Thursday, 27 May 2021

puisi cikgu ramlan disiplin

TUBUH-TUBUH DISIPLIN

tak perlu sejuta kata
cukup setitis virus korona

tetapi patutkah keseksaan
mengajar kita
insan yang sempurna di sisi-Nya
sampai mati sia-sia?

kalau terbukti tak memadai
kekuatan dan kekebalan raksasa
tak perlulah mencari Hang Nadim
di Temasik

tiada lain selain tubuh-tubuh disiplin
di barisan hadapan

mereka yang dikuatkan oleh ilmu dan wahyu
dicekalkan oleh budaya dan intelektualisme
mereka yang disuntik sejuta cinta

dan selebihnya jangan bersin
memusuhi vaksin

Amalan seharian

Dalam suasana pandemik yang semakin meningkat, jangan lalai untuk terus memperkukuhkan amalan harian;

1) Membaca doa selepas wudhu 
• Kelebihan : Dibukakan lapan pintu syurga bagi orang yang membacanya. (lihat Sahih Muslim hadis no. 234)

2) Solat Sunat Qabliyah Subuh. 
•  Kelebihan : Nabi ﷺ bersabda :  رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا “Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

3) Solat Fardhu Subuh dan Isyak berjemaah.  
• Kelebihan : Pahala seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (lihat Sahih Muslim hadis no. 656)

4) Berzikir selepas solat. 

5) Membaca zikir pagi dan petang. 
• Rujuk Hisnul Muslim, al-Azkar atau lain-lain jika tidak tahu lafaznya) 

6) Solat Dhuha. 
• Minima 2 rakaat dan yang paling banyak dilakukan Nabi ﷺ adalah 8 rakaat. 
Kelebihan : Menyamai pahala sedekah (lihat Sahih Muslim, hadis no. 720)

7) Menjaga 12 rakaat solat sunat rawatib iaitu : 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isyak. 
• Kelebihan : Disediakan rumah untuk di syurga. (lihat Sunan Ibnu Majah, hadis no. 1130)

8) Membaca 2 ayat akhir surah al-Baqarah. 
• Nabi ﷺ bersabda : 
الْآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya pada suatu malam, nescaya kedua ayat itu akan mencukupkannya.” (HR. al-Bukhari no. 5040).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa maksud كَفَتَاهُ (mencukupkannya) ialah cukup melindunginya dari kejahatan hal-hal yang akan mengganggunya. (al-Wabil al-Sayyib)

9) Tidak tidur terlalu lewat. 
• Daripada Abu Barzah radhiyallahu 'anhu :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Bahawasanya Rasulullah ﷺ tidak suka tidur sebelum (solat) ‘Isyak dan bercakap setelahnya.” (HR. al-Bukhari no. 568) 

10) Solat Tahajjud 
• Nabi ﷺ bersabda :
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. at-Tirmizi no. 2485) 

11) Solat Witir 
• Boleh dilakukan sama ada selepas solat isyak atau selepas solat tahajjud pada akhir malam.

12) Membaca Ayat Kursi selepas solat fardhu.
• Rasulullah ﷺ bersabda :

مَن قرَأَ آيةَ الكُرسيِّ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ مَكْتوبةٍ، لم يَمنَعْه من دُخولِ الجنَّةِ إلَّا أنْ يموتَ.
“Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya masuk syurga melainkan kematian.” (HR. an-Nasai dalam Sunan al-Kubra, ath-Thabrani, dan Ibnu Sunni.)

Sunday, 23 May 2021

kering sungai furat turky

#SungaiFurat
#Turkey

Adapun Yang ini

Inilah yang baru-baru ini Terjadi di sungai Furat turkey,,

Pada saat airnya semakin surut
Tiba-tiba zahir lah peninggalan Purba yang selama ini berada di dasar sungai

Peninggalan berupa kan Lantai Mosaic dari Zaman pemerintahan kerajaan Rome di kota Zeugma Turkey

إنحسار مستوى نهر الفرات يكشف عن لوحة من الفسيفساء تعود لفترة الحُكم الروماني، زوغما - تركيا

Cc: Che Pai

Teringat 1 hadith berkaitan sungai Furat...

Daripada Abu Hurairah r.a..Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

🤍

perlu taubat

2 TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA

Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini - KENDERAAN dan ISTERIKU. 

Kenderaan yang  diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian. 

Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati. 

Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu. 

Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah. 

Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak. 

Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.

Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa. 

#*** Perkongsian Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad.🌵

benarkah? c ov id

SIAPA yang mula-mula berbohong bahawa mati bunuh diri disebabkan kobid? SIAPA mula berbohong video mayat bergelimpangan di Woohan? SIAPA mula berbohong jarakkan saf tetapi bergambar rapat bisa dalam masjid?

SIAPA mula berbohong kematian dari asbab kronik semuanya dari Kobid? SIAPA mula berbohong Darurat bukan untuk elakkan demokrasi kembali ke tangan rakyat?

SIAPA mula berbohong yang wabak ini hanya setempat untuk dikenakan larangan rentas padahal ia memang semua tempat? Maka apa guna larangan merentas?

SIAPA mula berbohong yang Kobid dirawat padahal tiada rawatan dan semua sembuh sendiri?

Siapa mula berbohong yang kematian Serendah 0.36% itu merbahaya padahal semua ada asbab latar belakang penyakit lain?

SIAPA mula berbohong yang bakxin itu selamat padahal ia belum diluluskan sepenuhnya dan kononnya kecemasan maka wajib?

SIAPA mula berbohong yang rakyat tidak dipaksa bakxin tetapi akhir semua di paksa?

SIAPA mula berbohong dan terus berbohong bahawa SOP akan putuskan rantaian?

SIAPA mula berbohong bahawa agama Islam itu kolot dan tiada asas sains?

SIAPA mula berbohong yang kematian mendadak selepas bakxin itu tiada kena mengena dengan bakxin?

Pemimpin berbohong dianggap hukum. Rakyat bercakap benar dianggap bohong dan didera.

Sudahlah wahai Syaitan.

Tetapi ini semua Kehendak Allah. 1423 tahun hijrah laku Nabi SAW sudah diberikan ilmu laduni tentang semua yang akan berlaku. Yang masih beriman tadaburlah ayatnya dan buat persiapan ternak atau pawah penternak untuk persiapan diri daripada panik saat terakhir wang kita hancur mendadak macam dulu.

Friday, 21 May 2021

khasiat semalu

*AIR REBUSAN SEMALU*
Ni lh ubat / petua yg dh sy amalkn hampir 10th, sebenarnya Kolestrol, darah tinggi, skt jantung (salur sumbat), stroke, sakit kepala pun,  adalh d sbb kn benda yg sama iaitu kotoran kolestrol yg melekat pd salur darah (rujuk gambar) , sy blh mkn apa shj , mknan lemak2 lembu kambing ,xde pantang2 , yg doktor kata jaga mkn jaga mkn , abaikan je ... doktor kata darah tinggi kencing manis xde ubat ... abaikan , doktor akn bg ubat cair darah ... lama2 kita ambil akn rosak buah pinggang ... dia nk selesai 1 masalah , 10 masalah baru akn muncul ... 
Julai 2020 umur sy cecah 50th ... awal 2019 sy boleh masuk hutan Baling Kedah , 2 org je , 12 hari duduk dlm tu ... sy seorg yg malas bersenam ....

CARA PENYEDIAAN :
Cabut pokok semalu guna playar sbb duri , kepit dkt umbi dia & tarik pelan2 , nk sebolehnya akar yg pjg, ambil 7-8 pokok, basuh bersih2 dp pucuk/bunga hingga akar , guna periuk nasi keluarga tu tu & rebus dlm 1jam , bila dh didih slowkn api, rebus hingga air jd mcm teh, klu kering tambah air, dh lbh krg 1jam tu angkat & biar sejuk , suam2 tu , ini lh masa minum yg paling efektif, rasanya sedap , akn2 cincau, langsung x pahit, baki simpan dlm peti ais , klu blh bekukn sbb takut basi, minum lh 2x sehari , 1x minum dlm 1/2 gelas mcm tu ... 

Amal dlm 1 minggu, & pegi check doktor , klu mkn x pantang , doktor akn kata kolestrol tinggi , sebenarnya kolestrol dlm darah x merbahaya , kolestrol yg melekat pd salur darah lh merbahaya , ibarat sungai yg penuh sampah tapi air flow ... xde masslah , tp w/pun sampah xde , tp longkang2 kecil outlet penuh dgn sedikit sampah yg tersumbat , ini lh merbahaya ... banjir kilat lh kita ... bila darah kita sumbat mcm mna nk angkut oksigen dll ... 
Kolestrol dlm darah doktor boleh ukur , kolestrol yg melekat pd salur darah mcm mna nk ukur ??? ... oleh itu jgn takut klu doktor kata kolestrol kita tinggi, yg penting tekanan darah kita menghampiri 120/80 ... jika salur darah tersekat bacaan bawah akn naik ... & xkn ada rasa pening2, duduk cangkung dlm 5 minit & bangun cpt2 , klu xde rasa gelap , ini petanda bdn kita sihat
Testimoni : air rebusan semalu ini dikatakn dpt juga merawat kencing manis & gastrik ...
SLMT MCUBA

Wednesday, 19 May 2021

Sejarah Yahudi wa sas p

APAKAH RAHSIA PETI TABUT?

Artikel panjang ini dimulakan dengan memperingati kembali bagaimana terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” (The Promised Land).



Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.

Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu orang Arab Palestin kini.

Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang kini menjadi negara haram Israel), timbul satu permasalahan di mana bangsa Israel yang terdiri daripada 12 suku (12 tribes) ini tiada raja untuk memerintah.

Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul) telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel.

Untuk membuatkan rakyat Israel taat kepada Talut,maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel.Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy) iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.

APA KEISTIMEWAAN PETI TABUT?

Menurut pandangan Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke dalam Bahasa Inggeris yang terkenal),PETI TABUT atau di kenali dalam Bahasa Inggeris sebagai “The Ark of Covenant” ini di perbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen.

Bahagian penutupnya yang keemasan itu dikatakan “Takhta Kasih” dari Allah S.W.T. Ia mengandungi “PERNYATAAN TUHAN”, iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S.

Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat dan merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman.

Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi untuk berkuasa di dunia ini sebagai “UMAT YANG TERPILIH”.

Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.

Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini di perintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi.

Mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail).

Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu,syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara ‘syair’.

Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya.

Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist sebagai lambang negara haram Israel mereka.



Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, haiwan² serta turut berkuasa memerintah jin.

Di katakan Haikal Sulaiman yg juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon’s Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin.

Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Zionist.Mereka ingin mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S. Mereka gagal untuk memahami bahawa secara hakikatnya,kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh di pelajari.

Golongan Yahudi-Zionist ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka.

Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim. Kecenderungan Yahudi-Zionist ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka.

Agenda Zionisme Yahudi ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia.

Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir. Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya.

Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah “UMAT YANG TERPILIH” untuk menjadi tuan di muka bumi ini. Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu “Manna Was Salwa” dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.

Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia?.

Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu.

Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron).

Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion.



Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut.

Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan “Jew” dalam Bahasa Inggeris. Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal.

Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar “Jew” (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme.

Maka… ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel?

Mereka telah hilang; hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir).

Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang.

Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah)..Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia.

Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita. Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.

Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya “KETUANAN” mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini. Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai “HAK” ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu.

Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut.

Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula,mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” itu bersama manusia-manusia lain yang beriman.

Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.

Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).

Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer).

Oleh kerana itu kerja-kerja penggalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel.

Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini. Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononya seperti ketika Tuhan memberi “KETUANAN” dan “HAK” melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu.



Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.

“Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 248)

Dan harus ia datang kembali bersama2 Imam Mahdi a.s. sebagai tanda pemerintahan Kerajaan baru KHILAFAH dan akan diserahkan pula tanda ini kepada Nabi Isa as untuk membetulkan semula aqidah pengikut2 dan penganut agama Kristian.

Allahu’alam…

Friday, 14 May 2021

Puisi cikgu Ramlan Pelangi

AKU INI PELANGI

genetik ku bebas
daripada titik-titik rebas
menjadi molekul-molekul bias
tatkala suria menyuluh
dari jauh
dan tirai jernih berlabuh

mereka memberi ku jiwa
tujuh warna
melengkung di atas rawa
menggoda nostalgia
bercerita

aku bertambah gemilang
ditatang bendang
digerakkan oleh pandang
berjalan pulang

tetapi matahari akan teduh
dan aku akan luluh
di lautan keruh

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...