Saturday, 25 July 2020

Urus jenazah cara Islam v Melayu

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

1. *Mendengar berita kematian:*

Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. *Usung jenazah*

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. *Tanam jenazah*

Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. *Kubur jenazah*

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. *Kenduri arwah*

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. *Talqin*

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Saturday, 18 July 2020

aya sofia

Minda Presiden PAS

AYASOFYA RIUH SEDUNIA, MASJID AQSA TIADA CAKNA

Ayasofya pada asalnya dibina sebagai sebuah katedral (Gereja Kristian Ortodoks) di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka bentuk oleh dua orang arkitek, iaitu Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Ayasofya menjadi gereja besar di Konstantinopel selama hampir 1,000 tahun. 

Konstantinopel menjadi ibu negara maharaja tersebut setelah mereka berundur daripada Syria menyerah kalah kepada tentera Islam di masa Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Ketika itu mereka menolak tawaran damai melalui surat Rasulullah SAW.
  
Sebaliknya mereka jugalah yang mula mengumpulkan bala tentera paling besar kerana bercita-cita untuk menghapuskan Islam disebabkan pengaruh Islam sedang pesat  berkembang di kalangan rakyat mereka sendiri, bahkan ada yang masih seagama dengan mereka, tetapi lebih menerima Islam kerana keadilannya.

Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Konstantinopel kepada Empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fateh telah mengarahkan agar bangunan itu diubah suai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang yang berunsurkan agama Kristian dibuang, sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Ayasofya kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar fungsinya kepada muzium oleh Kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Ayasofya menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Fakta sejarah menunjukkan pihak Islam telah membelinya dengan bayaran yang munasabah pada zaman itu dan pihak gereja pula bersetuju menjualnya. Terdapat catatan yang menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh telah membayar harga pembelian itu dengan wang miliknya sendiri dan penyumbang yang lain, tanpa diambil sedikit pun wang negara. 

Kejayaan umat Islam menawan Konstantinopel telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui sabda Baginda SAW:
 
لَتُفْتَحَنَّ القُسْطَنْطِيْنِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الْأَمِيْرُ أَمِيْرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ. 

“Kota Konstantinopel pasti dibuka nanti, maka sebaik-baik raja yang menawannya dan sebaik-baik tenteranya.” (Riwayat Ahmad 18957)

Oleh kerana Ayasofya diambil melalui peperangan, maka fungsinya pada waktu itu sebagai gereja berbeza dengan gereja Qiamah di Palestin dan beberapa gereja lama di Mesir. Perkara tersebut berbeza kerana gereja-gereja yang lain diambil menerusi perjanjian damai, maka diserahkan kepada penganut Kristian sehingga kini. 

Kemudian pula dijual dengan bayaran oleh pihak Islam. Sungguh tidak mustahil penjualan ini berlaku, kerana beberapa gereja di negara Barat pun turut dijual apabila penganutnya sendiri tidak memakmurkan tempat ibadat mereka. Sehingga ada gereja yang terbiar sehingga naik hutan belukar di sekelilingnya dan ada juga yang ditukar menjadi tempat hiburan dan tempat makan. 

Adapun Ayasofya yang menjadi masjid itu telah ditukar menjadi muzium oleh kerajaan Turki Kamal Ataturk yang berfikiran sekular bagi membuktikan berpisah politik yang diamalkannya daripada agama Islam, sehingga memaksa azan juga ditukar ke dalam bahasa Turki. Namun umat Islam di Turki pada hari ini telah kembali semula kepada cara yang asal dalam Islam. Maka begitulah juga dengan langkah hari ini yang mengembalikan Ayasofya berfungsi sebagai sebuah masjid yang dimakmurkan.

Apa yang menghairankan, mengapa negara Barat riuh sedunia terhadap perubahan ini. Padahal mereka sangat kuat bermazhab sekular yang memisahkan agama daripada politik negara. Maka sungguh jelas, terang dan nyata lagi bersuluh bahawa mereka itu masih dihantui penyakit Islamofobia yang mereka sendiri ciptakan. 

Lebih menghairankan lagi apabila mereka juga diam membisu terhadap Yahudi Zionis yang merancang untuk merampas dan merobohkan Masjid al-Aqsa yang menjadi  kiblat pertama umat Islam. Begitu juga ribuan masjid Islam yang dimusnahkan dan dirampas di Sepanyol, termasuk di Cordova dan lain-lain. termasuk Masjid Babri di India.     

Padahal mereka beriman bahawa Nabi Isa AS dibunuh oleh pelampau Yahudi itu, sehingga mengangkatnya ke taraf seorang anak Tuhan, iaitu suatu fahaman yang ditolak oleh umat Islam. 

Adapun umat Islam beriman bahawa Isa AS itu adalah Rasulullah yang telah diselamatkan oleh Allah SWT dan akan turun semula ke bumi pada akhir zaman. Bagaimana pula mereka mempunyai kepercayaan sedemikian, pada masa yang sama bersikap menyokong Yahudi yang dikatakan membunuh seorang nabi yang dikatakan anak tuhan itu?

Sekarang mereka pula riuh atas alasan kononnya hendak mempertahankan fungsi Ayasofya sebagai sebuah gereja, lebih baik jadi muzium bukan gereja. Selain itu, mereka terus diam membisu terhadap masjid umat Islam yang dizalimi. 

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

Bertarikh: 24 Zulqa’dah 1441 / 15 Julai 2020

Wednesday, 8 July 2020

cari isteri

هل توجد زوجه هكذا 

أراد مدرّسُ اللّغة العربيّة أن يتزوّج، فسألهُ أصدقاؤهُ: 
ما هي صفاتُ الزوجة التي تتمناها؟ 
فأجاب: أريدُها مرفوعةَ الهامة، منصوبةَ القامة، 
مجرورةَ الثّوب، مُجرَّدةً عن العيب،
 مربوطةَ الشَّفتين، مبسوطة الكفَّين،
 و تطيع فعلَ الأمر بلا استثناء، 
وتجيبُ النَّداء، وتفهمُ بالإشارة من غير عبارة،
 لا تعرفُ الجملةَ الاعتراضيَّة ولا أفعالَ الظن، 
وليس في قاموسها: (لا ولم ولن)، 
ضميرُها مُتَّصلٌ بضميري، منفصلٌ عن غيري، 
إذا طلبَتْ فغيرُ جازمة، من كلِّ عِلَّةٍ سالمة، إذا رأيتُها سَبْحَلْتُ، 
وإنْ غابَتْ عنّي حَوْقَلْتُ، تجاملني بالكناية والتَّصريح، 
فعلها تامٌّ صحيح، لا تنازعني في عمل الفاعل على الإطلاق، 
قولي عندها معلومٌ لازمٌ بلا طلاق،
 تعاملني بالسُّكون والعطف، أمَّا مالي عندها فممنوعٌ من الصرف..///  هل يجد زوجة. بهذه المواصفات،؟؟

Wednesday, 1 July 2020

coretan menyentuh jiwa

Suatu waktu, suatu Peristiwa dan suatu Asbab......

Akan menzahirkan siapa ulamak duniawi, siapa ulamak fitnah, siapa sejahat-jahat makhluk, siapa ejen tukang batu, siapa bekerja untuk siapa, siapa lebih utamakan perut, siapa lebih bertuhankan apa dan siapa, siapa yang lebih pentingkan kerja dan jawatan, siapa yang perlu duit untuk setle loan sampai pencen atau sampai mati..

Hanya perlu diam, buat tak faham, buta tak tahu, buat-buat betul, buat-buat setuju jika sekalipun tidak membenarkan dengan hati, lisan dan anggota. Atau sekalipun tidak terangan menjual Agama kepada bos. Pusing selagi boleh pusing dan cari alasan membenarkan kesemua perintah Bos.

Hanya kerana keputusan kuasa kepada kuasa daripada kuasa sehinggalah kepada kuasa yang menyara hidup mereka seharian.

Ujian mereka sungguh besar.
Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak, dilema antara pitis, kerjaya dan pangkat kerana hanya itulah cara mereka dan keluarga menyara hidup seharian.

Nak kerja di ladang penat, nak bertani tak pandai, nak ke laut mabuk, nak berniaga tak reti,  nak kerja buruh comot nanti malu.

Apatah lagi nak berjihad di medan perang tanpa mandi, panas, kotor, busuk, ketakutan, kelaparan  sebagai mana jalannya Nabi dan sahabat memperjuangkan Agama sehingga ramai yang syahid meyatimkan anak-anak dan membalukan para Isteri.

Lagikan nabi sangat menderita.
Tak kan le kita sangat bertuah hanya perlu hidup bersembang dapat duit sambil tunggu mati masuk syurga .

Sedang di dunia tidur empuk dirumah bagai mahligai, berkereta mewah, pakain makan terhidang bagai disyurga. Riak diri bagai hartawan dan maharaja.
Indah dan meriah ibarat di kayangan dengan puja puji pengikut suruhan. 

Celikkanlah mata kita sebelum mata kita dicelik terbeliakkan nanti pada hari yang dijanjikan .... 
Cnp....

Falsafah hari raya

 Min copy dari posting Ustaz Luqmanulhakim Muhammad Jamil __ [Fahami tujuan dan falsafah hari raya] Jangan lupa perbaharui niat dan kesedara...