Saturday, 26 June 2021

Puisi Cikgu Ramlan umur 70

 

(Alhamdulillah, pada 27/6/2021 ini genaplah setahun lagi usia saya bertambah, dan genap setahun juga hayat saya berkurangan. Maka pada tarikh yang bermakna ini, hamba Mu ini memohon Ya Allah, limpahilah bukan sahaja hamba Mu ini, tetapi juga rakan-rakan dan taulan, kenalan dan sanak warisan, akan rahmat dan kasih sayang Mu; anugerahilah kami kesejahteraan dan keselamatan yang berkekalan; kurniailah kami kesihatan yang cemerlang; hadiahilah kami kehidupan yang gemilang; dan cucurilah kami keampunan; peruntukkanlah buat kami syurga Mu yang bergemerlapan. Ya Allah, kami ini lemah; Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami; Ya Allah, kami bersalah dan berdosa; sesungguhnya tiada yang akan mengampuni dan menolong kami selain kau Ya Allah, Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.)
TUJUH PULUHAN SUDAH
aku tidak tahu
bagaimana sakitnya ibu ku melahirkan
tetapi diberitahu
aku menangis tersedu-sedu
entah apalah maknanya
hanya tahun demi tahun
banyak amanah jadi batu di bahu
banyak memori jadi pasir di mata
banyak harapan jadi duri di hati
banyak yang dicari menjadi mimpi
tujuh puluhan sudah
sedu sedan itu berlinangan di kalbu
alhamdulillah, kerananyanya tubuh ku segah
melawan kemarau
cintaku basah di ladang gersang
tujuh puluhan sudah
sedu sedan itu bertakung di jantung
alhamdulillah, berulang-ulang fitrah dikincah
jernih sejuta amarah
dan terbasuh segala angkuh
tujuh puluhan sudah
alhamdulillah, masih ada sehelai sejadah
selembar pasrah
SEKUJUR TUJUH PULUHAN
(mengingati kawan-kawan yang seusia tujuh puluhan)
kalau tujuh puluhan ini jumlah ruas tulang
yang kita bawa datang
maka kita bukan manusia sejak mula
tetapi marga yang tiada anggota
tiada rupa
lalu biarlah tujuh puluhan kita ini
sekadar bilangan zikir di bibir
setiap hari mengucapkan syukur
dari hati
syukur kerana dilahirkan
dengan dua ratus tujuh puluh ruas kesempurnaan
yang menjadi dua ratus enam ruas kedewasaan
untuk berfungsi sebagai insan
untuk berbakti kepada Tuhan
dan syukurlah ruas-ruas ini saling bersendi
menganugerahi sejuta ragam pergerakan
yang kini kerapkali mengingatkan
kita telah hampir ke penghabisan
REZEKI TUJUH PULUHAN
dengan jumlah tujuh puluhan
bermakna telah ada lebih dua set
yang boleh ditukar ganti
tetapi realitinya bukan semudah transaksi
menjual gigi
yang pasti, daripada tiga puluh dua
tinggal hanya lima
tidak sekata di kiri dan kanan
tiada yang mulus di atas
di bawah berjarak-jarak rongak
maka yang kenyal tak lumat
yang liat tak tersiat
yang keras perlu ditumbuk-tumbuk
tiada lagi ulama-ulaman segala pucuk
namun alhamdulillah
ada lebih tujuh puluhan
hidangan sop dan resepi lembut
rezeki tetap ada
pada bubur syukur.

Sunday, 20 June 2021

Hasad kaum yahudi

Ittaqillah pembuat dasar solat jarak..

*HASADNYA YAHUDI TERHADAP SHOF MUSLIMIN*

إن اليهودَ قد سئِموا دينَهم ، وهم قومٌ حُسَّدٌ ، ولم يحسُدوا المسلِمينَ على أفضلَ من ثلاثٍ ردِّ السَّلامِ ، وإقامةِ الصُّفوفِ ، وقولِهِم خَلفَ إمامِهِم في المكتوبةِ آمينَ

“Sesungguhnya Yahudi sudah putus asa dengan agama mereka. Dan mereka adalah kaum yang hasad, dan mereka sangat hasad kepada kaum muslimin terutamanya tentang tiga perkara: menjawab salam, menjaga (merapatkan dan meluruskan) saf dan ucapan "Aamiin" kaum muslimin di belakang imam mereka ketika solat"
(Al Targhib Wat Tarhib 1/832)

https://t.me/adhwaassunnah/32

U have to explain why they can do what ever they want and we have to obey them?

Tuesday, 15 June 2021

Dr Stanley vaksin

Sekadar untuk disemak.

??

Dr. Stanley Plotkin mengaku telah membunuh 76 janin bayi normal yang sengaja digugurkan untuk membuat vaksin, dipercayai diambil dari hospital psikiatri...(rujuk minit ke 17:28:26)

https://youtu.be/_Ua4XDuWo9I

Juga mengaku menjadikan kanak-kanak yatim, terencat akal dan tawanan penjara untuk membuat eksperimen vaksin, serta menguji vaksin kepada 1 juta manusia di sebuah negara Afrika di Congo...(minit akhir video) 

https://youtu.be/yevV_slu7Dw

Video penuh soal siasat oleh pendakwaraya selama 9 jam terhadap kes saman terhadap Dr. Stanley Plotkin pada hari pertama...(rujuk artikel) 

https://youtu.be/DFTsd042M3o

Video soal siasat pada hari kedua... 

https://youtu.be/o06qJA0kjww

Video soal siasat pada hari ketiga... 

https://youtu.be/bJ_2yooGoH0

Biodata penuh Stanley Plotkin dalam laman Wikipedia... 

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Stanley_Plotkin

Keterangan seorang wanita selepas mengambil vaksin AstraZeneca dan mengalami sindrom Bell's Palsy... 

https://chute.rocks/5CM0jCZgWCjt

Video seorang kanak-kanak yang sedang mengalami kekejangan kronik, selepas mengambil vaksin mRNA... 

https://chute.rocks/CWEe39KN2D0i

Penerangan seorang doktor perubatan dari U.K, yang telah membuat kajian mengenai kepalsuan virus Covid-19... 

https://chute.rocks/sgFALLzNb3US

Bukti hasil kajian di laman Wikipedia tentang punca pandemik Spanish Flu... 

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Spanish_flu_research

Hasil kajian dari sebuah laman web mengenai sejarah vaksinisasi, membongkarkan tentang asal usul pandemik Spanish Flu... 

https://www.historyofvaccines.org/content/blog/vaccine-development-spanish-flu

Stanley Plotkin ni lahir pada 1932, berumur lebih dari 90 tahun pada tahun 2021. Berpengalaman selama lebih 60 tahun dalam bidang virologi, bermula pada tahun 1956 sebagai doktor pelatih atau "internship" di hospital kerajaan. 

Dilahirkan dalam keluarga Yahudi, dimana ibu bapanya beragama Yahudi, berhijrah dari England ke New York, Amerika. 

Tamat sekolah sains pada tahun 1948, mendapat ijazah kedoktoran pada 1952, manakala lulus MD atau Medical Doctor pada tahun 1956. 

Beliau bertanggungjawab membina vaksin Rubella sekitar 1960an di Amerika, bersama Wistar Institute of Philadelphia. 

Pada Januari 2018, beliau telah disaman oleh sekumpulan ibu bapa dari Voices of Vaccines, iaitu kumpulan yang menyokong vaksinisasi. 

Beliau kemudiannya disapina oleh mahkamah di New York, dan disoal siasat selama 9 jam, disaksikan oleh beberapa peguam dan wakil kerajaan Amerika. 

Dalam soal siasat tersebut, beliau didapati gagal mengisytiharkan keterlibatan beliau di dalam beberapa syarikat vaksin terbesar, termasuk dari syarikat vaksin Pfizer, sebagai ahli lembaga pengarah, di dalam CV yang diberi kepada mahkamah. 

Beliau juga mengaku telah menerima lebih dari 4 juta USD dari semua syarikat farmaseutikal, yang terlibat dalam menghasilkan vaksin, bermula tahun 2000. Pembayaran dilakukan melalui satu jawatankuasa.

Pada minit yang ke 10.30, mengikut waktu dalam video tersebut, penyoal telah mula menanyakan soalan berkenaan vaksin, dan minit yang ke 11.14 pula mula disoal mengenai bakteria. 

Beliau mengaku bahawa DNA setiap manusia adalah 99.99% sama, manakala DNA manusia dan chimpanzee pula adalah 99.90% sama. 

Beliau juga mengaku bahawa syarikat pengeluar vaksin, tidak boleh disaman, jika vaksin tersebut didapati tidak selamat. 

Pada minit yang ke 11.45, beliau mula disoal mengenai kesan vaksinisasi kepada badan manusia, dan juga mengaku virus dalam vaksin sebenarmya tiada apa-apa fungsi selain membuat kerosakan. 

Beliau mengaku bahawa vaksin DTP, iaitu vaksin untuk mencegah penyakit difteria, batuk kering dan tetanus, telah ditarik balik dari pasaran di Amerika, akibat komplikasi buruk.

Pada minit ke 12.40, beliau disoal mengenai dua jenis vaksin, berkenaan tahap keselamatan, dimana vaksin tersebut hanya diuji selama 5 hari, malah ada yang hanya beberapa jam.

Sunday, 13 June 2021

GC Azhar

Anda dikehendaki melengkapkan tugasan berikut disamping mendapatkan bimbingan dari Rakan ELIT sekolah masing-masing. Setiap sekolah menghantar satu tugasan (bukan secara individu).

Tugasan yang telah disempurnakan hendaklah dihantar dan dikongsikan bersama Rakan ELIT sama ada melalui Google Classroom atau mana-mana platform yang sesuai sebelum atau pada:

Tugasan boleh dimuat naik Melalui Google Drive sepertimana panduan berikut:


1. buka GC ..
2. klik pada Classwork
3. Scroll ke bawah dah klik pada UPLOAD TOOLKIT / TUGASAN 
4. klik pada Google Drive UPLOAD TOOLKIT / TUGASAN 2021
5. Cari Folder Sekolah dan Klik 
6. Drop File ATAU klik pada +New ...dan klik file upload
Terima Kasih

Saturday, 12 June 2021

Puisi cg ramlan kepada yang di puncak

KEPADA YANG DI PUNCAK

kerana kami di bawah
kami perlu mendongak
persis seluang kehabisan udara
untuk melihat anda di puncak
menghulurkan cinta

memang semuanya nampak besar
dan tinggi sekali
sampai berjengket-jengket kaki

lalu kami selalu teruja
untuk sama mendaki
tetapi anda telah membuang semua tangga
sementara kami bukan anda
ada pesawat untuk berangkat

kini kami lebih kerap melihat burung
sambil memipiskan lada

Friday, 11 June 2021

my sejahtera

Perkongsian fb Redhuan D. Oon

Kopipes, sila semak kesahihan sumber.:

*SALAM SEMUA, INILAH MASALAH BESAR NEGARA INI, TIDAK ADA SEORANG PEMIMPIN MELAYU PUN YANG TERFIKIR TENTANG PENTINGNYA PENGKALAN DATA DAN BAHAYANYA.*

*DULU HEBOH PIHAK SINGAPORE DAPAT DATA PEMIMPIN NEGARA MELALUI PEMBELIAN SYER* *DALAM HOSPITAL* *TERNAMA DINEGARA.*
*SEKARANG MYSEJAHTERA PULAK..INILAH PENYAKITNYA KALAU BIROKRASI SUDAH MENJADI KANSER DALAM PENTADBIRAN NEGARA*

*SIAPAKAH TOWKAY MYSEJAHTERA?*

Baru-baru ini terbongkar bahawa aplikasi MySejahtera dibangunkan dengan kos RM70 juta, walhal ada anggaran bahawa ianya boleh dibuat dengan harga RM6000 sahaja. Apps ini telah dibangunkan oleh KPIsoft Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat asing. Kerajaan Malaysia pula menafikan perkara ini dengan alasan bahawa syarikat ini adalah syarikat Malaysia yang dimiliki oleh warganegara Malaysia sejak tahun 2010.

1. KPISoft Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia sejak 2010. Benar apa yang dikatakan Kerajaan Malaysia. Tetapi apa yang tidak diberitahu adalah KPISoft Sdn Bhd merupakan ANAK SYARIKAT THE REAL KPISOFT YANG BERPENGKALAN DI AMERIKA SYARIKAT.

2. The real KPISoft diasaskan pada tahun 2008 oleh seorang warganegara Singapura yang bernama Dr. Finian Tan.

3. Dr. Finian Tan adalah warganegara Singapura yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura sebelum memulakan kerjaya dalam bidang big data dan ICT.

4. Pada tahun 2008, Dr. Finian telah membangunkan KPISoft sebelum membawa KPISoft ke peringkat antarabangsa. Ibu pejabat KPISoft kini terletak di Houston Texas, Amerika Syarikat.

5. Selepas berjaya di peringkat antarabangsa barulah KPISoft cuba tembus pasaran Malaysia dengan mendaftarkan KPISoft Sdn Bhd di Malaysia.

6. Melalui dua orang Cina Ali Baba warganegara Malaysia, the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mendaftarkan KPISoft Sdn Bhd pada tahun 2010.

7. Ini seperti lah mana-mana syarikat asing yang ingin menembus pasaran Malaysia, ibu syarikat asal itu akan mendaftarkan sebuah syarikat tempatan di Malaysia. Macam Honda asalnya Jepun, tetapi Honda Malaysia didaftarkan di Malaysia apabila Honda nak masuk Malaysia. Macam TESCO asalnya United Kingdom sejak tahun 1919, tetapi TESCO Malaysia didaftarkan di Malaysia apabila TESCO nak masuk Malaysia. Honda atau TESCO tidak menjadi milik anak Malaysia semata-mata kerana mereka ada Ali Baba di Malaysia. 

8. Meskipun saham majoriti KPISoft Sdn Bhd dimiliki dua warganegara Malaysia, ini tidak menjaminkan data yang diambil, direkod dan sebagainya tidak dikongsi bersama ibu syarikat KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ini bermakna, ianya bukan mustahil data dan butiran berpuluh juta rakyat Malaysia boleh diakses oleh the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat kerana mereka masih syarikat yang sama.

9. Begitulah fakta asal usul KPISoft yang membangunkan MySejahtera. Kononnyalah KPISoft Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia. Hakikatnya KPISoft Sdn Bhd adalah Ali Baba kepada the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh warganegara Singapura.

Rujukan sila baca di sini:

1. Biodata pengasas KPISoft: Dr. Finian Tan
https://www.vickersventure.com/dr-finian-tan/

https://ms.wikiqube.net/wiki/Finian_Tan

https://www.asiatechdaily.com/dr-finian-tan-vickers-venture/

2. Ibupejabat KPISoft di Amerika Syarikat:
https://www.kpisoft.com/about/about-us/

https://pitchbook.com/profiles/company/136627-48#overview

3. Tahun the real KPISoft diasaskan: Tahun 2008
https://www.crunchbase.com/organization/kpisoft-inc

https://www.leadersedge.com/brokerage-ops/ai-insights

Pautan perkongsian:
https://www.facebook.com/1387698801/posts/10227015167990298/

Laporan berkaitan:
https://malaysiadateline.com/pembekal-aplikasi-mysejahtera-syarikat-amerika-milik-rakyat-singapura/

https://bm.soyacincau.com/2020/07/02/nef-mysejahtera-dibangunkan-syarikat-amerika-kpisoft-mkn-bidas/

https://www.malaymail.com/news/money/2017/10/10/cash-pouring-into-singapores-biggest-private-venture-fund/1483875#kfqtiHXkEO2PMbC6.99

Gambar 1:
https://twitter.com/LaiKH5/status/1398183173230452736?s=20

Gambar 2:
https://www.owler.com/company/kpisoft

Saturday, 5 June 2021

Terumbu layang layang

DR MAHATHIR VS TLL
Sejarah tidak pernah menipu sesiapa sbb sejarah itu tidak punya kepentingan apa2 dan utk siapa2, nak nafikan jasa NEGARAWAN ULUNG TUN MAHATHIR MOHAMAD terhadap negara malaysia yg didalamnya ada 32 juta jiwa utk diangkat sebagai bangsa yg bermaruah suatu hari nnt, itu hak masing2. 

TERUMBU LAYANG LAYANG. 
Setelah meletusnya konflik ketenteraan antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya.

Vietnam pula bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya. 

Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.

Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan. 

Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani. 

Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.

Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly. 

Melalui keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.

Antaranya ialah Terumbu Layang-Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang-Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983. 

Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.

Dan berikut catatan anggota tentera yang terlibat dalam operasi berkenaan.

1. Awal tahun 80an dahulu belum ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

3. Maka ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.

4. Kumpulan pertama seramai 11 anggota mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. 

5. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar. 

6. Jadi, khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan membasahi pakaian dan peralatan yang ada di dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

7. Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak. 

8. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya.

9. Memancing merupakan hobi untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.

10. Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari.

12. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. 

13. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu! 

14. Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan. 

15. Pada musim Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari. 

16. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!

17. Kumpulan ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri.

18. Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77. Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.

19. Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat helikopter Nuri TUDM.

20. Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

21. Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.

22. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

23. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

24. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

25. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.

26. Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

27. Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.

28. Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.

29. Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.

30. Akhirnya stesyen LIMA berdiri megah.

Begitulah kisah ATM mengambil pulau terumbu sekangkang kera ini bagi menghalang Vietnam, Filipina dan China masuk campur.

Kemudian kerajaan Malaysia bawah kepimpinan berani Tun Dr Mahahtir menambak terumbu ini, menggunakan tanah yang diangkut dari tumpah darah kita, dari Sabah, sehingga Layang Layang kini berkali ganda saiz asalnya, menempatkan markas tentera, pangkalan TLDM, sebuat resort, sebuah landasan terbang yang mampu daratkan pesawat Hercules C130 dan pesawat tempur.

Kini Pulau Layang Layang adalah kubu pertahanan utama kita di Laut China Selatan, mengawas laut ZEE. 

Layang Layang wujud ketika China menuntut seluruh Laut China Selatan hingga ke pesisir Sabah dan Sarawak.
:
Credit Ali Qaseh

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...