Thursday, 30 June 2022

Sejarah IPGKKB

SEJARAH PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU

Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) telah dibina di Pengkalan Chepa, Kota Bharu  bagi menggantikan dua buah maktab perguruan sementara di Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England. Kerja-kerja pembinaannya dimulakan pada tahun 1952 dan siap sepenuhnya pada tahun 1954.

Pada mulanya Institut tersebut bernama Malay Teacher Training College (MTTC) tetapi pada tahun 1957 ia ditukar kepada Kota Bharu Training College (KBTC). Seramai 12 orang pensyarah telah didatangkan dari Kirby kecuali pensyarah Bahasa Melayu. Mr. Robert Williams tiba di Maktab pada 29 Jun 1954 dan telah dilantik sebagai Pengetua pertama IPGKKB. Sebelum ini institut telah diuruskan oleh Mr. Cottier yang dilantik sebagai Pemangku Pengetua.

Pengambilan pertama guru pelatih seramai 150 orang (62 lelaki dan 90 perempuan) telah dibuat pada 24 Ogos 1954 dan IPGKKB telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi Mr. Donald McGillivray pada 11 Oktober 1954. Upacara yang bersejarah itu telah dihadiri oleh Pembesar Negeri, di antaranya adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan, Penasihat British, Menteri Besar, Timbalan Pengarah Pelajaran Persekutuan, Jurutera Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pegawai Daerah.

Dalam jangkamasa 56 tahun (1954-2010), IPGKKB telah dan melahirkan guru-guru bekas pelatih dari pelbagai program pengajian pendidikan:

Antara tahun 1954 hingga 1957, IPGKKB telah melatih guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus Pendidikan, Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Kerjatangan, Geografi, Sejarah, Ilmu Hisab, Sains, Muzik dan Sains Rumah Tangga.

Pada tahun 1957 hingga 1970, IPGKKB telah memulakan latihan guru sekolah rendah. Pada tahun 1963, IPGKKB telah menerima pelaja-pelajar dari Brunei dan Singapura.

Daripada tahun 1971 hingga 1975, Institut telah menawarkan kursus Bahasa Melayu kepada guru di Sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris/IPSI bagi lelaki dan Maktab Perguruan Melayu Melaka bagi perempuan. Pada masa yang sama KBTC telah melatih guru bukan Melayu yang mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan di Sekolah Rakyat. Kursus guru rakyat ini tamat pada tahun 1975 dan sehingga tarikh itu Institut telah bejaya melatih lebih dari 1000 orang guru rakyat.

Antara tahun 1975 hingga 1986, IPGKKB telah melatih kedua-dua guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Kursus ini mengambil masa selama 2 tahun. Pada 1979, Institut telah menawarkan kursus dalam cuti guru sementara selama 3 tahun dan berakhir pada Disember 1981.

Seterusnya pada tahun 1984 hingga 1990, Institut ini telah menandatangani Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh Negara. Pada 1990-1991, Institut menerima pelajar KDC Kemahiran Hidup.

Bermula tahun 1985 hingga 1991 IPGKKB mengendalikan KDC Pendidikn Pemulihan yang setiap program mengambil masa 7 minggu.

Mulai 1989 IPGKKB diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan Ekonomi.

Daripada tahun 1989 hingga 1993 IPGKKB mengendalikan Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme (KPKP) kepada guru BI yang terkeluar dari perkhidmatan berikutan terlaksananya Sistem Saran Baru (SSB). Selama 3 bulan mereka akan dipertimbangkan ke gred C8.

Mulai tahun 1991 IPGKKB mengendalikan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru terlatih dalam 2 semester.

Pada tahun 1992 pula, Institut mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) pengambilan dua kali setahun lima semester di mana Pengkhususan Muzik, Matematik dan Sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus sedia ada. Pada 19 Jun 1994 kumpulan pertama seramai 318 orang pelatih ditempatkan ke seluruh negara kerana menjalani praktikum penempatan terus ke sekolah.

Mulai Julai 1996 IPGKKB mengendalikan KursusDiploma Perguruan Malaysia (KDPM), kursus dalam perkhidmatan satu tahun bagi guru-guru terlatih dengan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Pendidikan Pemulihan, Pendidikan Matematik Sekolah Rendah dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) Pendidikan Matematik Sekolah Rendah, Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah diperkenalkan mulai Julai 1996.

Kursus Dalam Cuti (KDP/KDC) Pendidikan Komputer diperkenalkan pada 1996. 

Menjelang tahun 2000 sehingga kini, IPGKKB mengendalikan kursus seperti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), KPLI, KDC, PLPS, j-QAF, KDP dan lain-lain disamping program berkala seperti Bina Insan Guru (BIG), Sekolah Angkat IPGKKB, Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Kelas Intervensi Awal (KIA) dan program Persiangan-Salinatan, Sekolah Rintis dan sebagainya.

Kini IPGKKB hampir ke penghujung usia dan dijangka akan ditukarkan fungsinya kepada KV/TVet pada tahun 2020 setelah tamatnya kursus PISMP Dis 2019, Maka berkuburlah MPKB-IPGKKB dan akan dikenang dalam lipatan sejarahnya yang banyak berjasa & menyumbangkan bakti kepada guru-guru di seluruh negara. 
#nostalgiampkbpgkkb
#hilangmutiadaganti

Monday, 27 June 2022

Dr Maza ulasan debat capaliuun

𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇 𝐂𝐔𝐁𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈

1. Saya hadir menyaksikan debat tentang tuduhan sesat ke atas S. Nazim al-Haqqani. Saya tidak mahu memutuskan secara rasmi kedudukan tarekat itu sehingga mesyuarat rasmi Fatwa Perlis nanti. Saya hanya ingin mengulas di sudut kaedah penghujahan. Mohon maaf, ini kerana, saya melihat cara penghujahan yang ganjil. Penghujahan yang jika diterima, tiada atau hampir tiada kes di dunia ini yang boleh disabitkan. Ini kerana pihak tertuduh menjadi penentu dalam menerima atau menolak bukti kesalahan yang dia lakukan.

2. Jika sesuatu ajaran sesat tidak membenarkan kita membuktikan kesesatannya melainkan dari sumber yang dia setuju sahaja, maka tiada ajaran sesat yang dapat dihukum sesat. Pastinya mereka tidak akan memilih bukti yang mengesahkan kesesatan mereka. Bayangkan, jika ajaran sesat seperti Ayah Pin yang disaksikan oleh kesesatannya oleh khalayak pengikutnya yang ramai. Mereka bersepakat mengakui perkara-perkara yang dia ajar mereka. Ada pula bukti tulisan dan rakaman. Apabila kita hendak memutuskan ia sesat, tiba-tiba pihak Ayah Pin memberitahu bahawa semua bukti itu tidak boleh diterima pakai melainkan percakapan atau kenyataan orang yang dia dilantik sebagai wakilnya sahaja. Jika selain dari orang yang dia lantik, pembuktian mereka tidak diterima. Padahal ajaran sesat itu telah disaksikan oleh mereka yang dia lantik dan mereka yang tidak dia lantik.

3. Jika kita menerima hujah itu, maka benar-benar membodohkan akal, atau terbabas dalam memahami kaedah-kaedah dalam penghujahan. Dalam kes menuduh sesuatu ajaran itu sebagai sesat, bererti ajaran itu berada di kandang tertuduh. Kita mendatangkan bukti-bukti yang mengukuhkan tuduhan. Selagi bukti itu kukuh atau ada sandaran yang diterima dari segi pembuktian, maka ia dibawa sebagai hujah dalam pertuduhan. Tidak semestinya bukti itu disetujui oleh tertuduh untuk dijadikan bukti. Sudah pasti tertuduh tidak mahu bukti yang membenarkan tuduhan terhadapnya. Jika dia diberikan ruang untuk memilih bukti tuduhan terhadapnya, pasti dia memilih bukti yang menunjukkan dia tidak bersalah.

4. Adapun untuk menentukan siapakah wakil yang sah bagi seseorang, itu dalam ruang yang dia ada hak seperti perkara-perkara di bawah kendali atau miliknya. Demikian juga dia berhak menentukan siapakah yang boleh meriwayatkan daripadanya, jika itu satu periwayatan. Namun, jika dia berdusta dalam periwayatan, ada saksi menunjukkan dia dusta, maka samada dia setuju saksi menjadi perawinya atau tidak, tuduhan dusta ke atasnya boleh dibuat walaupun oleh orang yang dia tidak setuju sebagai muridnya atau rawinya. Jika tidak, tiada rawi pendusta yang boleh dituduh dalam ilmu 𝑎𝑙-𝐽𝑎𝑟ℎ 𝑤𝑎 𝑎𝑙-𝑇𝑎’𝑑𝑖𝑙 (menghukum perawi yang ditolak dan diterima). Rawi-rawi dusta dituduh dusta berdasar apa yang orang lain dengar dia sebut, sekalipun dia tidak suka mereka dengar.

5. Di sini kita faham kenapa tokoh usul Mazhab Malik al-Imam al-Qarafi (meninggal 684H) dalam kitabnya yang terkenal 𝑎𝑙-𝐹𝑢𝑟𝑢𝑞 الفروق  menyatakan betapa selama lapan tahun dia mengkaji perbezaan antara al-Riwayah (periwayatan) dengan al-Syahadah (penyaksian). Sehingga beliau menjadikan itu bab pertama bagi kitab tersebut. Walaupun beliau membahaskan hal-hal yang berkaitan syarat dan seumpamanya, tetapi yang penting dua perkara ini hendaklah dibezakan dalam pemahaman kita ketika menilai isu-isu atau perkara-perkara yang berlaku.

6. Ungkapan al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 26 tentang bukti yang datang dari pihak tertuduh sendiri telah digunapakai dalam masyarakat muslim sejak dahulu iaitu وشهِدَ شاهِدٌ مِنْ أهلِها (telah bersaksi seorang saksi daripada keluarganya sendiri). Ungkapan ini merujuk kepada kes di mana keluarga, atau teman rapat, atau pengikut setia sendiri menjadi saksi dengan bukti atau hujah yang bercanggah dengan kepentingan diri orang tersebut. Dengan sebutan ungkapan itu dalam al-Quran, ia menjadi hujah bahawa penyaksian pihak yang rapat dengan seseorang yang menyanggahi kepentingannya, merupakan antara hujah yang kuat. Ini kerana mereka bukan pihak musuh, pastinya kejujuran mereka lebih tinggi.

7. Apabila guru tarekat seperti S. Nazim Haqqani mengajar ajarannya, maka dalam tempoh tersebut banyak anak muridnya. Mereka semua menjadi saksi atas ajarannya. Apatahlagi mereka itu masih setia dan bukan musuhnya. Apabila mereka bersepakat memberitahu hal yang sama apa yang dibuat atau diajar oleh guru mereka itu, maka itu antara bukti kukuh tentang ajarannya. Jika ada seorang yang hanya mendiamkan diri atau tidak memberitahu hal berkaitan, itu tidaklah membatalkan apa yang majoriti menjadi saksi tentang hal tersebut. Bahkan, jika ada seorang murid memberitahu apa yang berbeza dari majoriti sedangkan semua mereka dipercayai maka yang seorang itu dinilai 𝑠𝑦𝑎𝑧 (pelik) dari segi ilmu riwayat. Jika dia pada status daif maka dia 𝑚𝑢𝑛𝑘𝑎𝑟 dalam istilah kebanyakan ahli mustalah hadis khususnya yang mutaakhir.

8. Tidaklah boleh untuk seseorang berhujah hanya anak murid seorang ini sahaja boleh jadi saksi atau bukti. Ini penghujahan yang pelik. Jika dia berkata, hanya murid itu sahaja wakil sah syeikh mereka dalam berurusan atau mengambil tarekat, maka itu boleh diterima. Dalam kes tuduhan terhadap S. Nazim al-Haqqani, ini bukan kes mahu ambil sanad, atau tarekat atau wakil nikah atau harta. Ini kes tuduhan berdasarkan bukti-bukti yang diterima. Ini penyaksian kes, bukan periwayatan sanad atau perwakilan yang dilantik! Maka, mana-mana murid yang dipercayai atau kesepakatan penyaksian murid yang ramai lebih kuat dari seorang murid, sekalipun yang seorang itu murid kesayangan yang dilantik. Di sini penting memahami dan membezakan ilmu riwayat dan syahadat (penyaksian).

Sunday, 26 June 2022

PCR bertambah

Setahun lagi bertambah kenangan
setahun lagi bakul ingatan
semakin ringan

Setahun lagi cemas menghambat
jarak hayat mendekat
yang diharap lewat, melompat
yang diharap dapat, tiada isyarat

Bertambah juga penangguhan
bertambah lagi yang tidak menjadi
rugi menjana ngeri

Bertambah juga kesalahan
tahun-tahun sebelumnya pun
belum ada pembetulan
selebat alasan

namun alhamdulilah
aku masih pohon renta itu
berdaun satu...

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...