Tuesday, 28 December 2021

Haseena note 1

R.E.A.L.I.T.I. B.U.K.A.N. F.A.N.T.A.S.I.
Chapter 1 : Bah Klang DE.CO.DE.D

1. Ujian 90 hari. Selepas hampir 90 hari operasi membersihkan rumah kami luar dan dalam siang dan malam, sihat dan kemudian sakit sehingga ke suatu peringkat sudah begitu tenat seolah sudah berada di hujung nyawa. Solat pun guna isyarat mata atau isyarat hati sahaja.

Akhirnya, menerima perkhabaran banjir besar yang melanda di Klang dan kawasan lain. Yang dibimbangkan selama ini sudah pun terjadi atas ketentuan Allah.

2. Selepas menerima 4 petunjuk pertama, dengan kesihatan yang belum pulih, kami terus bergerak ke lokasi di mana aktifnya serangan ghaib saat ini. 

3. Semakin menghampiri hujung tahun, semakin kuat serangan dan energi sihir dipertingkatkan. Yang lemah mental akan terus merasa terganggu emosi dan jiwa dengan begitu dahsyat sehingga merasa jiwa ingin mati dan rasa diri tidak berguna. 

4. Isyarat gelombang dihantar kepada mereka yang lemah jiwa dan fikiran dan rohani. Jika mahu berikhtiar untuk kesembuhan mental, hubungi kami untuk mendapatkan saranan. 
Namun sabarlah jika kami lambat balas satu persatu mesej anda. Kami ikhlas nak beri nasihat bagi yang memerlukan sahaja. Masa kami padat sekarang.

5. Nak benda baik kena sabar. Kalau takda apa-apa nak tanya jangan klik link tu. Jangan buang masa kami untuk anda yang tidak menghargai masa kami. Tolong jaga adab bila kami mesej silalah balas. Bila kami lambat balas, asyik bertanya pula kenapa tak balas. Jaga akhlak.

6. Dalam permusafiran ini, kami juga sedang bertahan saban hari dengan pelbagai serangan dan situasi dalam negara yang begitu mencabar. Serangan datang dari segenap arah siang dan malam. Perjuangan tetap terus berjalan. Alhamdulillah. Biiznillah. Allah Maha Memelihara.

7. Petanda pertama diketahui 6 bulan lepas, berkenaan banjir dahsyat bakal melanda Klang. Petanda kedua ialah kejadian tanah runtuh di banjaran titiwangsa sekitar Genting Highland, Cameron Highland. Ketiga ialah banjir di Kuantan.

8. Dua bulan lepas, cuba sampaikan kepada beberapa hamba Allah termasuk teman warga Klang (bukan para pembaca saya yang dikasihi). Namun, seperti biasa, ada sesetengah orang sukar orang nak percaya maka dianggap tahyul. Mustahil dan takkan berlaku, ini semua dongeng kata mereka.

9. Hak masing-masing nak percaya atau tak. Tapi jika berlaku apa-apa silalah tanggung. Dah pesan pada mereka (bukan anda ya) supaya jangan ke mana-mana waktu orang berholiday hujung tahun. Nak juga berjalan jauh. Rumah naik air, tuan rumah tengah berjalan-jalan. 

10. Dah taqdir Allah jika Allah inginkan sesuatu terjadi, maka tetap ia akan terjadi jua atas kehendak Allah. Lambat atau cepat sahaja. Allah Maha Suci lagi Maha Sempurna. Manusia sahaja lemah, banyak dosa dan sentiasa penuh kekurangan. 

11. Maka dalam situasi bencana, manusia sebagai hamba Allah kena sentiasa muhasabah diri lihat kekurangan diri sendiri. Lihat dosa sendiri. Lihat apa kekurangan pada diri sehingga diuji sedemikian.

12. Muhasabah. Pandang dengan mata hati jauh ke dalam diri. Tanyakan diri.

Adakah ini ujian buatku, yang mendatangkan rahmat dan keberkatan dari Allah untukku. Untuk meningkatkan imanku kepada Allah?

Adakah ini kifarah atas dosaku setinggi gunung? Ujian ini adalah penghapus dosaku? Ia juga adalah amaran dan peringatan dari Allah atas kelalaianku dan kealpaanku selama ini. Ya Allah ampuniku.

Adakah ujian ini untuk membersihkan hartaku, membersihkan hatiku, dan untuk meningkatkan darjatku agar sentiasa kembali kepadaNya dalam perasaan penuh kehinaan dan penuh kehambaan? Tanya diri.

Adakah ujian ini adalah bala untuk semua orang kerana tidak menegur dosa dan kesalahan orang lain yang melakukan dosa dan maksiat dan kezaliman? Bahkan aku tidak menolong tetapi menyokong kepada kebatilan kerana berdiam diri tanpa bertindak. Maka semuanya ditimpa bala bencana tidak kira siapa berada di situ.

13. Selalulah tanya pada diri apakah kesalahanku. Di mana silapku. Berapa banyak dosaku? Perasaan malu di hadapan Allah ketika berdepan ujian. Berapa berat rintihan hati kita di hadapan Allah dalam menghadapi susah dan senang hidup ini. 

14. Tidak ada istilah teori konspirasi dah sekarang ni. Dah tak da masa nak layan orang tak sejalan. Jalanmu pilihanmu. Jalanku pilihanku. Masing-masing hidup atas pilihan sendiri. Nak hidup atas keberkatan, dengan ilmu, dengan akhlak, dengan menunduk hati,

ATAU

Nak hidup atas kejahilan, kedegilan, keangkuhan, keras hati, buta mata hati, gelap fikiran. Apapun pilihan kita itu, kita akan ditanya Allah. 

15. Maka silakan membuat pilihan.
Adakah belum cukup ujian dan bala bencana ini mengajar hati kita agar sentiasa merasa cukup dengan Allah? 

16. Jauhi riba. 
Bersihkan hati dengan taubat. 
Jauhi segala kemungkaran. Tolak kebatilan walau selemahnya dengan hati. 

17. Pilihlah api dalam mempertahankan iman. Ini bukan masanya lagi nak hidup selesa menggemukkan hawa nafsu. Jangan bagi alasan. Cari jalan.

18. Ikat perut dan berlapar.
Letih, kurang rehat dan kurang tidur.
Merasa takut dan bimbang akan masa depan.
Merasa takut pada Allah.

19. Difitnah, dihina, dicaci, dipulaukan.
Bersendiri, sunyi dan rasa terpencil.
Lemah tubuh kerana sakit.
Jiwa tak tenteram kerana banyak dosa.

20. Fikiran celaru, kusut kerana sakit mental.
Emosi tunggang-langgang kerana sakit jiwa.
Malas zikir dan malas solat kerana sakit rohani.

21. Kurang dalam segala segi tidak selesa. Itulah ujian iman. Demi untuk memperbaiki diri, untuk mempertahankan iman. Pilih susah demi iman. Inilah ujian iman.

22. Bersihkan jasad dengan amal baik dan berkhidmat ikhlas pada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Ambil peluang ketika bencana ini untuk membantu dan latih diri untuk berkhidmat.

23. Seterusnya, warga Johor, Melaka dan Kelantan perlu hati-hati dan sentiasa waspada. Tak mustahil, boleh berlaku banjir lebih dahsyat dari keadaan di Selangor.

24. Bagi yang sedang bercuti, akal waras boleh fikir, jangan cari nahas pergi bercamping di tempat berisiko walaupun kawasan tak pernah naik banjir. Ambil pengajaran. Jangan cari pasal. Allah dah bagi hint banyak dah. Tak cukup lagi ka?

25. Hati hitam tertutup rapat susah nak nampak petunjuk Allah, kalau asyik hidup dalam lagha sehingga tidak nampak peringatan Allah, maka tiada sesiapa boleh selamatkan jiwa yang lalai supaya nampak petunjuk kecuali Allah jua yang beri hidayah.

26. Banyak perkara yang dikatakan mustahil dah pun berlaku. Tak nak percaya lagi terpulanglah. Nak kata tak mungkin, impossible, teori konspirasi, asyik berfantasi, asyik dalam khayalan, silakanlah. 

27. Dah bagi nasihat dan pesan baik-baik lebih awal, tapi dikatakan berimaginasi. Jadi silalah muhasabah diri bagi empunya diri itu yang dulunya berkenduri memfitnah kami dan gelakkan amaran kami. 

Lebih baik kami diam dan fokus pada tugas kami. Khidmat dalam diam untuk umat demi kebaikan semua. Hati pun rasa aman. Kami buat bukan kerana manusia. Jika benar kami buat semua ni kerana manusia, dah lama kami berhenti kerana ujiannya sangat berat. Tapi kerana Allah, kami tetap terus berjalan. Malu dengan Allah. Haqqul Yaqin dengan Allah.

28. Sesetengah kawasan di Melaka, ancaman bukan sahaja berkaitan kenaikan air, tetapi lebih kepada ancaman serangan ghaib. Berkait isu politik dan pentadbiran negeri. Namun seperti biasa, rakyat menjadi mangsa. Jadi, sila benteng diri dengan zikir dan amalan ibadah. 

29. Amalan pun dah dibagi. Yang belum ada, kena bagi ada amalan sendiri. Usaha. Jangan bagi alasan. Ni dah bukan masa nak bermanja dan bertangguh lagi. Siapa lambat akan ketinggalan di belakang. Tak da siapa nak layan kita dah masa tu. Semua sibuk dan kalut dengan persiapan diri masing-masing. 

Doa banyak-banyak. Bertaubat dan istighfar sentiasa. Minta Allah jaga iman kita walau apapun berlaku. Haqqul Yaqin.

30. Biar hilang segala harta diambil kembali oleh Allah. Jangan Allah tarik iman dan taqwa. Kita tak pernah memiliki apa-apa. Semuanya hanyalah pinjaman. Milik Allah jua kesemuanya. 

31. Lebih cepat jiwa nurani sedar dan kembali ke landasan taqwa yang sebenar, lebih kuat penyerahan diri seluruhnya pada Allah. Lebih tenanglah jiwa kita seadanya.

Berserah semuanya pada Allah.
Segalanya milik Dia. Hatta rohku, jiwaku, imanku, diriku, hidupku.

Segalanya, hanyalah milikMu.

32. Di saat status ini diapungkan, maka kami sedia maklum akan risiko ancaman dan serangan ke atas kami. Cukuplah kami merisikokan bahaya ini untuk memberi makluman ini bagi mereka yang ingin ambil tahu. 

33. Kami kasihan dengan mereka yang bingung, tak tahu apa-apa dan tak bersedia berdepan ancaman hujung tahun ni dan tahun depan. Tak pa, ambil pengajaran dari ujian ini. Sentiasa upgrade diri. Belajar jangan berkira. 

34. Duit ada tu guna, manfaatkan untuk upgrade ilmu pengetahuan dan kesihatan diri sendiri. Belanja harta di tempat sepatutnya dan pada hak yang benar, sebelum Allah tarik lebih banyak. Bukan belanja harta ikut nafsu.

Pesan dah disampaikan. Please take note.

35. Ramai yang dah meninggal dunia secara mengejut tahun ini. Muda-muda belaka. Sihat walafiat. Jadi, tolong hargai orang tua dan keluarga sebelum terlambat. Minta maaf selagi masih sempat. Mak ayah adalah wali utama kita. Kemudian baru guru mursyid. 

Setelkan urusan hidup kita sebelum kita berpindah alam, pada bila-bila masa.

http://www.wasap.my/60134666797/sihatminda

Haseena Syaakira 
Musafir Dalam War Zone

28 Disember 2021
11.46 malam

#HaqqulYaqin 
#taqwajourney
#SeeNA
#hidupdenganAllah
#bahagiadenganAllah
#personalcoach

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...