Emas Kalis Inflasi
Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Kini Greece( 2015)
Next Negara Mana yang bakal menjadi mangsa ???
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”
Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Tahun 2005 dengan RM1 anda boleh beli 5 Biji Kuih
Tahun 2010 dengan RM1 and boleh beli 3 Biji Kuih Sahaja
Tahun 2015 ??? 4 Biji = RM2 dimana kemorosatan nilai matawang hampir 50%.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas
Kredit :
Original post by Anuar A Rahman