Wednesday, 29 September 2021

Akan mewajibkan

Bagitau saya mana perkataan 

"Kerajaan dengan ini MEWAJIBKAN"


Disebut " akan mewajibkan'.


Ini semua tekanan.


Macam sebelum ini


Jadi 16k yg tak vaksin akan pergi daftar sekarang.


Tekanan apa yg kerajaan tak bagi dan belum bagi kepada yg tidak mahu menerima vaksin ini?


Hanya Allah yg tahu.


Mereka guna media, penguatkuasa, polis, tentera, atm hanya utk satu opsyen perubatan iaitu  Vaksin.


Dah alang-alang kerajaan beria sgt ni, cuba tanya KENAPA ye? sedangkan ini semua fakta yg jelas:-.


- vaksin ujikaji


- vaksin pra-matang


- mungkin ada kesan sampingan


- kesan sampingan antaranya cedera, cacat atau mati


- kesan sampingan kena tanggung sendiri


- syarikat pengeluar vaksin tak akan bertanggung jawap pun.


- syarikat pengeluar vaksin dah sign nda ( non disclosure agreement) dgn kerajaan bukan sini shj malahan serata dunia


- maka syarikat pengeluar vaksin ini selamat dari tanggungjawap


- dalam borang kata rela hati


- kalau diarah, ditanya hari hari adakah ini termasuk maksud " rela hati"?


- kalau diugut, diancam setiap hari adakah ini maksud " rela hati"


- tidak pernah dalam sejarah perubatan hak kita kpd tubuh badan dan darah kita diceroboh sebegini dan ia hanya selalu berlaku hanya dalam peperangan


( Adakah kita dalam peperangan sekarang?)


JADI, ambil masa tanya kenapa Kerajaan dan penyokong mereka mengambil tindakan yg bukan shj tidak menyebelahi rakyat tetapi berisiko keatas kesihatan dan nyawa rakyat, kenapa ye?


Kenapa tindakan Kerajaan dan penyokong mereka membuat tindakan yg hanya menyebelahi manfaat pengeluar vaksin?


Kenapa ye?

Sunday, 26 September 2021

PCR permata kenangan

PERMATA KENANGAN
(buat Usz Abdullah Hassan dan Usz Nik Mahizan)

Sepasang sahabat berziarah
membawa bersama sebuah kolej
dari Klang

Mereka letakkan di atas meja
di sebelah katil renta
umpama kek bersira kopi
bersama-sama kami menjamah wakafan
mencicip manisnya

Tetapi sesekali terkulum pahitnya
kami lunakkan dengan jenaka
seribu kenangan
namun tak tersembunyikan
airmata

Aku sendiri
seperti melihat pintu makmal terbuka
di manakah ribuan permatanya?

Saturday, 25 September 2021

3 fasa dajal

Maksudnya ada 3 fasa untuk menyempurnakan sistem dajjal. Apabila sistem tersebut telah sempurna, baru lah dajjal secara in person keluar dan declare dirinya adalah Messiah (tapi yang sebenarnya Messiah yang menyamar) dari Jerusalem. Sehari disini cuma relatif atau bandingan sahaja. Fasa-fasa tersebut ialah Pact Britannica di mana Britain sebagai world super power. Kemudian pact Americana di mana Amerika sebagai world super power. Kita dalam proses peralihan dari Pact Americana kepada Pact Judaica sekarang. Semua orang tahu Amerika sekarang dalam proses kehancuran. Gelembung sistem kewangan yang berteraskan fiat money adalah tidak sustainable. Peralihan kepada digital money dan seterusnya akan beralih semula kepada wang yang berteraskan money with intrinsic value akan berlaku sesudah itu.

Wednesday, 22 September 2021

Rukun hajar aswad

TIGA DAH KENA! TINGGAL SATU SAHAJA LAGI?!


.


Kaabah mempunyai 4 Penjuru atau Rukun yang menjadi Arah bacaan Kiblat .


Rukun Iraqi 

Rukun Syami 

Rukun Yamani 

Rukun Hajarul Aswad 


4 Rukun ini mempunyai maksud tersendiri dan mempunyai sejarah yang terjadi dari awal 2000 hingga kini.  


⭕ Rukun Iraqi menghala tepat ke negara Iraq dimana pada tahun 2003 X silap, tercetus nya peperangan akibat PENGGULINGAN KERAJAAN dimana PM nya SADDAM HUSSEIN dijatuhkan hukuman mati . Hasil dari campur tangan dari pihak luar, telah mengorbankan nyawa hampir 200,000 orang .


⭕ Rukun Syam

Mula konflik peperangan terbesar di Palestin dari dua parti Fatah dan Hamas . Pada ketika itu Hamas dilabelkan sebagai Pengganas terbesar . Dan ketika Hamas memenangi pilihanraya, mereka tidak boleh berada dalam perundingan rasmi . Akibat itu sekali lagi campur tangan dari luar penduduk Palestin sehingga kini hampir 1juta nyawa dan akibat itu juga 12juta penduduk asal menjadi pelarian . Kejadian ini berlaku pada 2006 . 


⭕Rukun Yamani 

Kebangkitan "Arab Spring " pada 2011 apabila rakyat menolak kepimpinan PM nya Ali bin Abdullah Salleh . Perubahan kuasa beralih ke Hadi membawa keburukan terbesar negara mengakibatkan serangan militan, rasuah dan catuan makanan akibat campur tangan dari luar.  Krisis kebuluran ini mengakibatkan lebih 15 juta penduduk memerlukan bantuan daripada negara luar . Lebih 600ribu nyawa telah terkorban . 


⭕Rukun HAJARUL ASWAD 

NEGARA ISLAM YANG MENGHALA TEPAT KE PENJURU INI ADALAH 


MALAYSIA 

SINGAPORE

BRUNEI 

INDONESIA 


KITA KINI BERADA DALAM GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT AKIBAT KITA SEDANG MENGALAMI KRISIS PERALIHAN KUASA KERAJAAN DAN POLITIK . WALAUPUN KITA SEDANG MENGALAMI NYA, HARUS DI INGAT .. KITA MASIH TERHINDAR DARI MUSIBAH YANG MEMBAWA KEHANCURAN . 

ALHAMDULILLAH ...


Susunan yang cantik ciptaan dan susunan Dia. Penuh rahsia & persoalan . HANYA MEREKA YANG MENCARI DAPAT MERASAI.


#BATALIONALMAHDI


.

Cc Info Akhir Zaman Page


Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.al.jitrawiy

Tuesday, 21 September 2021

Bila penguasa datang tanya perkara ini…

Kenapa berlaku begini? Sebb ia bukan mandatori.


Bila undang2 tidak digunakan, maka cara halus lebih sesuai.


Utk menakutkan, lebih ramai akan akur,


Jadi jika mereka datang, tanyalah perkara2 ini:-


1) surat kuasa utk datang ke rumah?


2) surat kuasa setiap individu yg datang itu

( Rumah anda, anda berhak verifikasi . Jenayah boleh berlaku atas penyamaran)


3) Jika mereka bertanya, jawap.


4) Jawap pilihan utk divaksin atau tidak adalah hak.


5) Apatah lagi utk suatu produk yg anda akan akui sendiri secara bertulis akan bertanggungjawap atas kesan sampingannya.


6) Yg dah buat report polis, photostat dan serahkan satu salinan kpd mereka yg datang.


7) Yg ada SPV, sertakan sekali.


8) Cara penyerahan, lebih baik melalui cover letter kita sendiri- contoh dalam grup anak guam.


Industri vaksin adalah bisnes.


Dalam mana industri komoditi lain jatuh, merudum atau tidak stabil, saham syarikat pengeluar vaksin naik antara tertinggi dlm sejarah.


Yg mendapat manfaat ialah mereka yg terlibat dalam industri vaksin ini.


Semuanya.


Utk menerima vaksin juga hak dan pilihan.


Jika ada kesan sampingan, rekodkan kronologi, simpan bukti dan buat tuntutan.

Seluruh dunia tolak bad@sin

https://ec.europa.eu/commission/presscorner/detail/en/ip_21_3299

*Bismillah : Kesatuan Eropah Tolak Vaksin.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

Parlimen Kesatuan Eropah telah mengumumkan bahawa penggunaan semua jenis vaksin tidak akan di lanjutkan selepas 20 Oktober 2021.

Sebelum ini Dewan Senat Amerika telah pun mengumumkan bahawa Pandemik Covid 19 adalah satu penipuan.

Jawatan Kuasa FDA Amerika juga telah menyatakan bahawa Vaksin Covid 19 lebih banyak membunuh dari menyelamatkan nyawa manusia.

Berita baik kepada semua yang tidak mahu mengambil vaksin. Bukan anda sahaja yang menolak vaksin.

Semakin ramai di seluruh dunia yang menolak vaksin dan memperakui keberkesanan Ivermectin dalam melawan Covid 19.

Penipuan dan pembohongan mengenai  Covid 19 dan Vaksin semakin hari semakin terbongkar. Kini begitu jelas bahawa Covid 19 dan Vaksin adalah satu *Skandal Jenayah Kemanusiaan Global Yang Terbesar Dalam Sejarah.*

Jadi jangan biarkan diri anda di paksa atau di ugut oleh mana-mana pihak yang bersekongkol untuk melaksanakan *Program Eksperimental Vaksinasi Negara.*

Sekiranya ada ugutan atau paksaan dari mana-mana pihak, *sila buat lapuran polis di Balai Polis yang berdekatan.*

Kerajaan tidak boleh menggunakan Akta Kesihatan untuk memaksa sesiapa untuk mengambil vaksin.

Sudah terbukti Covid 19 bukan penyakit berjangkit tetapi adalah *satu penipuan @ jenayah terancang* yang di lakukan oleh kerajaan yang gagal, derhaka dan korup ini.

Kepada mereka yang sudah di vaksin dan mendapati bahawa diri mereka mengalami pelbagai gejala dan gangguan kesihatan, sila buat lapuran kepada *Persatuan Pengguna Islam Malaysia @ PPIM dan Gerakan Post Mortem Covid @ GPMC.*

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa hak asasi mereka di lindungi oleh *Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.*

Rakyat Malaysia juga perlu sedar bahawa pihak kerajaan melalui KKM sedang melaksanakan satu *operasi jenayah kemanusiaan secara besar-besaran.*

Rakyat Malaysia perlu bangkit untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Wujudkan solidariti baru untuk menentang Para Penjenayah ini.

Jangan biarkan diri dan keluarga kita di zalimi oleh para penjenayah kemanusiaan ini.

Ivermectin sudah di luluskan semula penggunaannya di peringkat antarabangsa.

Jadi kita tidak lagi memerlukan sebarang jenis vaksin utk merawat jangkitan Covid 19.

*Kita bukan bodoh. Jadi jangan biarkan diri kita terus di perbodoh-bodohkan oleh mereka.*

Layari laman web resmi saya untuk mengikuti nota-nota saya yang lepas di ; www.agendabaru.com

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
20 September 2021.

Saturday, 18 September 2021

Jika dipaksa cara bertindak

‼️‼️ Persediaan Bagi Yang Ditekan Untuk Ambil Vaksin‼️


(Minit 32 ke atas https://www.facebook.com/groups/523941517966493/permalink/1384007101959926/)


HAK SEBAGAI PENGGUNA


⛔ 

A. Jika BELUM divaksin;

buat FULL MEDICAL CHECKUP di hospital swasta secepat mungkin utk dapatkan laporan kesihatan yang boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah. 


Jika sihat, minta doktor buat satu DEKLARASI bahawa kita sihat dan tidak ada apa2 penyakit kritikal yg blh bawa maut cth jantung, darah tinggi, kencing manis.


B. Bagi yang TELAH ambil vaksin;

buat juga FULL MEDICAL CHECKUP.


⛔Ambil dan kumpul maklumat dan BUKTI2;

-Nama doktor/nurse yg menyuntik

-Lokasi disuntik

-Tarikh dan masa disuntik

-Pantau simptom2 selepas suntik mengikut tarikh, seperti diari.

-Ambil gambar2 dan video2 sebagai bahan bukti


⛔Jika berlaku sebarang kesan sampingan serius, blh HUBUNGI PPIM dan/atau Ustaz Dr Noorazman sebagai rekod


⛔Buat AKUAN SUMPAH (sebelum/selepas divaksin) dengan Pesuruhjaya Sumpah. (Ini lebih kuat 

dari segi perundangan daripada laporan polis kerana laporan polis semua org blh buat manakala akuan sumpah perlu sumpah)


⛔Buat LAPORAN POLIS jika alami kesakitan dan kesan sampingan


Jika berlaku kesan sampingan, semua ini boleh dikategorikan di bawah MEDICAL NEGLIGENCE iaitu kecuaian dalam perubatan. Ianya di bawah kategori JENAYAH.


KECEDERAAN KRONIK dan KEMATIAN adalah adverse effects iaitu kesan2 buruk vaksin yg sgt serius. 


Tuntutan boleh dibuat oleh pesakit atau waris si mati di MAHKAMAH melalui peguam dengan sokongan melalui PPIM contohnya. Hubungi PPIM atau Ustaz Dr. Noorazman.


CADANGAN CONTOH kandungan Pengakuan Bersumpah/ Laporan Polis:


⚠️Saya, (Nama & IC), beralamat di _ ingin membuat laporan polis/ mengaku dgn pesuruhjaya sumpah berkenaan suntikan vaksin yang saya terima tanpa kerelaan dan kehendak saya sendiri pada tarikh ____ dalam keadaan saya sihat walafiat dan tidak sakit / tidak sihat.


⚠️Saya mengesahkan bahawa saya mengambil vaksin dengan bantahan dan tanpa kerelaan saya.  Sebagai pekerja, saya telah diarahkan / diwajibkan / ditekan secara lisan / dipaksa / dibrainwash setiap hari oleh pihak tertentu (nyatakan siapa, di mana, organsasi, etc) walaupun ianya hanya experimental vaksin.


⚠️Tujuan saya membuat laporan ini adalah untuk menyatakan keadaan kesihatan saya dan selepas pengambilan vaksin tanpa kerelaan dan kehendak saya sebagai langkah untuk mendapatkan tuntutan gantirugi, tidak terhad kepada wang ringgit dan juga perubatan kepada pihak2 yg berkenaan, tidak terhad kepada pengeluar vaksin dan pihak berkuasa, sekiranya berlaku kesan sampingan dan perkara2 tidak diingini seperti penyakit kronik yg teruk secara tiba-tiba. Contohnya kecacatan kekal, halangan2 hidupan normal, dan kematian mengejut.


⚠️ Saya tidak ada / ada sejarah penyakit kronik dan telah membuat full medical checkup pada ____


⚠️(Andai berlaku kesan sampingan) Saya yakin kesan2 sampingan yang berlaku kepada saya adalah kesan dari vaksin yang diambil pada tarikh .  Antara kesan sampingan yg saya alami termasuk _ (senaraikan/ceritakan).


⚠️Sekiranya berlaku sebarang yg tidak diingini, maka saya / waris saya / rakan2 saya __ (letakkan nama, IC)  akan menfailkan tuntutan  undang-undang kepada pihak2 yg terbabit.


⚠️Tandatangan, Nama, IC, cap jari sendiri, tarikh

⚠️Tandatangan, Nama, IC, cap jari SAKSI, tarikh


Sumber:

https://www.facebook.com/groups/523941517966493/permalink/1384007101959926/

Minit 32.3 ke atas

22.4.2021


https://t.me/AEFICOVIDVAX/833

Friday, 17 September 2021

Bad.sin telah diuji

[18/09, 09:40] : DR.ABDUL ALIM MUHAMMAD 


(1) izinkan saya membetulkan fakta maklumat yang salah dalam kempen vaksin.


Semua orang diberitahu bahawa ini adalah vaksin eksperimental yang belum duji.


Itu tidak betul.

Ia sebenarnya telah diuji.  


Semasa mereka menguji teknologi vaksin mRNA, pertama kali mengujinya pada tikus makmal 


Selepas dua bulan -

100% tikus telah mati.


Mereka melakukan eksperimen yang sama, menyuntikkan teknologi mRNA ke dalam monyet dan hasil yang sama - kadar kematian 100%.


Pada autopsi, mRNA itu terdapat di setiap organ di seluruh badan.


Mereka melakukan percubaan untuk membuktikan bahawa teknologi mRNA 100% mematikan !


Sekarang jika anda menerjemahkan jangka hayat tikus menjadi istilah jangka hayat manusia - dua bulan jangka hayat tikus adalah dua tahun kehidupan manusia.


Jadi jika 100% tikus mati dalam dua bulan, menurut Dr.Judy Mikovitz & Dr.Luc Montagnier pemenang Hadiah Nobel.


Orang-orang yang telah divaksinasi akan mati dalam dua tahun !


Sekarang untuk menjawab soalan anda, apakah yang dapat dilakukan mengenai perkara yang telah terbukti berlaku ?


Kita haruslah berhenti memanggil sesuatu itu, dengan nama yang salah.


_yakni ia bukan vaksin, tetapi_


Ini adalah senjata biologi !


SPIKE PROTEIN adalah senjata biologi untuk membunuh anda !


Badan anda dijadikan sistem operasi programmer yang diletakkan di dalam cecair itu.


ini bukan vaksin !

Sistem immune anda akan menyerang badan anda sendiri.


(2) DR.ABDUL ALIM MUHAMMAD


Vaksin percubaan yang baru ?

Apa yang baru mengenainya ?


Perkara yang benar-benar baru dan menakjubkan adalah ini bukan vaksin,

mRNA bukan vaksin !


Dalam laman web Moderna, Ketua Pegawai Eksekutif Moderna berbangga dengan fakta bahawa vaksin mRNA sebenarnya adalah satu sistem operasi, seperti yang anda masukkan ke dalam komputer anda. 


Dia mahu memasukkan sistem operasinya ke dalam diri anda !


Dan tentu saja,siapa pengaturcara yang hebat, yang telah menganugerahkan dirinya satu gelaran programmer kemanusiaan yang hebat ?

Bill Gates sendiri !


Itulah yang dilakukan vaksin mRNA


Vaksin adalah sistem operasi yang mengambil alih jentera sel-sel tubuh anda,sehingga tubuh anda mula menghasilkan protein virus yang sama yang membuat anda sakit Covid-19.


Anda dapat melihat bahawa vaksin yang mereka berikan sekarang menyebabkan badan menghasilkan S spike protein.(Ini sebabnya selepas vaksin jadi positif HIV)


Vaksin seterusnya,

- suntikan kedua,akan memberikan anda protein M.

- Dan kemudian yang ketiga adalah protein N.

- Dan kemudian saya rasa ada yang lain lagi,

- ada protein P.


Oleh itu pada masa anda mendapat suntikan keempat,anda lihat badan anda akan membuat keempat-empat protein yang membentuk virus Covid-19.

- jadi sebenarnya diri anda akan menjadi kilang pembuatan virus.


Sekarang,anda fikirkan perkara itu.


- Sekiranya sel di dalam badan anda sudah bertukar kepada kilang penghasil penyakit

- badan akan menjadi wadah wabak penyakit auto imun di mana sistem imun anda akan menyerang setiap sel di dalam badan anda.  


Jadi, anda dapat membayangkan kengerian yang akan timbul. 


Anda tidak perlu membayangkannya !


🤓🌴

[18/09, 09:40]  Ngeri baca... andai ini benar-benar berlaku maka hancur lah dunia....

Nano robot dlm sel darah

*BOLEHKAH ROBOT NANOCHIP DI MASUKKAN DALAM TUBUH MANUSIA?*

OLIH Mej Mior Rosli TUDM (Bersara). 


Pada asalnya kita anggap teknologi memasukan robot dalam tubuh manusia adalah satu teori konspirasi seperti mana yang kita lihat di dalam cerita fiksyen pengitipan Hollywood. 

Sekarang teknologi ini bukan lagi menjadi teori konspirasi tetapi telah diakui oleh para doktor dan saintis bahawa nanochip ini boleh di masukan dalam tubuh manusia dan ianya boleh bergerak dimana sahaja di dalam tubuh manusia itu. Ujian dan ciptaan ini telah di buat di Jabatan Kimia di Universiti Harvard. 


Diatas satu wafer silicon yang berukuran 10 cm, ia mampu memuatkan satu juta Robot nano ini. Saiz setiap Robot Nano ini adalah lebih kecil dari ketebalan rambut manusia. Robot ini berindak seperti mesin yang bergerak didalam sel manusia. Oleh kerana robot ini sangat kecil , ia juga boleh bergerak  didalam semua lubang dalam tubuh manusia seperti saluran darah yang paling kecil dalam tubuh manusia. 


Ianya boleh bergabung dengan robot nano yang lain. Ia mampu mengumpul data dari RNA yang telah diambil dari DNA dalam tubuh manusia itu. 

Salah satu cara robot nano ini di masukan dalam tubuh manusia adalah melalui suntikan. 

Robot nano ini akan kekal didalam tubuh manusia itu dan boleh di scan untuk membaca data tubuh manusia itu. 


Pada tahun 2015, robot nano ini dikatakan boleh memusnahkan sel kanser. Jika disalahgunakan, tidak mustahil ia boleh memusnahkan sel-sel lain dalam tubuh kita seperti sel organ dan otak. 


Terdapat juga satu teknologi di mana robot nano ini mempunyai gelombang frekuansi yang sangat kuat untuk melakukan kawalan secara besar besaran di luar procedur dan protokol perubatan. 


Sila lihat video berikut: 


1.  https://www.facebook.com/FHM4400/videos/3519779908137884/?sfnsn=wa 


2. https://youtu.be/YdjERhTczAs 


3. https://banned.video/watch?id=60b119d8e246c458c8e2cc5b 


4. https://freeworldnews.tv/watch?id=60dceb4af584193766f66c13

Fitnah akhir zaman dlm pelbagai bidang

FITNAH AKHIR ZAMAN


Keadaan kucar kacir bila dah tak tahu mana yang betul, mana salah. Info mana asli dan palsu. Hadith mana betul dan fake, makanan mana halal dan haram. Amalan mana betul dan salah. Berita mana betul dan palsu mana satu yang sahih dan mana satu direka reka.

Yang mana satu kita nak percaya dan ikut ? 

Hukum hakam jadi rojak. Homo ok. Lesbian ok. Gay ok. Freemason Ok. Amanah Saham ok. Riba ok. Demokrasi ok. Rasuah ok. TIKTOK joget sotong ok. Semua ok. Inilah keadaan zaman Fitnah.


FITNAH PENDIDIKAN

Percaya sejarah palsu dlm buku2 teks sekolah, contohnya ada zaman Paleolitik,Neolitik,Mesolitik semua tik tik etc.

Percaya dan kagum Armstrong pegi bulan.Belajar tinggi2 amik kos Ekonomi, Islamic Banking etc,tapi kena kencing dgn yahudi British? hafal mcm2 formula susah2 yg sengaja dicipta, tapi masih tak faham konsep perbankan yg sebenar?Bila orang sampaikan kebenaran ko kata ini semua nasi lemak 3 segi? Paranoid?Inilah Fitnah pendidikan.


FITNAH PERUBATAN

Walaupun mangsa histeria berkali2 beritahu dia selalu diganggu dan nampak makhluk halus, tapi doktor kata itu hanyalah disebabkan masalah tekanan perasaan, dan akhirnya pesakit itu menjadi benar2 sakit jiwa/gila kesan daripada ubat dadah+kimia yg diberikan pada mangsa dgn

rawatan Psikologi’ dan ‘Psikiatri’.

Kalau anak sakit Anemia, bawa pegi hospital ,doktor suruh banyakkan makan organ dalaman haiwan/hati ayam utk tambah darah + ubat2 farmasi, sedangkan itu ajaran bullshit dari yahudi British,malah menimbulkan mudarat, ini juga Fitnah Perubatan.


FITNAH AGAMA/PERUBATAN

Memang wujud ayat ayat Ruqyah. Ayat ayat Quran ada hikmah menyembuh. Lebih afdal dan lebih efektif jika dibuat sendiri, dibaca difahamai dan diamalkan dgn penuh yakin.Tapi ramai penunggang agama ambik kesempatan buat agama jadi komersil. Keluarlah sabun , air, dan macam2 konon dah dibaca 30 juzuk, dan macam2 penipuan.Senang je. Solat tak payah, doa tak payah, amal tak payah, pakai je sabun dan minum air dah terus jin setan penyakit lari? Aik? Mudahnya? Inilah Fitnah Agama/ Perubatan.


FITNAH INFORMASI

Iklan tv dan doktor2 sarankan suruh guna ubat gigi berfluorida sedangkan fluorida itu punca kanser. Kalau page2 Melayu Hipster Acah Genius tulis Sejarah dan Kaji dunia tapi cedok dari media2 pro mason, dibayar oleh parti politik etc , sorang pun tak tahu. Main telan dan angguk je.Fakta bercampur aduk dgn auta.

SIBUK LAYAN group Cendekiawan Melayu, tapi disesatkan fakta dan masuk dakyah percaya sistem British. Inilah fitnah informasi. 


FITNAH PAKAIAN

Terikut2 nk stylo, bangga pakai t shirt US Army, walaupun tahu US Army membunuh berbillion umat Islam, pakai t shirt logo Pentagram, Baphomet etc.Inilah fitnah Pakaian.


FITNAH HIBURAN / MEDIA

Sibuk Kaji Katun Jepun/Walt Disney bagitahu Dunia ianya Sastera Hebat. Tak kaji banyak Simbol dalam Katun tu adalah Simbol Sihir Minda Kanak Kanak dengan Sigil dan Logo sihir Kabbalah dan Babylon… Sebab tu anak anak jadi degil, dan kurang ajar macam yang tukang kaji tu. Nyanyi lagu Madonna – Frozen, tak sedar lirik tu adalah mantera sihir Kabalah yg memuja Iblis. malah Madonna itu penyembah syaitan dan ahli Churh Of Satan & Illuminati.Sebab tu konsert dia banyak satanic ritual.. Bila org nasihat, ko kata ini semua paranoid , taksuber?Walhal video clip lagu tersebut terang2 satanic ritual.Itulah contoh fitnah tersembunyi.Tak heran kenapa Melayu Islam banyak Eskeplentes hati dan otak tertutup menerima kebenaran.


Beratus2 fitnah lagi yang orang tak sedar.


FITAN

Merungkai permasalahan berdasarkan pandangan Islam dan hukum hakam Islam . Mengkaji pergolakan dunia dari hint dan firman dalam Quran dan Hadith.


Jadikan Quran dan hadis sebagai kaca mata sbab itu sebaik baik petunjuk. Good Luck  menghadapi akhir zaman yg sangat menguji iman dan taqwa. Bekalkan diri dgn kelengkapan yg sepatutnya.


— dari hamba Allah yang tidak tahu dosanya diampun atau tidak.


Nota kaki : If you dont control your mind, someone else will.

Thursday, 16 September 2021

Vaksin pra matang dan akta 1994

Vaksin Pra-Matang dan AKKP 1994


 


Oleh kerana semua vaksin Covid-19 masih dalam tahap eksperimen dan ujian klinikal masih belum tamat tempohnya, saya anggap vaksin ini adalah vaksin Pra-Matang.


 


Kerajaan tidak mewajibkan pengambilan vaksin Pra-Matang Covid-19 dalam menangani Pandemik Covid-19 tetapi ramai majikan di sektor swasta mengambil pendekatan untuk mewajibkan pekerja-pekerjanya untuk di suntik dengan vaksin Pra-Matang ini.


 


Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan baru baru  ini berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994  [“AKKP”] menuntut majikan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja-pekerja yang divaksinkan dari mereka masih dan tidak mahu divaksinkan.


 


Adakah ini benar dari sudut undang-undang?


 


AKPP adalah satu undang-undang yang bertujuan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja “yang berkaitan dengan risiko keselamatan dan kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang yang sedang bekerja termasuk menggalakkan persekitaran pekerjaan sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka”.


 


AKPP BUKANLAH undang-undang berkaitan dengan apa-apa bentuk intervensi perubatan [ campur tangan perubatan]. Ia hanya berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang berhubung dengan aktiviti pekerjaan.


 


Ia BUKANLAH satu AKTA berkaitan dengan status kesihatan; untuk memilih ubat atau makanan; atau samada kami memilih nak bermain badminton atau bolasepak selepas waktu kerja.


 


Dalam isu vaksin “pra-matang” ini, ramai daripada pekerja yang mendapat notis dari majikan mereka untuk mewajibkan pekerja-pekerja mereka untuk menghadiri satu prosedur perubatan yang dipanggil Vaksinasi Covid-19 yang KONONNYA berdasarkan seksyen 15 dan 17 AKPP.


 


Seksyen 15(1) menyatakan “Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya”.


 


TIADA apa-apa dalam seksyen 15 yang mewajibkan pengambilan vaksin untuk SEMUA PEKERJANYA.


 


Seksyen 15 juga mewajibkan majikan dalam memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat yang berhubung dengan penggunaan mesin, prosedur operasi dan penyelenggaraan/ penggunaan /penanganan/ pengangkutan/ penyimpanan loji dan bahan.


 


Seksyen 17 pula mewajibkan majikan untuk memastikan orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan mereka oleh sebab pengusahaan majikan tersebut.


 


Seksyen 27 amat penting. Ia jelas memastikan supaya majikan tidak boleh mendiskriminasi pekerjanya. Tiada majikan boleh memecat boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh sebab pekerja itu membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatannya.


 


Seksyen 28 juga amat penting. Jika berlaku sesuatu penyakit atau terdapat risiko kecederaan kepada kesihatan di tempat kerja, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi TUJUAN pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, TIDAK TERMASUK RAWATAN PERUBATAN YANG BERSIFAT PENCEGAHAN.


 


ADAKAH PENGAMBILAN VAKSIN SATU RAWATAN PERUBATAN BERSIFAT PENCEGAHAN?


 


Sudah sampai masanya semua pekerja-pekerja untuk mengingatkan majikan mereka bahawa organisasi kesihatan dunia iaitu WHO telah mendefinasikan “kesihatan” sebagai


“a state of complete physical, mental and social wellbeing and not merely the absence of disease”.



Ahmad Jufliz bin Dato’ Faiza


Tetuan Razak Ibrahim & Co

(RICOLAW)


Peguambela & Peguamcara

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...