Tuesday, 19 February 2019

Bumi datar

Jika lebih 20% manusia sudah percaya bumi itu bukan sfera..

Itu sangat bagus berbanding dengan mungkin hamba seorang sahaja dan amat kesunyian dan tertekan tatkala mula menyebutnya sekitar tahun 2010 melalui forum Halaqah.net.
Dilayan bagaikan orang yang tidak waras.

Waktu tu facebook mungkin belum sampai di Malaysia lagi ataupun belum dikenali.

Kemudian usul hamba itu menebar ke Indonesia sehinggalah ia senyap beberapa tahun.  Kerana laman halaqah memang mempunyai ahli lebih 30,000 dari berbagai negara.

Sekitar 2017 usul tentang bumi itu datar atau bukan sfera semakin heboh dibincangkan sehingga wujudnya berbagai rencana, video, perbahasan dan juga pendedahan demi pendedahan yang mana hamba juga mengikuti perkembangan dan perbahasannya.

Tetapi apa yang mereka anggap atau lakarkan tidaklah sama atau menepati  walaupun ada yang mirip dengan apa yang hamba telah bahaskan pada awalnya.

Iaitu dalam konsep hamba ialah.
1. Lautan itu sama rata, sama tinggi diseluruh dunia. Iaitu air di lautan jepun sama rata dengan air di Afrika. Kerana sifat air akan terjun atau mengalir ke tempat rendah. Jika ice di Antartika mencair, seluruh lautan akan meningkat.
Umpama kapal yang mampu belayar dari timur ke barat atau mengelilingi dunia hanya dengan kuasa angin (layar).

2. Kediaman Manusia hanyalah dikelilingi oleh tembok ice antartika ibarat tebing yang mengelilingi seluruh penempatan manusia di dalam dinding langit. Manakala bumi atau Al-ard itu sangatlah besar hampir sama dengan besarnya langit dengan 7 petala bumi menyamai 7 petala langit.

3. Dalam kurungan Antartika hanyalah ibarat 1 biji mangkuk yang berada di atas satu padang bola sahaja. Bingkai mangkuk itulah tebing ice antartika yg didindingi oleh dinding penjuru langit. Diluar bingkai itu adalah berjuta kali ganda keluasan yang tak mampu ditembusi atau dijelajahi oleh manusia.

4.Bulan , matahari dan bintang hanyalah berlegar disekitar mangkuk tersebut sahaja ibarat aksesori bagi dunia manusia.

5. Bulan mengeluarkan cahayanya sendiri ibarat kunang-kunang mengikut umurnya dan ada waktunya ia gerhana .  Begitu juga dengan Matahari dan bintang.

6. Kiamat nanti seluruh cekerawala langit atau jatuh bertabrakan ke atas bumi termasuklah bulan,bintang dan matahari.

7. Seluruh manusia akan bangkit dan dikumpulkan dan ditanah inilah juga ia akan dibentangkan menjadi padang mahsyar yang sangat luas.

A-ayohmed.

FE vs globe

Isu Flat atau Sfera bukan perkara remeh.
Ia adalah masalah kiblat, masalah hari, masalah waktu, masalah kefahaman pada alqoran (aqidah) masalah solat jumaat, masalah mendewakan Matahari,
Masalah tasyabbuh, masalah berpenghulukan kuffar, masalah tattabiu millatahum, juga Masalah Ditipu bertingket-tingket berganti generasi....

Qiblat mekah adalah selari dengan Qiblat/kaabah di Baitul Makmur dilangit sejak diciptakan sampailah kiamat.
Baitul Makmur adalah bangunan yang sangat mulia, ia sejajar dengan Ka'bah di bumi. At-Thabari meriwayatkan bahwa ada seseorang yang bertanya kepada Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu tentang Baitul Makmur.

Ali Radhiyallahu 'anhu menjawab,

"Itu adalah bangunan di langit, sejajar dengan Ka'bah. Kemuliaan bangunan ini di langit sebagaimana kemuliaan Ka'bah di bumi. Setiap hari dimasuki oleh 70.000 malaikat, dan mereka tidak kembali lagi. [Tafsir at-Thabari 22/455 dan dishahihkan al-Albani].

A-ayohmed.

Hanya sedikit bumi bergoncang sudah menghancurkan binaan dan boleh mendatangkan Tsunami.. apatah lagi jika ia berpusing pada kelajuan 1670/km perjam.
Nescaya botak licinlah permukaan bumi.
Apabila kita berada terapung di atas udara selama satu jam apakah kita akan jatuh atas tanah yang sejauh 1670km.

Adapun bumi memang boleh bergoncang dan pernah terjadi Tsunami.

Jika graviti mampu menarik kekuatan lautan hindi walaupun berada di bawah Globe bumi.

Air laut tidak terjun ke negeri yang lebih dibawah walaupun kapal boleh hanyut atau belayar ke semua lautan.

Walau di pelusuk negara mana pun kita berada kita dapat melihat bintang yang sama di langit. Begitu juga dengan pelayar yang berada dibawah globe bumi.

Gambaran bumi kononnya selalu dalam bentuk cerah atau siang dalam keadaan setiap negara sepatutnya menerima cahaya siang dan malam yang berbeza.

Muka bumi kebanyakannya diselimuti oleh awan tebal sehinggakan apabila kita di atas kapal terbang yang tinggi hanya melihat awan jauh dibawah sehinggalah ia semakin tidak nampak dengan mata kasar lagi.  Apatah lagi untuk melihat bentuk muka bumi.

Itu hanyalah renungan mudah bagi akal sebelum kita akur kepada matan-matan agama kita termasuk.

Kaabah di mekah adalah sentiasa berselari dengan Kaabah Baitul Makmur dilangit.

Serta beratus-ratus lagi penjelasan Agama kita sebelum kita terpaksa akur dan mengubah takwil agama angkara kita kalah apabila kononnya USA audah menjejaki kaki ke Bulan dan telah melihat langsung bentuk muka bumi.

Sehinggalah apabila kantoinya agenda mereka bahawa operasi ke bulan itu hanya lakonan dan tipuan semata-mata. Maka kita mula kembali kepada agama kita dan kepada akal kita yang waras.

A-ayohmed.

Saturday, 2 February 2019

Majaz

Majaz dalam hadis.
Apa maksud segunung roti yang dibawa Dajjal.
Keluar dari mulut ibubapa: "Nak, belajarlah betul-betul, tinggi-tinggi, boleh dapat kerja yang bagus,  dapat beli apa sahaja yang kamu hendak, rumah, kereta, pakaian dan sebagainya.. "
Salah satu maksud segunung roti di sini ialah punca rezeki, lihatlah bagaimana mana manusia dilalaikan oleh kehendaknya kepada kebendaan dan material, lepas satu-satu yang mereka kejar dan tidak ada penghujungnya.
Akhirnya matlamat belajar yang sebenarnya untuk mengenal Allah dilupakan bahkan, mereka terpesung untuk mengejar dunia semata-mata...
Zuljapimkkb 3 feb 19.

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...