Sunday, 22 December 2013

Keretaku


1992 - Mazda
Kereta pertama yang pernah aku miliki,
Warnanya biru gelap dan nombor pendaftaran bermula dengan EJB.
Sejarah pembeliannya, setelah berunding dengan tuan asalnya, harganya ditetapkan lebih kurang empat ribu
Waktu pagi bolehlah kubawa pergi ulang alik ke sekolah,
jarak ke sekolah tidak jauh hanya dari rumah guru ke bangunan sekolah sahaja, masih dalam kawasan sekolah je.
Sebelah petang pula kubawa jalan-jalan ke pekan untuk mengisi perut yang kelaparan.
Hujung minggu pula, kubawa ronda-ronda ke tempat peranginan yang terdekat
Sekali sekala ku bawa musafir ke Kota Kinabalu yang agak jauh dengan pelbagai tujuan.






1995 Proton Wira
Bila mula berkhidmat, dah dapat gaji bulanan, apa lagi terus tangkap kereta baharu sebuah, masa tu tidak ada pinjaman cara Islam oleh pihak perbankan, tanya punya tanya ada sebuah bank di Kota Kinabalu, itu pun semua urusan akan dirujuk kepada Kuala Lumpur.

Akhirnya  segala urusan surat menyurat selesai diuruskan dengan lancar, dapatlah  merasa naik kereta baharu dengan sistem perbankan tanpa faedah.



 1997





 2008








 2015



2018- 2020 masih pakai hingga sekarang










Monday, 16 December 2013

Aku Anak Kampung

1968
  • Aku dilahirkan di Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.
  • Ayah dan ibu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mereka membuat keputusan untuk berhijrah ke Sungai,tong, Setiu, Terengganu.
  • Pada mulanya mereka bekerja sebagai penoreh getah, itu pun sebagai pekerja kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh majikan berbangsa China.
  • Dengan sedikit modal yang dikumpulkan, mereka akhirnya mampu memiliki sebidang tanah untuk diusahakan sendiri.
  • Tenaga dan keringat dikerahkan untuk memajukan tanah tersebut, tanaman getah dijadikan teras utamanya di samping tanaman jangka pendek juga mereka usahakan.
  • Tempoh tujuh tahun menunggu hasil getah untuk dipungut agak lama, tetapi tanaman jangka pendek dapat juga membantu pendapatan harian untuk mengharungi lautan kehidupan yang penuh dengan gelora.
  • Nenas yang disemai akhirnya mengeluarkan putik yang semakin masak untuk dijual dan ia menjadi idaman setiap pembeli yang melalui jalan utama dari Kuala Lumpur ke pantai timur semasa pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.
  • Ruang yang ada di atas sebidang tanah itu juga diisi dengan tanaman cempedak. Buahnya yang manis dan enak meninggalkan nostalgia yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pembeli sehinggakan ada pembeli yang singgah berulang kali kerana yakin dengan nilai yang mereka perolehi.

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...