Sunday, 10 December 2017

Sejarah Baitul Maqdis

 UTAMA TAHFIZ MAHASUCI ALLAH KEMBARA SEORANG DA'IE CATATAN SEBUAH MEMORI ▼

ISNIN, 15 DISEMBER 2008

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Baitul-Muqaddis juga disebut sebagai Baitul Maqdis atau Juruselem dalam bahasa Ibrani merupakan bumi dan kota suci para anbiya’. Bumi ini telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam.Kota suci ini pernah dijadikan ibu negeri  ( yang dahulunya dikenali sebagai Auor Syalem ) oleh sebuah Kerajaan Bani Israil yang dipimpin oleh Nabi Allah Daud a.s. dan puteranya Nabi Allah Sulaiman a.s.Setelah kewafatan Nabi Allah Sulaiman, kota ini telah jatuh dan dijajah oleh kuasa kuasa besar seperti Kerajaan Asyiria ( Asyur ),  Mesir, Babylon, Parsi, Rom dan Byzantium.Pada tahun 70M, kota ini telah dimusnahkan menjadi padang jarak padang tekukur gara gara penentangan yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap Pemerintahan Kerajaan Rom. Sejak daripada itu tiada seorang Yahudipun dibenar menghuni kota suci ini.Pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Anbiya' ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama tentera mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul-Muqaddis sebagai pembela keadilan daSebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar memasuki kota suci ini dengan berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Tindakan Saidina Umar telah memberi satu mesej kepada bahawa Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan  tanpa mengira bangsa dan agama.Pembebasan Baitul-Muqaddis ini telah membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Islam. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat Islam ini dikotori dengan pelbagai  kecurangan dan amalan syirik kepada Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam.Namun begitu, suasana kegemilangan Islam di kota suci ini berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Kota Suci Baitul-Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.Setelah 5 minggu mengepung Baitul-Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan tanpa belas kasihan membunuh seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak kota suci ini.Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini. Kekejaman dan ketidakadilan menjadi lumrah di Baitul-Muqaddis sepanjang pemerintahan mereka baik kepada umat Islam mahupun penduduk bukan Islam.Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya membebaskan semula kota suci ini tanpa dicemar sebarang pertumpahan darah  dan pembunuhan Penduduk kota ini yang bukan Islam diberi pilihan  samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaankeselamatan  nyawa, harta dan tempat ibadah mereka.Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 telah memberi khabar duka buat kota suci ini.. Bumi Palestin dan bekas tanah jajahan Daulah Uthmaniyyah telah diagih agihkan kepada tiga kuasa besar iaitu British, Rusia dan Perancis.pada tahun 1948 , kaumYahudi telah dibawa masuk ke bumi Palestin lalu menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat. Bermula dari saat ini kota suci ini sentiasa bermandikan darah .Kini kota suci ini  tidak lagi mengenal erti keamanan dan perdamaian.Keangkuhan bangsa Yahudi semakin menjadi jadi. Pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Austria telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . Diikuti pada tahun 2000  Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkaknya menceroboh kawasan Al-Quds .

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...