MITOS PG dan KERJA GILER
1. Aku mula menulis blog 'drotspss.blogspot.com' sekitar 2010 sehingga telah dibaca lebih 3 juta kali. Blog ini pernah memenangi anugerah suatu ketika dulu. Aku tengok blog ini telah dibaca sebanyak 3,594,202 !
2. Mulai status pertama, aku telah menggunakan nama singkatan OT. Aku tidak mahu menulis kerana aku ada ‘Dr’ dihadapan nama aku. Ini mengingatkan aku kepada satu notis sebuah masjid di sebuah daerah, yang ditulis ‘Muadzin – Prof. Madya. Dr. X’. Tak kena tempat, sampai ke muadzin pun nak letak pangkat.
3. Aku banyak menulis tentang ‘Research Gap’. Gap yang dikenali sebagai kelompongan dipaparkan dgn perkataan spt ‘tidak banyak kajian lepas dilakukan / tidak ada kajian lepas mengkaji…. ‘ dan ayat2 yang sewaktu dgnnya, lalu ‘kelompongan’ ini TERTUMPU kepada mencari sesuatu ‘yang kurang’ supaya kajian kelihatan ada sumbangan / nobel dll. Ini adalah sesuatu yang pasif, kerana tidak semestinya ‘yang kurang’ itu satu keperluan untuk dikaji atau sesuatu yang baru utk dikaji. Membuat SLR misalnya bukan utk buktikan ‘kelompongan’ ini tetapi utk mulakan kajian ‘what else need to be done ?’.
4. Proposal mesti tebal juga satu mitos. Dah namanya proposal, ia mestilah nipis. Tujuan nya utk mengetahui perkara2 asas sahaja supaya proposal tersebut researchable, ada teori, ada isu dan ada contribution. Malah universiti ternamapun tidak menagih proposal dgn Chapter 1,2,3 ini dgn segala tok nenek pendetailan formatnya. Kadang2 sedih, PG yang full timer pun ada yang sampai 4, 5 semester dok betulkan proposal tak abis2.. satu penyeliaan yang LEMAH.
5. Juga tentang format tesis yang sangat rigid hingga ke titisan ukuran mm terakhir. Apa benda ni ? Kalau pengukuran dalam kajian yang dibuat pun ada ralat yang acceptable, takkan ukuran format tesis berbeza beberapa mm sampai nak kena print semua - satu pembaziran dan kerja giler.
6. Jika dahulu, kajian PG jer mesti kuantitif wpun kajian sosial sains. Kajian kualitatif dianggap ‘kelas kedua’, renyah, ‘sesiapapun boleh buat’ dan tak boleh digeneralisasikan. Semua ini mitos yang dah aku kupas panjang dan kini kajian kualitatif mendapat tempat yang wajar..
7. Satu lagi yang aku sering tulis adalah program PhD dan EdD. Ada yang kata EdD adalah ’coursework’ maka tak layak dapat HLP. Adoi… pilah tengok kursus kat US tu… berlambak coursework berbanding dgn research wpun PhD. Guru dalam banyak perkara perlukan EdD yang lebih praktikal, bukan PhD atas sebab2 yang aku juga dah kupas panjang. Alhamdulillah, bila dah bising2.. EdD telahpun ditawarkan HLP.
8. Begitu juga dgn aturan pengarang. Mana boleh SV jadi pengarang pertama kepada kajian PG. Malah ada universiti yang syaratkan PG tulis 2 artikel, satu mesti SV jadi pengarang pertama. Dalam aturan ini, prinsipnya mudah, kalau nak jadi pengarang pertama, tulislah sendiri artikel tersebut kerana itu lah contribution paling besar, bukan hanya selak sikit sana sini, minta nak jadi pengarang pertama !
9. Aku juga cadangkan tesis lebih baik dijadikan buku dgn ISBN sebagamana di Eropah, banyak kelebihannya. Tesis / buku tersebut adalah hak milik PG dgn SV sebagai Co-Author (kecuali jika melibatkan geran penuh). Penyeliaan adalah tugas hakiki pensyarah, dan telah dibayar gaji utk tujuan tersebut. Yang penting buku tersebut ada salinan di librari soft dan hardcopy utk dirujuk.
10. Banyak lagi isu spt ‘boncengan gratis’, mengambil data PG sebagai data sendiri, melantik PG sebagai RA tetapi semua kerja RA yang buat dll..
Nota: Dah byk air mata PG tertumpah dihadapan aku dgn isu-isu di atas..
OT, Rembau
No comments:
Post a Comment