian sebab
dia ada disebelah...tapi
sekarang pakcik tidur sorang2
di tengah2 katil...bila ke dapur
sekarang pakcik sorang2 buat sarapan tiada dia lagi menyediakannya...tiada lagi
kami ke surau bersama,
bayangkan nak..kami punyai seorang satu kereta sekarang
kereta dia kaku tak bergerak
cuma sesekali pakcik pandu

oleh itu nak sementara isteri
anak masih ada hargai la
dia dan sayangi la dia.
Kita hidup sementara di
dunia ini...pakcik hari2 ke pusaranya dan pakcik selalu berkata di pusaranya.

*Kau pegi la dulu abang akan*
*ikut kemudian.*

Maaf pakcik balik dulu.

Si suami terpegun terus
bangun masuk ke pasaraya mencari isterinya.

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...