Thursday, 29 August 2019

YA'JUJ WA MA'JU



YA'JUJ WA MA'JUJ MENURUT BAHASA

Ya'juj dan Ma'juj dalam bahasa Arab dapat di terjemahkan melalui asal dari perkataan “Aj” atau 'Ajij'.

'Ajij' membawa maksud 'api yang membara'.
'Ajja'/'Asra' pula mmbawa maksud 'dia bergerak dengan pantas'.

Selain itu perkataan “Ma'juj” juga dapat dilihat dalam persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang membawa maksud 'gelombang atau yang menyebarkan'.

Maka secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut sebagai:
- “api yang membara”
- “untuk membesarkan dan menyebarkannya”
.Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya





No photo description available.


DARI KETURUNAN NABI NUH AS

Ya'juj dan Ma'juj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.

Dari Samurah bin Jundub r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits.
- Sam adalah bapa orang Arab, Persia, dan Romawi.
- Ham adalah bapa kaum Habsyi, Negro, dan Naubah.
- Yafits adalah bapa kaum Turk, Slavia, dan Ya'juj Ma'juj.

Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Allah Subhanahu Wa Ta'ala berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."

Lalu Adam berkata, "aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"

Lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjawab, "(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang" maka pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal sebenarnya mereka tidak mabuk tetapi azab Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu sangat keras".
(Hadis Riwayat Bukhari, 55; no. 567)

No photo description available.

SEJARAH YA'JUJ MA'JUJ

Ya'juj dan Ma'juj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau.

Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah Subhanahu Wa Ta'ala kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua.

Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf.Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.

Dari Imran bin Hushain r.a.,Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis".
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Amr r.a.,Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Ya'juj dan Ma'juj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."
(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Dan Imam Thabrani menambahkan dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."

Image may contain: 1 person

YA'JUJ MA'JUJ MENURUT INJIL DAN SEJARAH YAHUDI: KRONIKAL 1-5

Ya'juj datang dari keturunan Ruben, manakala Ma'juj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as.

Dalam bahasa Hebrew,Ya'juj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud 'raja kepada tanah Ma'juj'.

Manakala Ma'juj dalam bahasa Hebrew pula membawa maksud “daripada Gog”.Gog di dalam Injil ialah sama dengan Ya'juj yang dinyatakan di dalam al Quran.Selain itu Ya'juj juga dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.

Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu;
- ROSH atau Russia
- MESHECH atau Moscow
- TUBAL atau Tobalsk.

 ADAKAH YA'JUJ WA MA'JUJ MANUSIA?

Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Ya'juj dan Ma'juj adalah mengikut kepada al Quran (Surah al Kahf: 83-98 dan Surah al Anbiya: 95-96) dan juga koleksi hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mereka ini adalah golongan manusia yang sangat kuat, sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan terhadap alam ini.

Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan mereka yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.

Mengukuhkan lagi bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia.Jadi tembok yang dibina pastinya adalah untuk manusia.

Menurut Islam, Ya'juj dan Ma'juj sangat kuat dan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang boleh memusnahkan mereka.

Ya'juj dan Ma'juj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa mengorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Hanya terdapat tiga makhluk terpenting di atas muka bumi ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).

Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya'juj dan Ma'juj berkeliaran dengan banyak?...
Sudah tentu tidak kerana Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia.


Image may contain: 1 person, indoor


HUJAH YA'JUJ WA MA'JUJ ADALAH MANUSIA

1. Tembok Buatan Manusia Hanya Untuk Manusia

“…tembok di antara kami dengan mereka…”
(Surah al Kahf : 97)

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya'juj dan Ma'juj ').Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok?.Bukanka
h mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia?.Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan Melakukan Kerosakan/Fasad Ke Atas Manusia

“…sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”
(Surah al Kahf : 94)

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”
(Surah al Maidah : 33)

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia dan Surah al Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia.Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenal pasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Hadis Menyatakan Ya'juj Dan Ma'juj Manusia

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan,bagaimana penghuni neraka tersebut?,Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”…

Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”,Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab. “999 Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya'juj dan Ma'juj daripada keturunan manusia iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering.

Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasabah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya'juj Ma'juj Dimasukkan Ke Dalam Neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”
(Surah As Sajdah : 13)

Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk yg boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka.Hanya terdapat dua penghuni neraka iaitu jin dan manusia.

Jelas,Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia seperti kita yang berketurunan Nabi Adam a.s. dan mereka bukan jin mahupun raksasa.

Image may contain: text


KISAH YA'JUJ MA'JUJ DAN DZULQARNAIN DLM AL-QURAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan petunjuk mengenali Ya'juj dan Ma'juj ini yang dijelaskan di dalam al Quran, Surah al Kahf:

وَيَسْأَلُونَكَ
عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْراً
Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya".

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَباً
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
فَأَتْبَعَ سَبَباً
Maka dia pun (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْماً قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْناً
Hingga apabila dia telah sampai ke suatu tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam (sebelah Barat) di dalam laut yang berlumpur hitam (Black Sea), dan dia mendapati di situ segolongan umat (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Dzulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَاباً نُّكْراً
Berkata Dzulkarnain:"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً
Kemudian dia (Dzulkarnain) berpatah balik menurut jalan yang lain.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْراً
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,

كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْراً
Demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً
Kemudian dia (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْماً لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً
Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti perkataan mereka.

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً
Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً
"Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik (dari bayaran kamu), maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,

آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً
"Berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً
"Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً
"(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
(Surah Al Kahf: 83-98)




Image may contain: outdoor and text

Berdasarkan keterangan Surah al Kahf: 92-98, fakta relevan mengenali Ya'juj dan Ma'juj ialah:

a. Jalan ke utara = ke utara Parsi menuju ke Armenia
b. Di antara dua gunung = Pergunungan Caucasus
c. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum di lokasi Azerbaijan / Georgia / Armenia
d. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/
Caucasian Gates dan lain-lain.

Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..",.Bukti gambar menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia dan Azerbaijan.

YA'JUJ DAN MA'JUJ ADALAH PUAK KHAZAR

Ya'juj dan Ma'juj adalah puak Khazar, iaitu 98% golongan bangsa Yahudi yang kita ketahui hari ini. Golongan Yahudi Khazar adalah golongan yang bukan asli dari kalangan Bani Israel iaitu mereka telah melakukan pemalsuan identiti.

Raja Bulan Khazar Pagan orang yg prtama mengamalkan agama Judaisme setelah mendapati agama ini sesuai dengan hidupnya berbanding agama Islam dan Nasrani.

Pengamalan ini terjadi setelah kehidupan masyarakatnya rosak dan tidak berakhlak. Akhirnya, tamadun Khazar suku Shamanistik ini kini dikenali sebagai YAHUDI PALSU!!.Mereka bukan dari keturunan (Bani Israel) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isaq a.s dan Nabi Harun a.s.

Rabbi Farisi Yahudi kononnya dari Baghdad (Babylon), ialah orang Samaria dan bukanlah orang Bani Israel sebenar yang dikatakan dibawa dari Baitulmuqaddis ke Baghdad ke Khazar sebagai hamba selepas kemusnahan akhir perang Baitulmuqaddis oleh tentera Babylon.

Kuasa Bani Israel dimusnahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebanyak 2 kali (Babylon dan Byzantine) setelah mereka melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan membuat perkara yg di larang Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kehidupan mereka.

Khazar Pagan ini tidak menyertai Gereja Ortodoks dan sentiasa berperang,negeri yang muncul adalah Ortodoks Rusia dengan menamatkan Khazaria Lama.Khazar Pagan pula berhijrah ke Jerusalem.

Image may contain: 5 people, people smiling
BUKTI DARI AL QURAN TENTANG 12 PUAK BANI ISRAEL

Menurut sejarah dan Al Quran hanya terdapat 12 kaum Bani Israel di dalam Yahudi dan mereka sebenarnya berkulit gelap.

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Ianya amat jauh berbeza dari rupa golongan Yahudi yang kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah 'negro'.Mereka berkulit gelap dan merekalah pembina piramid-piramid
Firaun bersama hamba-hamba di Mesir.

Mereka hidup bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah Jerman atau Russia atau Eropah dan boleh mengaku mereka adalah dari golongan Yahudi?.

No photo description available.

13TH TRIBE ADALAH COVER DIVERSION SEMATA

Seperti mana yang dunia ketahui,mereka katakan bahawa "We are the thirteenth tribe of Jews?. Inilah penipuan kaum Ya'juj dan Ma'juj untuk memanipulasikan identiti golongan Yahudi.

Sebelum kita melihat bukti-bukti yang dinyatakan di dalam al Quran, jom kita kaji sedikit tentang pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang yang bernama Arthur Koestler, beragama Yahudi, berketurunan British-Hungary.

Dia akhirnya mati dibunuh setelah mendedahkan akan hal yang sebenar di dalam bukunya iaitu 'The Thirteenth tribe : The Khazar Empire and its Haritage'.

Image may contain: outdoor

12 MATA AIR NABI MUSA ALAIHIS SALAM

Dan ini adalah bukti yang terdapat di dalam al Quran yang menyatakan Bani Israel terdiri daripada 12 puak;

وَقَطَّعْنَاهُم
ُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطاً أُمَماً وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

"Dan mereka Kami bagi menjadi 12 suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!".Maka memancarlah dari padanya 12 mata air.Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa.
(Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami,tetapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri".
(Surah Al Ar'raf: 160)

Image may contain: sky, ocean, tree, outdoor and nature

12 PERIGI NABI MUSA ALAIHIS SALAM

وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)
. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan."
(Surah Al Baqarah: 60)

Image may contain: outdoor, water and nature

YA'JUJ WA MA'JUJ DAN LAUT GALILEE /TASIK TIBERIAS/
KINNERET DALAM PERISTIWA DI AKHIR ZAMAN

Di dalam sebuah hadith Qudsi, Allah Subhanahu Wa Ta'ala (akan) berfirman kepada Nabi Isa a.s.:
"Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (ya'juj dan ma'juj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menghantar Ya'juj dan Ma'juj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tiberias (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup).Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: "Dahulu pernah ada air disini".

Nabi Isa a.s dan para pengikutnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar.Nabi Isa a.s dan para pengikut kemudian berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya.

Nabi Isa a.s. dan pengikut turun ke bumi dan mendapati bumi dipenuhi oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. kemudian berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengangkat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah Subhanahu Wa Ta'ala.."
(Hadis Riwayat Muslim, 18; no.68)

No photo description available.

TERBUKANYA DINDING/TEMBOK YA'JUJ WA MA'JUJ

Tembok menyekat kaum Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel dan kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96).

Dari ayat di atas,dapat di simpulkan seperti berikut:
- 'Penduduk' adalah merujuk kepada orang Yahudi.
- 'Negeri' adalah merujuk kpd Baitulmaqdis.
- 'Ya'juj dan Ma'juj' pula merujuk kepada Yahudi (Khazar dan Eropah Barat)
- 'meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi' pula bermaksud Ya'juj dan Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog dan Magog).

Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis?.
Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang mereka pulang dan menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman?.

Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (Imam al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)

Antara ayat al Quran berkaitan 2 kali kermukaan Yahudi di Tanah Suci:
وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً

"Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar".
(Surah Al Israa': 4)

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
(Surah Al Maidah : 78)

Syarat ditetapkan dan balasan yang akan dikenakan, dan sepertimana yang kita ketahui sekarang Yahudi di Palestin kembali dengan kemungkaran.

عَسَى رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً

"Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman".
(Surah Al Israa' : 8)

Ini jelas menunjukkan golongan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj dan Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan.

Golongan Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar dan puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Nasrani Zionist yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al Kahf sebagai kaum Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestin.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

HUJAH KEDUA MENUNJUKKAN TEMBOK TELAH RUNTUH

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam ayat di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”
(Surah al Kahf : 97)

Ayat itu menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah Subhanahu WaTa'ala memelihara tembok tersebut dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala,(iaitu apabila Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengizinkan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan).

Mari kita lihat pula hadis ini.
Dari Zainab binti Jahsy r.a. bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidurnya dan bersabda;
"Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).
Zainab binti Jahsy r.a., lalu bertanya, Wahai Rasulullah,apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh?.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah al Kahf yang menyatakan Ya'juj dan Ma'juj “tidak dapat menebuknya”?.

Ini membuktikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok.Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Madinah, iaitu selepas Allah Subhanahu Wa Ta'ala menukarkan kiblat ke arah Kabbah.

No photo description available.

KESIMPULAN

Mereka yang masih berpegang Ya'juj dan Ma'juj akan dilepaskan selepas Ad Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan qiamat, dan Ya'juj dan Ma'juj tetap tidak kunjung tiba.

Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al Quran dan hadith dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (Surah al Anbiya : 95-96)?

2. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk Surah al-Kahf : 97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar?.

Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Ya'juj dan Ma'juj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua,
dalam segala hal,Wallahu a'lam..




Pengusiran bani nadhir

DI MANA PASUKAN RAHSIA?

Mungkin artikel berikut dapat menjelaskan maksud tajuk status ini. Bacalah dengan mata hati yang pikirkan agama dan ummah.

Artikel ini adalah artikel yang di CnP. Satu penceritaan semula sejarah pengusiran Yahudi dari Madinah selain dari itu ianya menampakkan sikap para munafiqun. Sama seperti yang berlaku di tanah air ketika ini. Bacalah.

=========

PENGUSIRAN BANI NADHIR

Kisah dan Iktibar

Bani Nadhir merupakan salah satu kabilah terbesar dari bangsa Yahudi yang tinggal berjiran dengan bangsa Arab (‘Aus dan Khazraj) di Madinah. Setelah kedatangan Rasulullah saw, mereka memeterai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang disebut “Piagam Madinah” - Mithaaq al-Madinah - namun tabiat khianat yang berakar umbi dalam jiwa Yahudi, mendorong mereka untuk melanggar perjanjian tersebut.

Sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, sudah ada tiga kabilah besar bangsa Yahudi yang menetap di sana. Mereka adalah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizhah. Masing-masing mempunyai sekutu dari kalangan penduduk asli Madinah. Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir bersekutu dengan Khazraj, sedang-kan Bani Quraizhah menjadi sekutu ‘Aus.

Setiap kali terjadi peperangan di antara mereka dengan sekutu masing-masing, orang-orang Yahudi bersikap berlepas diri sambil mengancam kaum musyrikin (‘Aus dan Khazraj) ketika itu dengan mengatakan pemberitaan Nabi Akhir Zaman;

إنه سيبعث نبي في آخر الزمان نقتلكم معه قتل عاد وإرم

“Akan tiba masanya kebangkitan seorang Nabi di akhir zaman. Kami bersamanya memerangi kalian seperti memerangi ‘Ad dan Iram.”

Namun, tatkala Rasulullah saw telah muncul dari kalangan bangsa Arab Quraish, berimanlah ‘Aus dan Khazraj, sementara orang-orang Yahudi justeru masih mendustai kebenaran Baginda saw. Muaz bin Jabal ra mempersoalkan sikap dolak-dalih bangsa Yahudi ini sebagaimana katanya;

يا معشر يهود! اتقوا الله وأسلموا! فقد كنتم تستفتحون علينا بمحمد صلى الله عليه وسلم، وتخبروننا بأنه مبعوث وتصفونه بصفته، فما الذي غيركم؟

“Hai sekalian kaum Yahudi! Bertakwalah kepada Allah dan masuklah Islam. Sebenarnya kalianlah yang sering memberitakan kedatangan Muhammad saw, kalianlah yang menyatakan kepada kami sifat-sifat Nabi Akhir Zaman yang akan muncul. Justeru (penolakan terhadap Muhammad saw) adakah ada lagi (Nabi Akhir Zaman) selainnya menurut kamu?”

Lalu salah seorang wakil kabilah Bani Nadhir, Salaam bin Mushkam menjawab bahawa mereka (bangsa Yahudi) adalah kaum yang sangat arif mengenai kedatangan Nabi Akhir Zaman, tetapi setelah kedatangan Nabi Muhammad saw mereka menganggap perkhabaran itu tersasar atau batil menurut pengetahuan mereka.

Turunlah firman Allah Taala:

وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ

“Dan setelah datang kepada mereka al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, namun setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.” (surah al-Baqarah: 89)

Firman-Nya lagi dalam surah yang lain:

وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“Dan berkatalah segolongan ahl al-Kitab (sesama sendiri); Berimanlah kamu kepada al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula.” (surah Aali-Imran: 72)

Yakni, mereka Ahli Kitab pada awalnya percaya berita perutusan Nabi Akhir Zaman dan kemudiannya mereka ingkar serta ragu. Sejak Nabi Muhammad saw menjadi pilihan Allah sebagai Rasul-Nya yang terakhir, kaum Yahudi sering menabur keraguan dan kesangsian kepada orang-orang yang beriman. Antara contohnya, apabila Allah menyatakan melalui lisan Nabi-Nya bahawa ahl al-Kitab yang ingkar dan kaum musyrikin akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam;

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahl al-Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.” (surah al-Bayyinah: 6)

Apabila mendengar ayat tersebut, mereka menyindir-nyindir kaum Muslimin yang dianggapnya bodoh dan ‘bengap’ terhadap teks dan konteks ayat tersebut. Kemudian cerdik pandai Yahudi membuat hujjah baru;

سندخل النار فترة محدودة جداً من الزمن وبعد ذلك نخرج من النار، ويدخل الله عز وجل المسلمين النار أبد الآبدين

“Kami akan masuk neraka untuk tempoh masa yang sangat terhad, selepas itu kami dikeluarkan dari neraka, kemudian Allah Azza wa Jalla memasukkan kaum Muslimin ke dalam neraka selama-lamanya.”

Allah menyentuh perihal dolak-dalih kaum Yahudi di dalam surah al-Baqarah ayat 80;

وَقَالُواْ لَن تَمَسَّنَا النَّارُ إِلاَّ أَيَّامًا مَّعْدُودَةً

“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata; Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu.”

Allah memberi cadangan kepada kaum Yahudi yang degil bahawa jika mereka sudah berangan-angan menggapai mahligai syurga di akhirat dengan hujjah yang direka-reka, maka bercita-citalah pula untuk mati agar mereka mendapat tahu nasibnya di akhirat kelak.

قُلْ إِن كَانَتْ لَكُمُ الدَّارُ الآخِرَةُ عِندَ اللَّهِ خَالِصَةً مِّن دُونِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُاْ الْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ. وَلَن يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi);  Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.” (surah al-Baqarah: 94-95)

1. Rencana Keji Bani Nadhir Terhadap Rasulullah saw

Selepas peristiwa sedih yang menimpa umat Islam di medan Uhud dan pemulauan kabilah Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir menjadi semakin angkuh, lancang, biadab, dan berani menyuarakan kata-kata berunsur ugutan di hadapan Rasulullah saw. Mereka juga turut membuat perancangan secara diam-diam untuk memerangi jamaah Muslimin yang dipimpin Rasulullah saw. Sebelum peristiwa di Uhud, Ketua Umum kabilah Bani Nadhir, Ka’ab bin al-Asyraf mewakili mereka keluar ke Makkah bersama-sama dengan 40 orang pengikutnya menemui Abu Sufyan (yang menjadi pemimpin Makkah selepas kematian Abu Jahl). Pemergian mereka adalah bagi menyatakan kemarahan terhadap tentera Islam yang menang di Badar dan kesediaan mereka mengadakan pakatan baru, iaitu membantu Abu Sufyan dan kaum kafir Quraish dalam usaha memerangi dan memporak-perandakan jamaah Rasulullah saw.

Dalam Sirah al-Nabawiyah coretan Ibn al-Kathir menceritakan bahawa kaum kafir Quraish merasa hairan dengan hasrat Ka’ab bin al-Asyraf memerangi umat Islam kerana bangsa Yahudi bukanlah kaum yang menyembah patung-patung berhala, mereka berpegang dengan ajaran samawi yang diturunkan Taurat kepada Nabi-nabi mereka, manakala Nabi Muhammad saw diturunkan kepadanya al-Quran memiliki susur galur yang sama. Lantaran itu, kafir Quraish bertanya kepada Ka’ab bin al-Asyraf;

أديننا أحب إليك أم دين محمد وأصحابه؟ وأيُّ الفريقين أهدى سبيلاً؟
“Adakah pegangan kami (ajaran berhala) yang paling engkau sukai atau ajaran Muhammad (Islam) serta para sahabatnya? Dan di antara dua kumpulan ini manakah yang paling betul jalan (agama) nya?”

Jawab Ka’ab bin al-Asyraf;

أنتم أهدى منهم سبيلاً
“Kalianlah yang paling benar jalan (agama)nya.”

Ka’ab bin al-Asyraf sanggup bertahaaluf dengan kafir Quraish untuk menghancur dan menggagalkan jamaah Rasulullah saw di Madinah. Allah Taala menyentuh perihal mereka di dalam al-Quran;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ هَؤُلاء أَهْدَى مِنَ الَّذِينَ آمَنُواْ سَبِيلاً
“Tidakkah engkau perhatikan (merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada sembahan yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (di Makkah) bahawa mereka (kaum kafir) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman.” (surah al-Nisa’: 51)

Rasulullah saw telah memilih beberapa orang sahabatnya untuk membunuh Ka’ab bin al-Asyraf kerana permusuhannya yang nyata terhadap Allah dan Rasul-Nya. Antara sahabat yang ditugaskan ialah Muhammad bin Maslamah, ‘Ibad bin Basyar, Abu Nai’lah, al-Harith bin ‘Aus dan sekumpulan puak ‘Aus. Setelah Ka’ab bin al-Asyraf berjaya dibunuh, kabilah Yahudi Bani Nadhir masih meneruskan perjanjian damai dengan umat Islam dan bekerjasama dengan Rasulullah saw di Madinah. Itulah hikmahnya, mengapa Rasulullah saw menugaskan pembunuhan Ka’ab bin al-Asyraf seorang, bukan seluruh kabilahnya sekalipun sebenarnya permusuhan Bani Nadhir dan dendamnya mereka terhadap Rasulullah saw masih hangat dan menyala-nyala di balik hitamnya arang.

Pada bulan Rabi’ al-Awal tahun ke-4 H, Rasulullah saw termasuk beberapa orang sahabat antaranya Abu Bakr al-Siddiq ra, Umar al-Khattab ra dan Saidina Ali bin Abi Talib pergi ke perkampungan Bani Nadhir untuk membincangkan urusan diyat dua orang dari kabilah Bani ‘Amir yang dibunuh secara tidak sengaja oleh ‘Amr bin Umayyah al-Dhamri ra kerana menyangka bahawa mereka kaum musyrikin di dalam peristiwa Bi’ru Ma’unah. Pemergian Rasulullah saw bertemu Bani Nadhir sebagai bukti kesetiaan baginda terhadap perjanjian dengan mereka, iaitu dengan cara meminta pandangan dan bantuan sebagai rakan sekutu kerajaan Islam di Madinah. Malangnya, kepercayaan Rasulullah saw terhadap Bani Nadhir dikhianati. Sedang Rasulullah saw duduk bersandar di salah satu perumahan kabilah Bani Nadhir, berlaku komplot jahat Bani Nadhir untuk membunuh Nabi dengan cara menjatuhkan batu besar dari atas atap rumah mereka. Huyay bin Akhtab merupakan pemain utama komplot pembunuhan ini dengan mengarahkan ‘Amru bin Jahash agar menghempapkan batu itu ke atas kepala Rasulullah saw. Allah mengkhabarkan kepada Rasulullah saw tentang perancangan jahat mereka, lantas baginda bingkas bangun dari tempat tersebut dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan menuju ke Madinah.

Tindakan mengejut Rasulullah saw itu menimbulkan tanda tanya kepada para sahabat, yang kemudiannya mereka menyusul sama pulang ke Madinah. Di Madinah, Rasulullah saw menceritakan rencana keji orang-orang Yahudi Bani Nadhir ke atasnya. Oleh kerana para sahabat meletakkan sepenuh kesetiaan kepada Allah dan Rasul-Nya, tidaklah mereka mempersoalkan kenyataan baginda Nabi tentang perancangan Bani Nadhir. Tidak pula para sahabat membantah Rasulullah saw kerana perancangan Bani Nadhir itu akan menyebabkan perjanjian damai atau kerjasama politik (tahaaluf siyasi) dengan umat Islam terbatal sama sekali. Bani Nadhir menyedari kesannya, justeru mereka tidak memberikan apa-apa reaksi bahkan akur apabila Rasulullah saw mengutuskan Muhammad bin Maslamah dan memberitahu kepada mereka;

اخرجوا من المدينة ولا تساكنوني بها، وقد أجلتكم عشرًا، فمن وجدته بعد ذلك منكم ضربت عنقه

“Keluarlah dari negara kami dan jangan kalian tinggal di sini, aku berikan kamu tempoh 10 hari. Sesiapa yang masih kekal di sana akanku penggal lehernya.”

Ketika kabilah Yahudi Bani Nadhir bersiap-siap untuk keluar dari perkampungan mereka ekoran pengkhianatan terhadap Rasulullah saw, tiba-tiba Abdullah bin Ubai, si munafik yang mahu mengekalkan status “tahaaluf siyasi” masyarakat Madinah dengan Bani Nadhir melarang mereka keluar sambil mengumumkan harapan baru, iaitu berjanji untuk menghantar 2 000 orang penyokong-penyokongnya mempertahankan hak Bani Nadhir.

لا تخرجوا من دياركم؛ فإنَّ معي ألفي رجل يدخلون معكم حصونكم، يدافعون عنكم ويموتون دونكم

“Janganlah kalian keluar dari penempatan kalian. Kerana saat ini aku bersama 2 000 orang yang akan bertahan menyatakan sokongan bersama kalian. Mereka bersedia untuk mati membela hak-hak kalian.”

Allah mendedahkan pembelaan Abdullah bin Ubai itu di dalam surah al-Hasyr ayat 11;

َأَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِنْ قُوتِلْتُمْ لَنَنْصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

“Tidakkah engkau merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap golongan munafik? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab; Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu turut sama keluar bersama-sama kamu, kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapa yang menentang kamu selama-lamanya, kalau kamu diperangi sudah tentu kami akan membela kamu! Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa mereka adalah pendusta.”

Kerana harapan palsu sang munafik, Bani Nadhir mengubah fikiran untuk kekal berkubu atas arahan Huyay bin Akhtab. Harapan baru Abdullah bin Ubai itu diterima bulat-bulat oleh kabilah Bani Nadhir yang kononnya mahu membantu mereka walaupun berlaku pertumpahan darah. Huyay bin Akhtab menghantar utusan kepada Rasulullah saw menyatakan;

إنا لن نخرج من ديارنا، فاصنع ما بدا لك

“Kami tidak akan keluar daripada kampung halaman kami. Buatlah apa yang kalian mahu.”

Kedegilan Bani Nadhir dibayar dengan pengepungan tentera kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah saw. Apabila Bani Nadhir melihat tentera Islam, mereka melepaskan anak-anak panah sambil berkubu di pokok-pokok kurma dan kebun-kebun tanaman mereka. Pengepungan berlaku selama 15 hari, Bani Nadhir masih bertahan mengharapkan bantuan yang dijanjikan oleh Abdullah bin Ubai. Rasulullah saw mengarahkan tentera Muslimin menebang dan membakar pohon-pohon kurma yang menaungi kabilah Bani Nadhir. Firman Allah;

مَا قَطَعْتُمْ مِنْ لِينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَى أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ

“Mana-mana pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah izin Allah (kerana Dia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin) dan kerana hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.” (surah al-Hasyr: 5)

Perbuatan tentera Islam yang membakar tanaman-tanaman milik Bani Nadhir itu telah menggerunkan jiwa kaum munafik dan menjadilah mereka orang-orang yang berdusta.

وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

“Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa mereka (kaum munafik) adalah pendusta.” (surah al-Hasyr: 11)

Allah mengibaratkan sikap kaum munafik itu seperti Syaitan;

كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

“(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia; Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan diazab), berkatalah Syaitan kepadanya; Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!”

Setelah bantuan tidak kunjung tiba seperti yang diharapkan Bani Nadhir, baharulah ketakutan dan kegelisahan menyeringai mereka. Akhirnya mereka menghantar utusan kepada Rasulullah saw untuk menyerah diri dan keluar dari Madinah. Rasulullah saw meletakkan syarat kepada Bani Nadhir agar keluar tanpa membawa senjata. Mereka hanya dibenarkan keluar bersama harta yang mampu dibawa dengan seekor unta. Rasulullah saw juga menjamin darah mereka akan terpelihara selama mereka tidak memulakan lagi persengketaan dengan umat Islam. Apabila Bani Nadhir mendengar syarat Rasulullah saw itu, mereka mengambil segala harta benda yang boleh dibawa, mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka agar ia tidak dapat dihuni lagi. Bani Nadhir berangkat keluar dari Madinah, sebahagiannya menetap di Khaibar (100 batu dari Madinah), sebahagiannya pula menuju ke Syam.

وَمَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ وَلَا رِكَابٍ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasul-Nya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (surah al-Hasyr: 6)

Berikutan pengusiran Bani Nadhir, harta rampasan bagi kaum Muslimin terdiri daripada 50 baju besi, 50 topi perang dan 340 bilah pedang yang boleh digunakan untuk pertembungan yang seterusnya.

Sebenarnya pertempuran umat Islam dengan Bani Nadhir bukanlah suatu situasi yang dirancang oleh Rasulullah saw dan kaum Muslimin kerana mereka turut menghadapi ancaman daripada kaum musyrikin Quraish yang masih mencari-cari peluang untuk membelasah umat Islam. Lebih-lebih lagi kemahiran yang dimiliki setiap kabilah-kabilah Yahudi di Madinah ini boleh dimanfaatkan oleh umat Islam, Bani Qainuqa’ pakar dalam pertahanan, mereka membuat pedang, baju besi dan alat-alat peperangan sejak sekian lama. Bani Nadhir pakar dalam pertanian, sumber-sumber tanamannya menjadi tumpuan di setiap pasaran. Manakala Bani Quraizhah pula pakar dalam bidang ekonomi. Tetapi permusuhan mereka yang nyata terhadap Allah dan Rasul telah menatijahkan suatu situasi yang tidak dirancang oleh akal manusia, iaitu pengusiran habis-habisan kabilah-kabilah Yahudi dari Madinah.

2 Menginsafi Kehinaan Bani Nadhir Dalam Surah al-Hasyr

Surah al-Hasyr telah diturunkan berkenaan pengusiran Bani Nadhir. Antaranya firman Allah Taala:
هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
“Dia-lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari perkampungan mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab). Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah milik mereka dengan tangan mereka sendiri sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran.”

وَلَوْلَا أَنْ كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَلَاءَ لَعَذَّبَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ عَذَابُ النَّارِ
“Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka juga beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.”

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِّ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amat berat azab seksa-Nya.” (surah al-Hasyr: 2-4)

Imam Bukhari dalam Sahih-nya (kitab al-Maghazi wa Tafsir al-Quran) bahawa Sa’id bin Jubair bertanya kepada Ibnu Abbas tentang Surah al-Hasyr. Kata beliau, “Ia juga dikenal surah Bani al-Nadhir.”

3
Pengajaran

Sejak zaman Rasulullah saw, kaum Yahudi dikenali sebagai bangsa yang tidak sepakat dalam semua perkara sekalipun ia melibatkan maruah bangsa dan kepercayaannya sendiri. Walaupun kabilah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah sama-sama tinggal di Madinah, masing-masing membawa haluan sendiri. Ketika umat Islam memerangi Bani Qainuqa’ kerana perbuatan mereka mencemari kaum muslimah, Bani Nadhir dan Bani Quraizah tidak menawarkan apa-apa bantuan terhadap saudara se-Yahudi mereka itu. Mereka hanya diam dan lihat Bani Qainuqa’ terusir dari kota Madinah. Begitu juga ketika Bani Nadhir menghadapi kepungan tentera Islam, Bani Quraizah masih tidak memberikan apa jua bantuan dan mereka hanya diam dan lihat (playsafe).

Malangnya di zaman ini, perangai playsafe Yahudi ini menjangkiti umat Islam. Mereka membiarkan saudara-saudara mereka diasak oleh musuh, mereka tidak mempedulikan saudara-saudaranya yang dihina, dicaci bahkan dibunuh. Mereka tidak sepakat dalam hukum-hakam agama, mereka suka memencilkan diri dari ayat-ayat Allah dan sanggup bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain untuk mengaburi kebenarannya. Sabda baginda saw;
لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ، فَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمُوهُ، قَالُوا : مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ : فَمَنْ إِلا هُمْ
“Sungguh kalian (umat Islam) akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sekalipun jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang biawak (yang sempit), pasti kalian akan mengikutinya.”

Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasul Allah, apakah yang dimaksudkan itu kaum Yahudi dan Nasrani?”

Baginda saw menjawab, “Lantas siapa lagi selain mereka?”

http://www.tarbawi.my/2015/07/pengusiran-bani-nadhir-kisah-dan-iktibar.html?m=1

#hidupmulia

Tuesday, 27 August 2019

Solat berjamaah di masjid

Nasihat khas utk lelaki yang suka sgt ber solat fardhu dirumah. Mohon pelahan lahan baca sehingga habis...dibwh ini ada kelebihan dan jugak ada amaran ancaman nabi saw....

KHUSUS UNTUK PARA LELAKI WAJIB MAKLUM DAN TERUS MENGAMALKANNYA

___________________
🐪 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

🐪 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

🐫Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

🐪 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama.

آمين يا رب العالمين. ...

Tolong  di share kepada para suami, saudara laki-laki, anak laki-laki, saudara sepupu laki-laki, keponakan laki-laki dan teman kerabat lak-laki.

Semoga Bermanfaat..
BARAKALLAHU Fiikum..🕌🌹

Sunday, 25 August 2019

Malaysia dirancang illuminati

THE HIDDEN TRUTH: 

Penubuhan MALAYSIA : Perancangan USA sejak 1889?

Ramai orang mudah terkeliru antara fakta sejarah negara dengan apa sebenarnya yang berlaku. Walaupun soal Syurga dan Neraka itu adalah hak ALLAH semata-mata, namun kita sebagai warga Malaysia  perlu tahu tentang cerita-cerita di belakang tabir tentang negara kita.

Umat islam perlu tahu siapa sebenarnya musuh Islam yang mengawal dunia.

Pernahkah saudara-saudari membuat kajian tentang hubungan antarabangsa kita. Pernahkah saudara-saudari tanya kepada diri sendiri soalan-soalan yang di luar minda fakta sejarah negara. Contohnya :

1. Kenapa bendera kita macam bendera Amerika Syarikat.
2. Kenapa kita berdagang menggunakan US dolar. Sedangkan emas kita terpaksa ditebus di US Federal Reserve bagi mendapatkan Ringgit. Emas kita punye, Ringgit kita punye, namun orang lain yang control kita punya harta. Emas kita boleh lupus sekiranya kita gagal penuhi syarat-syarat mereka. Ringgit kita boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sebab kita tidak control nilai matawang kita.
3. Kenapa Melayu berpecah pada setiap masa.
4. Kenapa Melayu-Cina berprasangka buruk pada setiap masa.
5. Kenapa Syariat Islam sangat susah hendak dijadikan Undang-Undang.

Kenapa dan Mengapa wahai saudara dan saudari .........

Dengan Takdir ALLAH, sebahagian cerita sudah pecah.

Malah nama Malaysia disebut beberapa kali dalam sebuah buku Ripley's Believe it Or Not terbitan tahun 1943.

m/s 59:.....this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China...
m/s 119: ....is a native of MALAYSIA...
m/s 121: ......the man eating clams of MALAYSIA...

=============================================================

1) Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis mendapati nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe it or not cetakan pertama tahun 1929.

Perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2) Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang..
Semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" yang juga salah seorang ahli kuat FREEMASON

3) Fakta ini dijumpai semasa cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika perasaan hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University

5) Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA (melalui agen CIA) di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA....

Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. …saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal.

Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita?
Sebenarnya, lagu ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

11) Sesuatu yang besar kemungkinan berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!

R – Tunku Abdul Rahman

A – Tun Abdul Razak

H – Tun Hussein Onn

M – Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)

A – Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)

N – Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

12) “Kerajaan telah memilih Perang Besar” (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”

(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta “tuhan” berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, “lembu suci”, “holy cow” itu adalah tuhan… cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera – Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) Antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkawan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan)..

manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1 World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh “13” (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI)..

dan apakah pentingnya nombor “7” dalam FREEMASON?

bubuh batu asas FREEMASON di Pulau Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengisyhtiharaan “kemerdekaan” negara Malaysia pada tahun 1957..
Pada 1. 7.1967, seorang Melayu Islam bernama Mustapa Bin Osman dianugerahkan gelaran Grand Master Freemason.

17) Fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..

They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

……..

KESIMPULAN

Politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON..  di facebook tulis “what are you thinking” dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet… semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Tragedi malang pesawat MH370 dan MH17 juga terbukti adalah rancangan Freemason dan barua2 British di Malaysia.

Begitu juga Peristiwa 13 Mei, Tragedi Berdarah Memali, Lahad Datu etc etc...

Sama2 kita berdoa supaya umat Islam dapat bersatu untuk bersama menentang kejahatan yang akan menimpa kita InsyaAllah.. 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=776376855744952&set=t.1045998845&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=775989999116971&set=t.1045998845&type=3&theater

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103

Wednesday, 21 August 2019

Islam dan demokrasi

ISLAM DAN DEMOKRASI

1. Islam adalah aqidah dan syariah. Aqidah pula ialah satu set kepercayaan yang terikat kukuh dalam diri seseorang yang akan memandunya bertindak bersesuaian dengan kepercayaan tersebut. Percaya kepada Allah merupakan tonggak aqidah yang mendorong diri seseorang itu mentaati segala perintah dan laranganNya. Peraturan dalam perintah dan larang ini dinamakan syariah. Aqidah dan syariah tidak boleh dipisah atau bercerai tanggal. Tujuan peraturan tersebut ialah sebagai petunjuk bagi mereka menjalani hidup agar sejahtera di dunia dan juga sejahtera di akhirat.

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ۞

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”  [Al-'An`ām : 153]

2. Demokrasi ialah satu sistem politik ciptaan manusia yang melihat kehidupan bernegara bukan daripada petunjuk Allah. Allah berfirman:

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ۞

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak menjadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya (bagi) mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).” [An Nur : 40]

Sepertimana sistem-sistem Barat yang lain, demokrasi juga berpaksi kepada akal semata-mata. Ibn khaldun menyifatkan politik yang tidak berasaskan wahyu Allah sebagai “siyasah ‘akliah” yang sentiasa berubah dan bergejolak bagi memenuhi nafsu kelompok atau pemimpin tertentu. [Muqaddimah Ibn Khaldun fasal 25] Kelemahan yang ketara dalam demokrasi ialah ia amat bergantung kepada persepsi masyarakat awam yang boleh dimanipulasi. Ini dapat dilihat daripada kenyataan bapa propaganda Edward Bernay yang mengatakan:

“Kesedaran dan kebijaksanaan dalam memanipulasi pendirian dan pandangan awam adalah elemen penting dalam masyarakat demokrasi. Mereka yang memanipulasi mekanisma tersembunyi ini, adalah kerajaan ghaib yang menjadi penguasa sebenar dalam negara kita.” [Propaganda: Bernay, ms. 9]

3. Bezanya demokrasi dengan sistem pemerintahan Islam ialah, ianya bertolak daripada falsafah bahawa kepemimpinan itu adalah amanah daripada Allah bukan anugerah atau hadiah. Maka tidak perlu diperebut kerana pelantikan adalah dari kalangan cerdik-pandai (ahlu halli wal‘aqdi) dan mereka semuanya berkongsi tanggungjawab atas tindakan pemimpin (imam) yang mereka pilih. Tindakan pula adalah melalui syura (perundingan) dan tugas mereka semua ini adalah ibadah. Ibadah dalam mentaati perintah Allah dan amanah dalam mengendali urusan rakyat. Tidak ada kelompok kepartian yang perlu bersaing seperti demokrasi.

4. Dalam sistem politik Islam, melantik pemimpin Islam (imam) yang ‘adil adalah wajib secara ijma’. Ijma’ adalah sumber hukum yang ketiga selepas al-Quran dan al-Sunnah yang disepakati oleh ahli sunnah wal jamaah. Al-Mawardi berkata:

“Kedudukan Imam adalah sebagai khalifah (pengganti) kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir dunia. ‘Aqad perlantikannya dilakukan oleh (wakil) ummah adalah wajib secara ijma’.”  [al-Ahkam al-Sulthaniah : al-Mawardi, ms.15]

Melantik pemimpin-pemimpin Islam yang bersih aqidah dan amanah terhadap Allah dan umatnya adalah satu tanggungjawab agama. Politik apa pun, ketua-ketua umat Islam mestilah mempunyai ciri-ciri ini. Al-Juwaini dalam melakar tugas pemimpin Islam berkata:

“Pemimpin (al-Imamah) adalah pengetuaan sepenuhnya, memimpin keseluruhannya (umum), berkaitan yang khusus dan umum dalam menjaga kepentingan agama (Islam) dan (hal-hal) keduniaan, memelihara kehormatan, menjaga urusan rakyat, menegakkan dakwah dengan hujah dan pedang (kuasa), mengawal daripada penyelewengan dan perpecahan, membezakan yang dizalimi dan penzalim, menyampaikan hak (daripada apa-apa kekangan) kepada mereka yang berhak.” [Ghiyas al-Umam: al-Juwaini, ms.22]

5.  Walaubagaimanapun kita sedang berada dalam sistem demokrasi yang dipaksa ke atas kita oleh penjajah. Itulah sistemnya. Namun begitu, mengenali perbezaan dan ciri-cirinya amat penting. Dengan harapan suatu ketika nanti satu demi satu unsur-unsur negatif yang menggugat maslahah syar’iah dapat dihapus dan diganti dengan yang lebih baik. Buat masa ini, kewajipan sebagai orang Islam ialah dengan menyesuaikan amalan demokrasi dengan perkara-perkara yang bertepatan dengan syarak. Elakkan permusuhan sesama Islam dan bekerjasama demi masa depan yang lebih baik untuk Islam dan umatnya. Penganut demokrasi mutlak akan meminda Islam sehingga menjadi liberal demi jawatan politik. Ini adalah sikap munafiq yang dijelaskan dalam banyak ayat al-Quran.

6. Demi langkah-langkah ke hadapan saya melihat perkara-perkara berikut perlu diberi penekanan.

Pertama, memurnikan tekad untuk terus menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar. Dari melaksanakan dakwah fardiah sehinggalah menganjur program besar-besaran. Dari seruan mengikhlaskan diri untuk agama Allah sehinggalah menjulang syariat Allah ke tempat yang tinggi. Ini sesuai dengan janji kita lima kali sehari dalam solat dengan mengatakan:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ۞

"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam." [ Al-'An`ām : 162]

Kedua, sentiasa memerhatikan bahawa langkah yang dilakukan sentiasa patuh syariah. Ini bererti bahawa kita tidak boleh mendahului syarak atau mengabaikan petunjuk syarak. Azab yang kita rasai sekarang ialah kerana orang-orang politik terlalu tamak akan kuasa sehingga memberi ruang kepada musuh Islam menguasai kita. Apakah ayat bersatu, jangan bertelingkah, atau bekerjasama baru turun semalam? Justeru, nasihat saya kepada pejuang-pejuang Islam hari ini kena ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Sentiasalah mendengar pandangan orang lain, terutamanya daripada mereka yang bukan kelompok kita. Daripada orang awam yang berpengalaman serta ulama yang tidak mahu tersohor dan meminta upah. Perhatikan makna yang tersirat daripada firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۞

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [al-Hujurat : 1]

Ketiga, hendaklah saudara jangan berhenti daripada mengadakan majlis penerangan, seminar, kelas-kelas pengajian yang menerangkan akan hukum syarak terhadap perkara tertentu. Terutamanya mengenai kenegaraan dari perspektif Islam. Usaha hendaklah dibuat bagi mematahkan hujah puak-puak liberal dan ulama jahat yang memberi gambaran buruk terhadap syarak dan Islam. Ini dilakukan dengan membanjiri media sosial dengan channel-channel baru atau post-post yang memberi penerangan, pengajaran serta pendidikan kepada masyarakat awam yang rata-rata jahil dan mudah ditipu oleh media musuh. Bahan-bahan pengajaran berbahasa Arab untuk ustaz-ustaz boleh didapati daripada internet secara percuma seperti berikut:

1. تحكيم الشريعة ودعاوى الخصوم – د. صلاح الصاوي
2. سوالات تحكيم الشريعة – د. فهد صالح العجلان
3. مقالات في السياسة الشرعية – د.سعد بن مطر العتيبي
4. الدولة والسيادة في الفقه الإسلامي – د. فتحي عبد الكريم
5. النظرية العامة لنظام الحكم في الإسلام – د. عطية عدلان
6. الانتخابات واحكامها في الفقه الإسلامي – د. فهد صالح العجلان

Keempat, jangan tinggalkan remaja dan pelajar universiti. Mereka ini terlalu rapuh dan mudah tergoda. Sedikit wang sogokan sudah tergadai segala prinsip. Islamis perlu mendekati golongan ini dengan menganjurkan program kesedaran dan latihan dakwah. Buatlah lawatan, perhimpunan, kursus-kursus dengan bayaran yang minimal. Adakan program seperti ini diseluruh negara. Jangan berebut tarik ke jemaah nanti mereka keliru. Buat demi menyedarkan mereka bahawa agama mereka sedang diancam. Begitu juga kaum-kaum lain. Buat program pengenalan kepada Islam. Cari penceramah yang biasa kerja-kerja sebegini.

Kelima, di samping kerja-kerja yang saya sebut di atas, pendakwah perlu sedar bahawa Barat dan kuncu-kuncu mereka di Malaysia amat tidak menyenangi wujudnya kumpulan yang ingin mengembalikan syariah. Itu sudah menjadi sunnah alam. Agensi-agensi luar sanggup mengeluarkan wang berjuta dollar bagi membiayai usaha-usaha membanteras kumpulan ini. Tetapi jangan terbayang membanteras itu hanya dengan cara menangkap kader-kader tersebut. Tidak. Adakalanya menawarkan jawatan, pangkat dan wang atas nama kerjasama dan sebagainya. Justeru, perlu wujud kumpulan kajian dalam organisasi masing-masing yang mengkaji trend ini. Bahan bacaan yang saya cadangkan adalah seperti berikut;

1. Current Trends in Islamist Ideology V1-23 oleh Hudson Institute
2. Civil Democratic Islam – Cheryl Benard
3. Building Moderate Muslim Networks – Angel Rabasa ed.
4. Secret Affairs – Mark Curtis
5. The Lost Hegemon – F. William Engdahl

Kebanyakan buku di atas boleh didownload daripada internet kecuali no.4 dan 5 perlu dibeli di kinokuniya.

Sekian, semoga bermanfaat.

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...